Thursday, 7 May 2015

pre-honeymoon (Dublin, Ireland)

hello everyone.

kisahnya last week, UK observed bank holiday sempena labour day on May 1st. both husband and wife dapat cuti seminggu. alhamdulillah. dapat la masa untuk spend sama sama lagi. yayy. memandangkan suami dah pernah jalan Ireland, jadi last week kitaorang ke Ireland. saya pernah pergi ke Northern Ireland. tapi belum lagi pergi republic of Ireland yang sebelah bawah (Southern Ireland)

untuk pergi ke dublin, we rode on the bus from Belfast city to Dublin airport. harga hanyalah 20 pound return. tak jauh pun rupanya dari belfast ke dublin. sejam setengah je. plan awalnya nak take-off bus dari airport dublin lepastu naik bas ke homestay yang kami berdua reserved dekat Glasnevin. tapi kebetulan pulak ada bus strike on 1st and 2nd of may. terpaksa la naik cab. ingatkan bernasib baik sebab garda (police Irish) tak inspect passport. rupa rupanya bas yang saya dan suami naik ada jugak across boarder-inspection. hehe.  tapi seronok. dia cuma nak tengok passport and visa je. pengalaman la jugak kan. tapi suami cakap selalu kalau dia pergi, tak pernah ada inspection. alhamdulillah everything went so smooth sebab suami sangat organised and well prepared. dia dah pesan awal awal kena bawak passport. takut nanti kena tahan imegresen. in fact he kept all the documents untuk travelling dengan dia. termasuk la passport si isteri heehe
saya tanya "oh ni first time ke garda tu check passport. sebelum2 ni abang tak pernah kena eh"
him: haah. selalu kalau abang pergi tak kena apa2 pun tapi sebab sayang ikut la kot dia tahan.
me: heyyy
(dia gelak je. amboi suka hati betul)

okay, so the first day was great. till the last day too. everything was so perfect as just as it was meant to be. we had a super wonderful pre-honeymoon trip together. alhamdulillah. kenapa prehoneymoon? sebab memang kalau ikut perancangan our little family ni, kami berdua akan ada cuti panjang bila musim summer nanti (which is next month till late september). patutnya safra dengan suami akan bercuti bulan madu masa cuti semester break. rasanya macam nak pergi Italy. hehe. insyaAllah summer nanti kalau tak ada commitment dengan benda lain. kiranya weekend getaway ke republic of Ireland ni memang tak rancang pun

weather dekat dublin masa first day okay saja tapi wasn't really pleasant sebab hujan and sejuk. tak paham disitu kenapa masih sejuk dan kena pakai coat walaupun dah early summer. hehe. tahun ni mungkin UK dan europe sejuk sikit kot. jadi disebabkan hujan kami berdua decide nak jalan jalan city, setakat cuci mata dan makan banyak banyak. kononnya other days in the row boleh pergi hiking tengok nature and jalan sekitar cliffs. tapi nasib pulak tak menyebelahi sebab transportation untuk ke Howth tak ada sebab train untuk ke kaki bukit howth tengah ada engineering work. jadi banyak orang naik bas sebagai alternative. maka sekali lagi kitaorang ke town dan jalan jalan dan makan dengan lebih banyak lagi

lately ni safra kuat betul makan ice cream. kalau boleh hari hari nak makan. dan hari hari jugak la suami carikan ice cream. sepanjang percutian dekat negara Irish ni boleh kata hari hari kami berdua makan ice cream yang Irish-homemade. sedap sangat. kalau boleh rasa nak tidur je dalam kedai ais krim tu. dah la tempting ice cream diaorang. tapi yang sedihnya tak semua boleh makan sebab ada campur rum, whiskey and other alcohols. sempat jugak try minum Butlers hot chocolate yang famous tu. nyammmmm sedapnya. lepastu try sekali esoknya cakap dekat suami nak lagi minum choc tapi nak ice shake dia pulak, husband cepat cepat cakap kena buat pilihan. nak ice cream or nak choc shake. kena pilih satu je sebab risau banyak sangat makan benda ais hehee

