Monday 15 December 2014

sick. home-sick

dulu dulu saya betah bertahan. saya kuat untuk hang on and hold on. 
tapi sekarang. kalau teringat atau rindu sikit, saya cepat je syahdu. cepat je tersentuh. bezanya setiap kali saya didatangi rasa homesick, saya akan nangis saja untuk melepaskan rasa rindu atau saya berlagak hebat, tahan air mata dan biarkan bertakung di kelopak mata tanpa mengharapkan airmata untuk menitis. oh puitisnya awak safra. 
safra yang dulu bukan yang sekarang cewah 

(lagu "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" starts playing in the background)

persoalannya, mungkinkah faktor hormonal telah memberi impak terhadap kebolehan saya untuk mengawal emosi? wah ayat. 

jadi, mari berikan judgement anda. apakah reaksi yang sepatutnya saya pamerkan selepas membaca situasi di bawah. 

"hi papa phone kakak rosak. kalau tak contact papa few days tu jangan risau. kak kena bergantung 24/7 dekat charger. kalau kak cabut, phone terus hitam. kakak sihat dekat manchester ni. duduk rumah maklong :) nanti next week kak pergi betulkan phone. then i'll ring you and mama up. take care, kakak nak tidur ni ❤️"

Ok. take care. night and love you.

ayat papa sebenarnya tersangat singkat. tersangat pendek.
cuma cakap "take care" and "love you" tapi kenapa mesti saya rasa terlalu tersentuh? terlalu syahdu. 
ahh i need you, my man. 

p/s: cukupkah ini menunjukkan bahawa saya sedang menanggung perasaan rindu yang hebat terhadap kedua ibubapa saya? 

اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku; dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil."

Saturday 13 December 2014

motion sickness

hi dan assalamualaikum

saya baru perasan, esok genap sebulan saya tak jenguk blog. mujur harini saya tiba tiba diterpa rasa nak tengok blog sendiri. kesiannya dekat blog. makin hari makin lupa komitmen saya dekat blog kesayangan. sebenarnya minggu lepas baru mula semester break sempena musim winter. saya dari Liverpool, turun ke Manchester ke rumah auntie and uncle. sebab sunyi duduk liverpool bila kawan kawan lain pun dah ada plan sendiri. ada yang balik Malaysia, ada yang jalan jalan Europe. tapi saya pilih untuk jalan jalan dalam UK je. safra kena simpan duit untuk perkara yang lebih utama cewah. kebetulan pula, maklong dekat manchester ni minta tolong saya untuk berniaga makanan dekat Education Centre Manchester. saja luaskan networking, boleh jumpa banyak malaysians. 

tapi bila dah sibuk uruskan gerai makan. tak sempat pun nak berkenalan. jadi konklusinya, hanya 2% je networking saya berkembang. selebihnya saya banyak bagi tumpuan dekat gerai makanan. menu makanan yang saya jual ada nasi tomato, ayam masak merah, kuih lopes dengan air gula, ayam madu panggang, teh tarik, jelly dadih passion fruit. alhamdulillah makanan semua laku and habis sekejap je bila dah set up table. rasa berbaloi penat lelah (penat ke hehe) masak sampai lewat malam dan bangun awal sebelum subuh untuk berniaga. lagipun bukan selalu safra berpeluang dengan benda macam ni. kalau ada kelas atau seminar, safra busy nak tengok TV pun macam tak cukup masa. jadi eloklah saya gunakan masa cuti dengan activity yang menyeronokkan hehee. selain tu, activity sampingan saya haruslah babysitting sepupu yang kenit kenit. 

lately ni saya rasa semakin malas untuk ambil gambar apa apa. terutama gambar muka sendiri. memang ini syndrome bila nak jadi mak2 atau bini orang ke. EH? hahahaha. gurauan apakah yang awak sedang buat safra hihi. tapi memang saya semakin malas, semakin tak berkuasa nak ambil gambar banyak macam dulu. banyaknya gambar scenery atau gambar abstrak atau gambar konkrit atau gambar yang cik-safra-perasan-dia-ambik-gambar-lawa-gaya-profesional-tapi-takpun hehe. jadi bila macam ni, tak dapat la saya upload satu dua gambar sebagai bukti saya berniaga di EC Manchester. lepastu kononnya safra pujuk hati, kata kata dan pengalaman saya lebih berbaloi untuk dikongsi berbanding gambar. maka dengan itu, tak perlu la kot awak letak gambar dekat blog selalu. ye dok? heehe

begini sebenarnya. situasi pada waktu ini, saya tengah mabuk pening terasa nak muntah nak pitam, nak tidur. tapi saya tengah tahan muntah tahan sakit, tahan segalanya. safra sangat gigih typing post ni walaupun kepala berat dan tekak loya dan kembang, sekembang bunga hibiscus hahaa. waaaa T.T sedihnya rasa sakit macam ni. rasa semua benda saya makan tadi nak keluar. ya Allah, kuatkan hambaMu yang sedang pening kepala ini. jangan la safra muntah. sedih saya nak kena makan balik semula. 

kisahnya mula sebab tadi saya baru lepas makan, perut pun penuh. lepastu maklong ambik safra nak bawak balik rumah. paham saja la. musim winter ni. ketulan ais atau black ice (black ice- the term used to describe the thin coating of ice which usually invisble but very hazardous) banyak bersepah atas jalan. dah berapa kali tayar kereta skidded (meluncur) sebab licin. kereta yang perlahan pun safra rasa laju semacam. saya rasa naik kereta maklong, macam naik roller coaster. segala isi dalam perut rasa nak terburai keluar. oh tidak, safra dah mula loya dan mual. bila bila saja boleh muntah T_T untuk hilangkan rasa mual, saya tidur je dalam kereta. taknak langsung bercakap dengan sesiapa. sampai je rumah saya terus solat dan bersandar dekat dinding tahan sakit kepala dan loya. hahahaha. sila ketawa dekat safra ye semua. 

safra memang dari kecik, tak tahan jalan belok belok atau jalan yang berliku atau kereta yang terlalu laju and break tiap masa. tak boleh terima betul kalau kereta tengah laju macam kuda tengah pecut race dengan kuda kuda lain sebab nak kejar seekor kuda betina lepastu kuda tu break mendadak sebab nampak harimau bintang colour purple hahahahaha. taktau la kuda tu terkejut sebab nampak harimau bintang or kuda tu terkejut sebab harimau tu warna purple heehe. safra is sorry because she cannot tahan the motion sickness.

teringat masa kecik dulu darjah berapa entah. papa mama selalu bawak jalan cameron highland, genting highland, fraser hill and blabla (sila teruskan nama nama puncak atau bukit gunung di malaysia). kalau journey dari bawah kaki bukit tu nak ke puncak atas, safra boleh muntah lebih dari 3 kali ye. bila jadi macam ni memang by the time sampai puncak gunung atau bukit, saya punya mood pun dah melayang and terbabas. memang rasa sangat tak bersemangat dah nak have fun jalan jalan makan angin. semua orang pun automatically akan takda mood juga hihi. sebab tengok saya dah lembik macam sotong. now you see, punya teruk saya punya motion sickness. selalunya mama akan pesan awal awal 
"kakak kejaplagi kita nak lalu kawasan bukit. jalan belok2 melingkar. ni ubat tahan muntah and ubat tidur. jangan lupa makan." 
haha. iye kawan kawan sekalian. selama ni safra memang bergantung dengan ubat tidur dan ubat tahan muntah almost tiap masa. sejak dah besar ni je saya kurangkan makan ubat dan ajar diri sendiri untuk heal naturally. lepastu, bukan semua orang tau saya ada motion sickness hehe. kawan kawan rapat pun tak ramai yang tau. atas sebab itu la si safra ni tak boleh sukahati naik bas. paling saya tak boleh terima adalah bas. kedua, keretapi yang asyik berhenti sebab banyak stop. memang habis saya mabuk pening and muntah dalam bas or keretapi. dah tak pikir malu dah. lebih pikir perut lega bila segala isi dah selamat dikeluarkan. 

safra selalu berdoa semoga safra akan berkahwin dengan suami yang cermat dan berhemat ketika bawak kereta. si suami MESTI memandu kereta dengan sopan dan bertatasusila sebab si isteri mabuk jalan. bukan mabuk biasa tapi mabuk teruk haaha okdah cukup berangan. 