haa satu perenggan penuh pasal ice cream. gigih tak heeehe. pasal makanan pulak surprisingly pergi ireland tapi boleh kata hari hari makan malaysian cuisine. order mee bandung dan asam laksa, nasi lemak dan gulai daging, nasi paprik dan nasi goreng etc. kalau dah nama tekak melayu tu pergi mana pun tekak melayu la kan. hihi. tak baik tipu tekak sendiri haha
kami berdua ada jugak try jam buah buahan yang fresh dekat sana tu. sedap. dengan tak malunya boleh sapu roti berkali kali dengan jam. walaupun dah penuh dah jam atas roti. ada jugak sehari tu kami berdua tak tau nak makan apa. google punya google terjumpa list kedai halal and ada GBK halal (gourmet burger kitchen) weeeee. suka sangat sebab first time jumpa gbk yang halal semua kecuali chicken wings. maksudnya semua jenis ayam dan daging yang ada dalam kedai tu boleh makan. typically kedai gbk around uk ni normally yang halal ayam je. tu pun burger je. yang ayam selain burger tak halal. sebab excited sangat dua dua order burger daging yang macam stack tinggi tu and daging dua lapis. alhamdulillah kenyang sangat sampaikan lepas makan burger tu terus rasa malas nak jalan. gemuk sangat. kalau nak tau gbk tu apa, sebenarnya gbk ni sejenis makanan american tapi owns by british. cuba google tengok gambar burger gbk hehe. sedappp. so far kedai favourite for both husband and wife selain kedai burger & lobster. sila google burger & lobster jugak nyamsssss (imagine kalau google je pun dah tempting tengok gambar burger2 sekalian dan lobster tu. ni pulak kalau makan)

lepastu ada one of those days was mission untuk mencari macaron. hehe kalau dah teringin macaron tu memang termenung kejap suami. dari masa zaman kenal dulu sampai zaman tunang hingga ke zaman kahwin ni dok request macaron. insyaAllah sampai zaman anak nanti masih mintak macaron boleh? hahahaha. bagi suami agak susah nak cari macaron. sebab dekat UK or US susah nak jumpa kedai orang buat macaron. unless kalau pergi France tu memang berlambak kedai buat macaron.

nak cerita pasal bilik yang kami sewa pulak. best sangat and cantik sangat. duduk dekat bilik attic. kalau tak paham attic tu apa bak kata encik suami dalam bahasa melayu loteng. safra pun macam eh yeke loteng. baru tau selalu cakap attic je.
husband: seeee, my malay is better than yours
me: heyyy

jadi bila dapat bilik dekat attic tu rasa seronok sebab besar and luas and ada mini library. ada bathroom sendiri and privacy sendiri. sangat selesa and besar sampaikan boleh berjemaah dengan suami. sebab kalau bilik hotel kadang kadang kecik nak jemaah tak boleh. mampu solat bergilir je tapi rumah ni attic dia besar. umur rumah tu dah 27 tahun since 1988 and very Irish-styled. yang seronoknya sebab tingkap dekat attic tu macam melandai ke bawah and katil untuk tidur ada bawah tingkap tu. bila malam nampak bintang, bulan and bila siang nampak awan, burung and kapal terbang lalu. cantik sangattt masyaAllah. boleh feeling cerita fault in our stars. hahahahaha. host pun sangat friendly and very motherly. bila borak rasa tak puas je walaupun berhari hari dekat rumah dia








kebetulan pulak trip prehoneymoon ni genap sebulan safra kahwin. saya bagi kad and hadiah baju baru. suami macam terkejut sebab he expected none from me. dapat je baju terus pakai and bukak kad baca lepastu senyu2 je. terharu sangat tengok reaction husband. if he is happy, i am happy too. if he's unhappy. i'll be the same. unhappy too. rasa sooo overwhelmed bila dapat spent quality time together. husband sangat helpful and baik sangat layan setiap permintaan isteri. i am beyond grateful and i thank him for every effort & love he gives to me. alhamdulillah. hidup rasa sangat complete dengan kehadiran dia dalam hidup. he is indeed a wonderful, extraordinary and a kind of husband that everybody would ever have asked for. may Allah shaded him with His mercy always and forever, shower him with lots of blessings and love, grant him His Jannah.
Allah redhakan awak, wahai suami :')

and now back to our business. saya dah nak final exam. husband pulak ada labwork and report and presentation and submission and group project and thesis and dissertation and all those are coming on his path.
kadang kadang rasa kasihan sangat.
rasa sedih sangat.
rasa terharu sangat.
rasa tersentuh sangat.
rasa sebak sangat.
pada suami. semakin bertambah tanggungjawab dia satu demi satu tapi masih rajin menuntut ilmu. lebih dari safra pun ada. saya ni jenis malas nak belajar kadang kadang tu procrastinate membuang masa. suami pulak jenis student yang well prepared. dia reti bahagikan masa bila yang sesuai untuk buat sesuatu benda. tambah pulak dia buat masters. selalu saya ingatkan diri sendiri. kalau contoh terbaik pun dah depan mata, kenapa la safra ni couldnt be as great as him? suami la pembakar semangat bila sometimes saya terlepas cakap "nak berhenti belajar la" atau "taknak la belajar" hehe. tak baik putus asa

hopefully i'm going to be as wonderful and amazing like you, dearest mister husband. thank you for every single things that are seen or unseen. you're a perfect spouse of mine and you'll definitely be the best father to our little tots. insyaAllah.