sebelum tu, masa awal awal masuk rumah tadi. sambil masuk rumah saya cakap dekat maklong 
"safra mabuk ni maklong. taktau la kenapa cepat sangat mabuk bila naik kereta laju2. kalau jalan belok2 safra mabuk muntah jugak..."
maklong terus susah hati. maklong suruh naik atas tidur bila tengok muka safra yang pucat macam baru kena marah hehe. baiklah maklong, saya yang menurut perintah. 

yang sedang tahan sakit mabuk pening,

p/s: saya nak buah oren atau asam boi sekarang T.T 

Friday 14 November 2014

hi assalamualaikum

kisahnya harini saya ada lecture pagi je. sebelah petang saya free. habis kelas terus ke town. sebabnya? 
nak beli berus gigi hahahaha.
haritu pergi Belfast tertinggal toothbrush dekat sana. lepastu berus gigi satulagi tertinggal dekat rumah saya. then esok pula saya nak ke Norway. 
bercakap pasal Norway, Alhamdulillah Allah beri saya rezeki hehe. sila rujuk pos sebelum ini untuk kepastian cewah.

sebelum ni, safra tengah pening pening pikir nak ke mana untuk winter tahun 2014. dengan izin Allah, saya berpeluang untuk tolak-tambah-darab-bahagi duit simpanan supaya mencukupi keinginan dan semangat saya nak travel. 
maka dengan itu, safra rasa mampu untuk pergi Norway. yayy dapat jalan haha. tapi bukan Norway saja. saya pun dapat berjalan ke Scotland. Alhamdulillah ya Allah. haritu saya cuma list out, nak pilih satu tempat untuk bercuti. options are Scotland, Finland, Denmark and Norway. 
bila dah dapat permission dan green light dari orang orang yang berkenaan, saya pun laju je beli ticket flight haha. semua murah. memang tengah sale sempena cuti winter ni. 

minggu lepas pun baru je balik dari Northern Ireland. motif ke sana sebab kak dila yang ajak pergi haha. amboi yeke tu safraa. kak Dila ajak ke atau sebab ada agenda lain ni. tapi memang ke sana, saya jumpa kakak kakak medic. sambil tu singgah rumah kak Anna, sebab rindu nak spend masa dengan baby Jannah. 

flight ke Oslo 8pm esok dari Manchester. doakan perjalanan safra ke Norway selamat pergi dan balik. insyaAllah. 

Norway, i'll see you in a bit. 

Wednesday 5 November 2014

trip-list winter 2014

Assalamualaikum

seperti tajuk di atas, tak lama lagi saya cuti winter. mari kita sama sama berfikir untuk decide nak berjalan mana winter 2014 hehee.
saya nak main snow. sebab bukan selalu ada desire nak main snow. tapi safra tengok weather forecast England, snow tak tebal winter this time.
lepastu pikir tak rajin nak ke Europe. sebab last winter dah pi Spain and Sweden. dekat spain duduk 5 hari. lepastu dekat sweden main snow sikit, dua hari je. sebab kakak Kat visit Khayr weekend. lepastu ada test haha.

so plannya, tahun ni nak sangat pergi tempat dekat dekat. macam tempat sejuk, snow tebal and ada glacier. rasanya nak ke mana ye.
  • Scotland
bila tengok forecast, insyaAllah akan ada snow turun dalam beberapa hari di seluruh scot. cuma tak ada guarantee, tebal macam mana snow tu nanti. lepastu safra ada kawan di Strathclyde, Glasgow. ingat nak tumpang rumah Kak Zaihana. boleh main dengan baby Muhammad sekali. lepastu tak payah saya pening kepala sebab kak zaihana boleh tour around Scot. mesti dia tau tempat mana yang seronok. saya nak tengok reindeer comel dekat gunung Cairngorm tu. sebab reindeer situ jinak, boleh hand feed. awh sukanya.



  • Finland
finland ni nak sangat pergi sebab masa winter January awal tahun haritu, patutnya naik cruise 4 hari dari Sweden ke Finland. tapi budget sangat sangat mahal. masa tu abg Kamarul dengan kak Shima kira duit nak naik cruise, harga dia 1k GBP. kalau SEK (swedish krona) 11600. fuh terkejut badan tengok mahalnyaa. terpaksa cancel plan naik cruise. mungkin masa tu winter break awal tahun baru, harga mahal and fare tahun baru. tapi Finland ni tersangat sejuk. takut safra hypothermia pula haha. kalau pergi sini boleh la tengok igloo ice (rumah bentuk cube masa kita semua belajar kecik2 dulu) boleh la experience jadi orang eskimo. 





  • Denmark
datang Denmark kalau tak pergi Copenhagen tu memang rugi sangat la nama dia. awal tahun haritu abg Kamarul dengan kak Shima cakap kalau sempat nak pergi Copenhagen. sebab rupanya 2 jam je drive dari Arlanda. tapi rushing la juga, hari hari keluar berjalan. tak sedar pun 5 hari di Sweden dah nak habis. tapi saya sangat puas hati sebab pergi Sweden, dapat explore 90% pula pulau yang scattered di Sweden. rasa berbaloi sangat dalam masa 5 hari dapat cover bermacam tempat. sudahnya, tak jadi la ke Denmark ni hihi. takpe safra. next time kan ada. dekat je dengan UK. bila lapang nanti boleh naik plane ke Denmark haha.



  • Norway
kalau jalan sini, harap sangat dapat pergi glacier Briksdalsbreen and Nigardsbreenwaa please. kalau backpacking mesti adventurous. walapun Norway sangat cantik, tapi Norway ni mungkin akan jadi last choice saya, sebab tengok keadaan untuk backpack ni macam tak sesuai pergi sorang atau dua orang perempuan. kalau dah kahwin, mungkin senang. ada suami dekat sebelah. kalau jatuh pun ada husband boleh sambut hahahaha. mungkin kalau ke sini saya juga akan hypothermia? hihi. sebab pernah jadi masa winter 2012 saya pengsan sebab hypothermia. suhu badan 30c je. rasa dunia ni gelap huuu. 




atau 

option kelima, lebih baik saya duduk diam diam dekat midland? tak payah berjalan mana tahun ni hehe. sebab hujung january next year pun saya exam. nak sangat score exam dan nak juga berjalan seminggu dua. apa saya kena buat? belajar nak, berjalan pun nak. 

p/s: gambar menarik yang di atas semua adalah dari ihsan Google haha.

ya Allah, berikanlah hambaMu ini akal yang cukup dan dada yang lapang, supaya mudah untuk menerima ilmu mutlakMu. murahkanlah rezeki hambaMu ini juga, supaya mampu menjejak kaki dan menimba ilmu di negara negara orang. Amin insyaAllah :)

Thursday 30 October 2014

goodbye Autumn


updated:

Dear Autumn, selamat tinggal :) you have been great.
Hello Winter, I wish a very warm welcome to the cold you. 

Location: Dark Hedges, Ballymoney, Northern Ireland. 

p/s: daylight savings dah mula sekarang. 8 jam belakang dari Malaysia, no longer 7 jam. 

Monday 20 October 2014

my beautiful woman

masa pertama kali saya tengok video ni, saya menangis. dah tengok banyak kali pun masih sebak dan terharu. semoga orang begini akan terus berada di bawah lindunganMu, Tuhan.


kalau cari dekat youtube, ada lagi 2 video tajuk My Beautiful Woman part 1 and 2. semua cerita sedih. semuanya pasal keperibadian perempuan yang berhati mulia. saya nak juga jadi macam tu. harapnya safra mampu jadi orang yang baik baik selalu. insyaAllah. selamat menonton semua. 

Friday 10 October 2014


Cause you'll be in my heart
Yes, you'll be in my heart
From this day on,

Now and forever more.


Phil Collins 

Sunday 5 October 2014

Eid Adha 2014


selamat hari raya aidiladha buat semua, daripada saya Katrina Safra di Manchester, England, United Kingdom. salam dari perantauan :)

*lagu raya Balik Kampung starts playing in the background* 

Thursday 2 October 2014

pick pocket

mulai sekarang saya nak tulis macam short stories atau pengajaran.

baru dua hari saya dekat liverpool, saya kena pick pocket. ceritanya mula sebab awal pagi pukul 8 lebih, safra tengah jalan seorang diri. tengok map dekat phone. biasa la kan. awal awal di tempat baru, masih belum familiar dengan keadaan sekeliling. saya pula jenis berat mulut bertanya. 

asyik malu sana malu sini. segan sana segan sini. 