Friday, 24 April 2015

sekarang safra dalam train, sorang je nak ke manchester. sebab ada family gathering. suami tak ikut sekali, sebab dia ada meeting esok. kesian dia nak sangat join. takpe la insyaAllah next time. ni pun balik sebab husband suruh jenguk family. bestnya kalau suami ada sekali dekat sebelah ni sobs. cakap pasal suami ni. terindu pulak. heheeh. bila asyik berkepit dengan suami, tiba tiba naik train sorang rasa sunyi sangat. tapi dulu okay jalan jalan sorang? naik train naik plane sorang semua takde apa. sekarang ni tak. hihi manja sangat ni kena buat #manjawife mode. hahahahaha.
oh ye. pakngah dengan kak piza dekat london pun naik ke manchester. this time semua orang berkumpul dekat manchester rumah paklong sebab kakngah dah nak balik malaysia for good next week :( sedih. tak sempat nak beraya dekat perantauan dengan kakngah tahun ni. dulu dulu teringat pernah cakap dengan kakngah kalau nak balik malaysia, kena tunggu safra dengan abang ada anak at least sorang. baru boleh balik malaysia. sebab boleh kakngah babysit baby kitaorang. betul tak. hehee. tapi Allah dah aturkan. rezeki kakngah dekat UK sampai sini je :( takpe kakngah ye, nanti next time safra dengan abang balik malaysia boleh jumpa baby. kena doa cepat ada baby la macam ni. boleh bawak jumpa kakngah :( amin ya Allah. 

Sunday, 5 April 2015

dengan sekali lafaz,

"Aku terima nikah Katrina Nur Safra binti Nor Azman dengan mas kahwinnya ............"
Sah?
Sah. Sah. Sah.

Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmus solihaat.
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna."

semoga ikatan yang dibina ini akan kekal sehingga membawa ke Jannah. Amin ya rabbal alamin.
hello everyone, i am officially Mrs Hazim now :)
p/s: Alhamdulillah ya Allah, Tuhan sekalian alam. dengan nikmat dan rahmatMu, aku kini sah bergelar seorang isteri. semoga perhubungan ini akan terus dilindungi dan sentiasa berada dibawah keredhaanMu.  

Wednesday, 1 April 2015

A step closer- Engaged

Bismillahirrahmanirrahim.

and so, here i begin my story. first and foremost, Alhamdulillah ya Allah. bersyukur dengan qada dan qadarMu.


so, as what i have stated up there.

YAAAAAY i am now engaged.
engaged to...
the man that i am deeply in love with, Lillahi Taala. insyaAllah, he is soon to be my husband (dalam beberapa hari dari waktu saya menulis pos ni)

tak tau nak describe my feelings and how is it feels to be somebody's fiancee.
 Allah saja yang tahu segalanya dari mula sampailah peringkat sekarang. pos ni sepatutnya tahun lepas lagi saya kena publish. but for me and encik tunang, kenapa mesti pertunangan itu dihebahkan?


rasanya tak ada keperluan nak bagitau semua orang yang kita dah bertunang. sebab bertunang hanyalah sebuah (sesuatu/ seketul) ikatan. tak baik nak menunjuk dekat orang betapa kagum dan bangganya kita bila bertunang. bukan semua orang akan pleased and happy dengan kita. kami berdua bertunang pun untuk 7 bulan saja. singkat sebenarnya tempoh 7 bulan tu. lagipun kami sama sama cuti semester setiap 3 atau 4 bulan masa belajar. memang terasa masa sangatlah sekejap. sedar tak sedar terus ke majlis kahwin (tapi saya dengan tunang rasa lama je nak tunggu hingga hari kahwin. hehee)


saya tak pernah pun selitkan hal peribadi dekat blog. dengan siapa sayang, dengan siapa cinta dan sebagainya, sebab saya penakut. im genuinely terrified of telling the world about my love journey. bukan semua orang suka dengar kisah cintan-cintun kita. nanti kata macam kita sorang je yang angau bercinta.

nak pos entri ni pun saya berfikir dua tiga kali. should i or shouldn't i?