atas sebab tu, nah. malu tak kena tempat. kira pengajaran untuk diri sendiri ye Safra. 

masa tengah jalan seorang diri, saya kena tahan dengan seorang perempuan mat saleh. nak kata warga local UK, macam bukan. she doesnt have the Scouse accent though. rasanya dia macam orang EU atau russian atau apa apa saja awak boleh classified. dia tak bagi saya jalan, tangan menghalang. dia kata nak duit coins untuk naik train. dia cakap nak lari rumah sebab kena pukul dengan husband dia. means, kena physical abuse. kalau betul dia kena dera, cerita ni mesti masuk newspaper UK. sebab dekat sini, abusing and smacking etc etc semuanya sangat serious. sebab itu tak ada bully dan nagging di sekolah. untuk membuktikan bahawa takutnya penduduk tempatan UK dengan undang undang dan policy negara mereka. 

okay sambung cerita. disebabkan saya rasa macam kasihan. tak pikir panjang pun. saya keluarkan beg duit. silap safra ni sebab keluarkan beg duit depan dia. amboi ada pula note 50 pound tu. sebab saya baru teringat saya masih pegang cash 500 pound. 500 pound tu banyak ye. 500 kali 5.4 = 2700 ringgit. hampir 3k. saya tak sempat nak pergi bank untuk deposit duit masuk account. kononnya petang lepas kelas la baru nak pergi bank.

masa saya tengah kalut nak cari coins, saya tak perasan dia boleh tarik duit 50 tu and terus cakap "thank you" and lari. sekelip mata je hilang. dalam hati saya tau dah. memang safra kena tipu. adoii

saya terus jadi paranoid dan traumatised sekejap hahahaha. eeee sampai betul hati dia tu. kalau nak duit, cakap la baik baik. kesian safra tiba tiba sedih sorang diri. pergi ke kelas saya terus termenung. tapi nasib baik kelas tu ok masa pergi. saya enjoy kelas english tu terus saya lupa pasal kena curi. 

hmmmmm tak apa la. rezeki dia. yang penting, safra selamat dan Alhamdulillah tak kena apa apa. kebetulan saya ada kelas full day. habis je kelas sampai petang, baru saya message bagitau.

"tadi kan safra kena pick pocket la. 50 pound duit dia ambik. huuuu. tapi saya ok je. dia tak buat apa2"

apa lagi. risau and terkejut terus la orangnya hehee. sebab saya tak cerita dekat siapa siapa pun pasal ni. and of course, dekat mama or papa pun saya tak cerita. takut nanti depa yang melebih risau. sedangkan tuan empunya badan bertenang macam takde apa hihi. 

lepastu bila saya sorang sorang. selalu saya pesan diri sendiri. walaupun dah duduk di tempat orang lama, kalau nasib nak kena rompak atau tipu tu. boleh je jadi bila bila. kena super-extra-cautious safra ni. macam mana nak kahwin laguni 

maka dengan itu kawan kawan sekalian. mari kita jaga diri dan berhati hati di setiap tempat. orang yang nampak baik, tak semestinya baik. orang yang nampak jahat, tak semestinya jahat.

Thursday 18 September 2014

Scottish Independence

hi dan assalamualaikum. lagi sehari je saya dah nak fly balik UK. tapi tengah demam, batuk and selesema. harap harap long journey nanti badan tak ada masalah. sekarang warga Scotland sedang minta hak kebebasan dari kerajaan Inggeris (Britain). dengan ini saya menyokong "No" for independence of Scotland atas alasan alasan tertentu. tapi sebenarnya saya tak kisah pun kalau Scottish mendapat hak kebebasan negara, as long as dua dua negara masih dalam keadaan baik dan tak bagi harm dekat semua rakyat UK.

All set, United Kingdom! 

Tuesday 9 September 2014

kebergantungan

Bismillahirrahmanirrahim.

it's all begin like this. 
kadang kadang. kita kena beringat... 
well sebenarnya, bukan kadang kadang. tapi setiap masa. 
setiap masa, kita kena beringat bahawa manusia hidup haruslah bergantung kepada satu sama lain. saling memerlukan antara satu sama lain. 
dari kecil baby pun kita semua ibu dan ayah yang asuh dan suap makan. selepas itu kita diajar untuk kenal erti "hidup" dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan. 
kerana itu manusia bersifat "sangat bergantung" dan "sangat memerlukan". antara satu sama lain. 

sebab itu wujudnya Adam dan Hawa. supaya saling melengkapi. pernah dulu saya selalu fikir bahawa eloknya sesuatu perhubungan dengan setiap manusia itu kalau hubungan sentiasa manis. kalau boleh tak nak ada pahit walau sekalipun. pernah juga terfikir seronoknya kalau hidup ini sangat sempurna. tanpa ada cela dan pahit. 

lepas puas berfikir, saya baru sedar. kalau kita makan gula sentiasa. rasa manis sahaja. siapa boleh tahan rasa manis yang teramat? tak sedap pun kan kalau kalau hari hari makan benda manis. mula mula tekak okay saja. tapi kalau seumur hidup kena hadap benda manis, mampu? mesti akan sampai satu masa tekak rasa serba tak kena untuk terima makanan manis lagi. tak ada keseimbangan hidup kita kalau macam tu. tekak mula rasa bosan untuk menerima apa apa jenis makanan manis. 

selepas itu lagi sekali saya fikir. kalau kita makan hempedu sentiasa. rasa pahit sahaja. siapa boleh tahan rasa pahit yang teramat? sedangkan makan ubat yang pahit sikit pun dah susah. inikan pula kena makan benda pahit hari hari. dah tentu tekak tak mampu makan. mungkin tak sanggup tengok pun makanan yang pahit. sanggup lagi berlapar daripada makan benda pahit. 

dari dua sudut ini. saya dapat pengajaran bahawa pahit dan manis sangat bergantung terhadap satu sama lain. hidup ini kena ada pahit dan manis. kalau boleh. di mana ada manis, di situ ada pahit. kalau hidup kita diwarnai dengan pahit dan manis, akan wujud suatu rasa baru. yang akan menyeimbangkan "rasa". dengan ini tekak tak akan rasa bosan dengan makanan manis lagi dan tekak tak akan juga biarkan perut menahan lapar sebab tak makan makanan pahit. sesungguhnya rasa pahit dan manis itu yang melengkapkan antara satu sama lain. 

hidup juga macam tu. setiap perkara pahit pasti ada manisnya. setiap perkara manis mesti ada pahitnya. dua perkara ini adalah essence terpenting dalam hidup manusia. tapi jangan la sengaja mencipta pahit. seeloknya pahit itu biar datang sendiri. kerana fitrah pahit tu semulajadi, mungkin? tak perlu kita usaha mencari pahit dan sedih. manakala rasa manis itu biarlah kita sama sama manusia mencipta. sebab fitrah manis itu mungkin untuk sama sama kita kongsikan rasa manis dan bahagia. kerana rasa manis dan bahagia tu harus dicari. lagipun sudah jadi lumrah segala benda hidup untuk melahirkan rasa kasih dan sayang sesama kita. 

tangan kiri dicipta untuk bantu tangan kanan melakukan kerja. kaki ada dua untuk sama sama membantu balancekan badan. supaya lebih stabil. kalau berdiri dengan satu kaki, bila bila sahaja boleh rebah. kaedahnya, seluruh benda hidup di muka bumi ini sangat memerlukan antara satu sama lain. 

saya juga. saya memerlukan bantuan dari pelbagai orang. kadang kadang tanpa sedar pun kita akan meminta bantuan orang lain. benda ini normal dan biasa. sangat normal, untuk kita meminta bantuan. kita manusia akan sentiasa memerlukan bantuan. 

kebergantungan yang mutlak dan yang wajar adalah dengan bergantung 100% kepada Allah Taala, daripada bergantung dengan manusia. kerana kita selalu bergantung harap dengan manusia. tanpa sedar hati terluka. lepastu sedih bagai nak rak, umpama hidup ini tiada makna. sedangkan, pada ketika kita sedang bersedih itu la sepatutnya kita belajar untuk meredhakan takdir. belajar untuk jadi kuat dan tabah. kalau bergantung dengan Allah, kita tak mungkin akan experience rasa pahit. sebab Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya. yang kita selalu rasa kecewa, selalu rasa sedih. itu terjadi sebab kita telah meletakkan rasa kebergantungan terhadap manusia lain. fitrah manusia, tidak terlalu pandai untuk menjaga perasaan. sedangkan untuk menjaga hati sendiri pun susah, inikan lagi menjaga hati orang lain. atas sebab itu boleh tercetusnya rasa pahit. pahit bila ada yang tak kena terjadi dekat kita. bergaduh atau salah faham, dan lain lain.