kalau nak cerita pasal macam mana boleh kenal, sampai esok lusa pun tak habis. panjang macam kereta api heehehe. tak apa ye nanti safra cerita kisah masa zaman berkenalan. sekarang kita focus dekat engagement ceremony dulu 


apa yang boleh recall, setiap benda ni terjadi dengan sekelip mata sahaja. sebenarnya encik hazim tak pernah pun directly proposed. hahahaha. sebab dia jenis pendiam orangnya dan pemalu jugak. yang saya ingat dia proposed indirectly tapi paham je maksud dia tu. kami berdua pun bercinta jarak jauh (awhh malu sikit guna perkataan cinta)


mula dari kenal biasa tapi Allah lebih tau isi hati masing masing. kami ikhlas untuk kenal satu sama lain. kami belajar erti persahabatan dan erti perhubungan, selain sama sama cuba dekatkan diri dengan Allah. kalau dah cinta kerana Allah, haruslah kita mempersiapkan diri sehabis baik. 


ok mari safra nak selitkan teaser pos ni. heeeh gigih tau siap ada teaser



alhamdulillah, gambar ni lepas dah selamat sarung cincin. masa ni saya tengah dukung baby Adam, encik tunang punya nephew. comel sangat. sebenarnya adam ni bukan comel je tapi handsome jugak. hihi. muka adam banyak sangat ikut muka uncle hazim dia. semua orang selalu tanya adam anak siapa? anak umi babah adam atau anak uncle hazim ni? heehe. semoga nanti anak auntie safra dengan uncle hazim muka macam adam, ye sayang. amin insyaAllah. 

sebenarnya masa mula mula tunang safra bagitau nak kenal rapat. saya macam cold dengan dia. hehe kesian pulak. saya macam tak boleh terima lagi dia dalam hidup sebab saya masih terlalu muda masa tu. baru 16 tahun tau masa mula kenal. dia pula umur 21. rasa macam tak layak berkawan dan kenal dengan seseorang yang umur 5 tahun tua dari umur sendiri

banyak persoalan dekat kepala saya. layak ke dengan dia? sepadan ke? dia pandai dan baik sangat. keluarga pun semua baik baik. banyak orang suka. rajin dan ringan tulang, sangat elok budi bahasa, sangat berlembut dengan semua orang dan hormat semua orang. ciri ciri lelaki idaman sangatttt. hehe.
tapi kenapa dia pilih saya?

Allah sayang sangat dekat safra, walaupun kadang kadang saya alpa dan lupa mendekatkan diri denganNya. Allah sentiasa berikan saya macam macam. bersyukur sangat. harapnya saya akan menjadi hamba yang lebih lebih lebih baik lagi selepas ni. insyaAllah

baik now comes the moment yang semua orang tunggu. its gambar time, people. selamat mencuci mata untuk semua. saya tak pernah kongsi langsung gambar majlis pertunangan dekat mana mana sosial. yang ni semua gambar fresh baru bake. hihi

Kronologi Pertunangan Safra & Hazim



yang dua gambar atas ni masa pihak lelaki baru sampai. semua orang tengah cari tempat duduk yang sesuai sebelum perbincangan bermula. saya tak join perbincangan sebab ikut kata orang tua tua, si perempuan kena duduk dalam bilik. yang lelaki pula tak dibenarkan datang ke majlis tapi untuk majlis kami berdua, encik tunang disuruh dengar pulak. hahahaa. jadinya dia pun duduk sekali dengan ramai ramai orang tu and dengar semua. terpaksa la tahan malu bila kena usik dengan orang orang2 tua 



alhamdulillah. majlis berjalan lancar seperti yang dirancang dan diharapkan. yang ni pulak gambar bacaan doa beramai ramai selepas semua perbincangan dah dipersetujui oleh both families. saya ingatkan kalau majlis tunang ni lama nak habis. sebab orang tua2 berbincang pasal nikah dan kahwin tapi sekejap je rupanya. tak sempat nak bertenang dalam bilik, tiba tiba je mama masuk bilik cakap "kak, jom turun bawah. dah boleh pakai cincin." jantung terus berhenti. hahahahaa.

Candy Booth & Cake 





candy booth ni safra dengan pakcik dan adik beradik yang set up sendiri. hehe. kenangan terindah sangat. masa petang nak tunang pun saya masih sibuk uruskan meja candy booth. dengan hammer dan paku, thumbtack etc. lepastu suruh adik dengan pakcik keluar beli cat baru and suruh paint decorations, beli benang dan tali. macam macam benda semua buat sendiri je lepas survey design dekat website. memang puas hati sangat candy booth yang buat sendiri ni banyak orang suka. ada cake, cupcake, biskut, gula gula, chocolate fountain pun ada jugak. cake tu safra nak customise and design sendiri. jadi saya tanya kawan. dengan besar hati dia boleh buatkan. happy sangat sebab banyak benda saya nak, semua dapat seperti yang dirancang. alhamdulillah. oh ye ada jugak buku guestbook untuk tetamu tulis. yang ni pun saya order dekat kawan mama, auntie buatkan special untuk safra. ada print nama sendiri dengan nama tunang 