maka dengan itu, saya berjanji mulai dari sekarang. saya akan belajar untuk tidak terlalu meletakkan kebergantungan terhadap manusia lain. justeru meletakkan rasa serah diri dan kebergantungan kepada Allah sahaja. jadi, tak la safra sedih sedih lagi. kan? saya juga berharap mulai sekarang semua orang dan sesiapa sahaja pun turut berubah, berubah untuk menetapkan hati dan menetapkan iman, untuk Allah Taala. bukan kerana manusia lain. InsyaAllah.

saya sendiri pun tak pasti kenapa tiba tiba saja boleh terdetik tentang "kebergantungan". mungkin sebab saya sering mempersoalkan kenapa dalam hidup ada pahit dan manis and what is it to do with kebergantungan kepada Allah. for now, saya dah dapat jawapan yang saya perlukan. Alhamdulillah. 

okay mari kita mulakan hidup dengan positive
dan terima segala kekurangan hari ini untuk kelebihan hari esok. 

Sunday 31 August 2014

merdeka 57

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka
Merdeka
Merdeka
MERDEKA

Wednesday 27 August 2014

pancake day


because today is a pancake kind of day. nyums. 

Saturday 16 August 2014

No Other


. . . . . . . 

So may I hold your hand for the rest of our lives
Because loving you has made me realise
There is no other hand I’d rather hold
No other warmth to chase away my cold
No other life I’d rather share
No other home unless you're there

And sometimes we'll have those kinds of days when all the world will envy what we have
But I promise you that through thick and thin, through the good and bad
I’ll be right by your side
And seasons will come and go, and times we’ll grow and change
But until my very last breath this truth will still remain.

Wednesday 13 August 2014

Recipe: French Macaron

Assalamualaikum.

hari ini nak letak resepi french macaron. safra ni sangatlah suka macaron. tak tahu la kenapa suka tapi memang suka hehe. sebenarnya bukan semua orang reti makan macaron sebab rasa macaron ni kadang kadang terlalu manis. sampai boleh pening kepala. first time safra makan macaron masa pergi france. masa tu tengok banyak orang makan macaron dekat paris. saya asyik tertanya biskut apa tu? comelnya colour dia. lepastu tengok ada macam macam flavour.

macaron ni biscuit tradisional yang origin dari perancis. dah nama pun french macaron hehe. orang perancis sebut (ma-kha-rhong) hahahaha. sangat la tak sedap bunyi dalam perancis kan. kalau dalam english bunyi (me-ke-run). hehe sedap sikit bunyi in english. kalau di Malaysia, macaron ni sangat la mahal. satu biji macaron dalam seringgit lebih atau 2 mungkin. kalau dekat UK selalu safra nak makan sebiji atau dua biji je mampu beli sebab dekat UK macaron sebiji GBP1.40. kalau 24 biji atau 35 biji dah berapa puluh pounds.


gambar macaron safra yang dah siap hehe. mula mula saya selalu wonder kenapa ye macaron ni mahal sangat. padahal biscuit je pun. rupanya bila dah buat sendiri, baru saya tau boleh tahan susah nak buat macaron. patut la banyak kawan message tanya macam mana safra buat? kenapa elok je kaki macaron tu naik. kenapa cantik je surface macaron. saya pun tak ada la tips sangat cuma memang jenuh nak control consistency meringue and temperature, moisture and macam macama. macaron saya pun tak la cantik mana tapi Alhamdulillah menjadi hehe. saya buat pun sebab tak tahan harga dekat luar mahal. selagi mampu buat di rumah, elok la buat sendiri kan.

dekat bawah ni safra kongsi resepi sendiri yang saya dah cuba. kalau meringue macaron safra menjadi, maksudnya macaron orang lain yang mencuba resepi ni pun insyaAllah akan menjadi juga. kalau masih tak paham, boleh tengok video dekat youtube. sedikit sebanyak video di youtube boleh membantu untuk pahamkan step by step untuk buat meringue macaron. saya tak tangkap gambar meringue pula masa dalam proses buat meringue huuu sorry. harap harap resepi ni membantu jugak walaupun tak seberapa. 