Hantaran






yang ni pula gambar hantaran dari kedua belah keluarga (sorry, saya tak letak semua gambar pun) kami berdua balas hantaran dengan fresh flowers. tema pihak lelaki merah dan putih, safra pulak pink dan putih. dulang masa tunang ni tak banyak pun. hanya 5 dibalas 7 je. sebab nanti masa nikah plannya baru nak bagi 11 balas 13. dan sebab nak jimat jugak, hantaran tunang ni banyak bagi makanan dan manisan. umi bagi safra 5 dulang. antaranya satu bekas cincin dengan sirih junjung, kain nikah warna off-white, kain batik sutera, chocolate dan cake. mama bagi tunang saya pulak satu bekas cincin dan sirih, kain baju melayu nikah dan sampin, buah buahan, cake fondant, cake kukus, baju kemeja casual dan sugarbox chocolate.  

Doorgift


ni doorgift yang saya bagi untuk semua tetamu yang datang. doorgift ni pun customise untuk kami berdua. senang kerja bila dapat je canister ni, terus masukkan cookies. tak perlu tampal sticker atau ikat reben. mula mula saya bincang dengan mama nak buat doorgift sendiri. nanti ada la benda yang boleh dikenang. tapi safra ni cakap je banyak, nanti nak buatnya malas. heehe. jadi mama mintak tolong kawan yang buat guestbook tadi. auntie tu buatkan guestbook dengan canister doorgift ni dengan design yang sama. lembut sangat design auntie ni sedap mata memandang. semua orang suka tin doorgift ni sebab nampak macam english style. hehe sebenarnya bila dah belajar UK ni, memang dream wedding safra is english la. mama papa ikut je plan anak tersayang ni

jadi ini la serba sedikit tentang hari pertunangan safra. minta maaf, kalau saya rahsiakan benda ni terlalu lama. 7 bulan saya dan encik tunang simpan hal pertunangan dari orang ramai dengan niat untuk menjaga. semoga Allah mudahkan urusan kami berdua yang lagi beberapa hari akan jadi suami dan isteri nanti.

last but not least,


doakan kami berdua ye, semua. semoga semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang, sehingga selesai majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua buah keluarga. amin ya rabbal alamin. harapnya hubungan kami berdua selama ini diredhai Allah SWT. 

salam sayang dari safrahazim. 

Friday, 13 March 2015

lafaz hamdallah


selalu saya perhati, kebanyakan orang akan melafazkan kata "Alhamdulillah" untuk panjatkan rasa syukur. 
kebanyakan lafaz yang safra selalu familiar is,
"Alhamdulillah 'ala kulli haal"

lafaz hamdallah yang ni macam digunakan world-wide, tanpa mengikut keadaan. mungkin tak ramai orang tahu kegunaan lafaz alhamdulillah 'ala kulli haal dengan betul. 

sebenarnya ada dua jenis lafaz alhamdulillah :)
jom semua, mari kita berkenalan dengan lafaz hamdallah yang sebetulnya dan di waktu manakah yang sesuai untuk digunakan. 

1) kalau bersyukur dengan perkara yang menggembirakan, sebut:

Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmus soolihaat
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna." 

contoh: menerima berita gembira seperti.... kahwin? hihi. 
ataupun menerima khabar baik tentang keputusan result exam yang sangat baik. 
ataupun kucing di rumah telah selamat melahirkan 20 ekor kitten yang comel. eh? heeheh. dan juga etc etc. 

2) kalau bersyukur dengan perkara yang berdukacita pada awalnya, setelah itu menerima khabar gembira dari kejadian itu. bolehlah sebut:

Alhamdulillah 'ala kulli haal
"Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan."

contoh: kereta rosak di tengah jalan. tiba tiba kereta dah boleh bergerak semula.
ataupun semasa jalan kaki ke sekolah tengah hujan lebat. tiba tiba hujan berhenti sekejap, seolah olah memberi kemudahan untuk sampai ke sekolah.
ataupun terselamat daripada bencana dan malapetaka, kebakaran dan lain lain.

"Dari Aisyah ra, kebiasaan Rasulullah jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai adalah mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmus soolihaat”. Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli haal“” 
[HR Ibnu Majah no 3803 dinilai hasan oleh al Albani]"

selamat menjadikan setiap satunya ilmu itu sebagai amalan, kawan kawan sekalian.