Meringue:

- 6 biji telur putih yang diletak pada suhu bilik. kalau telur ambil dari dalam fridge, rendamkan dengan air suam selama 5-6 minit. selepas tu asingkan telur kuning dari telur putih (tak boleh ada kuning walaupun sikit. kalau kuning pecah dalam putih, meringue jadi flatten)
- 200g granulated sugar
- 200g confectioner sugar/ icing sugar (powder) 
- 250g almond hancur (tumbuk halus) 
- secubit garam
- 1 1/2 sudu kecil cream of tartar 
- 1 sudu kecil vanilla extract/ rose extract (optional- untuk hilangkan hanyir telur)
- colouring (optional) 

1. (pakai mesin mixer) beat 6 biji putih telur sampai bubbles/ berbuih. masukkan 200g granulated sugar, step by step. control quantity. mix again and campur gula lagi. letak secubit garam & cream of tartar & vanilla/ rose extract. pukul lagi adunan sampai buih hilang sehingga adunan jadi putih and shiny macam marshmellow cair (meringue). tambah sedikit colouring
*controlled room temprature/ no moisture* 

2. tapis 200g confectioner sugar & 250g almond meal (dry ingredient). untuk dapatkan serbuk halus. campurkan serbuk gula dan almond, dan letak dalam mangkuk kering

3. (pakai tangan: manual) campurkan serbuk gula confectioner and almond meal halus yang ditapis tadi dalam adunan meringue dengan spatula. ratakan dengan batter, jangan undermixed atau overmixed. pastikan batter not too runny atau terlalu likat/ sticky. observe meringue  selalu semasa pukul. masukkan sedikit colouring (optional)- warna ikut suka hati

4. masukkan adunan dalam piping bag and pipe atas tray. stand the meringue for approximately 25-40minutes. this is done to create the smooth surface dekat atas lapisan meringue macaron
(lepas pipe meringue atas kertas, jangan terus masukkan dalam oven. biarkan 25-40minit- stand) 
masukkan dalam oven bila lapisan kulit macaron nampak berkilat & not sticky bila sentuh


5. selepas stand meringue selama 25-40min, boleh bakar meringue dalam oven selama 10-20minit dengan suhu 140c (no fan). sentiasa jenguk oven untuk pastikan meringue kembang dengan betul. 

Fillings:
plain buttercream

200g soft butter (butter bukan dicairkan, tapi dilembutkan)
450g icing sugar
2 sudu teh susu segar
sedikit vanilla extract

1. beat 200g butter sampai putih & kembang 
2. letak  450g gula dalam batter, sikit demi sikit. pukul lagi adunan sampai putih/ become fluffier 
3. masukkan 2 sudu teh susu segar and vanilla extract and mix the batter again. 
(tambah colouring and flavour: optional. kalau nak tambah chocolate or any other flavour paste, tambah sikit- amount suka hati. same goes with colouring) 
4. masukkan dalam piping bag and it is ready to be piped. 

filings: 
buttercream/ nutella/ fruit jam/ custard/ madu or apa2 filings ikut suka hati

kalau tengah tak rajin hehee atau nak memudahkan kerja, boleh je pakai nutella atau mana mana fillings yang memang dah siap. tapi masa baking mesti la kena rajin rajin hihi. kena rasa eager and bersemangat bila di dapur baru la ada orang sayang. eh? apa kaitan haha. okay then. selamat mencuba everyone :)

Friday 1 August 2014

blackout

dekat luar tengah hujan lebat, selebat lebat lebat lebatnya. beserta kilat petir dan guruh. sedang asyik (cewah) membelek gambar gambar lama dalam laptop,
tiba tiba

blackout. 

satu rumah gelap tak ada elektrik. masing masing pula dalam bilik sendiri. sorang sorang. saya hantar message dekat aya "adoii short la"

dia reply cakap datang la bilik sebelah. eh belum tidur pula makcik ni. tapi saya tak reply pun, terus keluar pergi ketuk pintu bilik papa dengan torchlight. nasib papa pun tengah sedar, kalau tak jenuh nak tunggu sampai ada current. sebab dulu pernah pukul 3am kami semua takut keluar bilik. papa outstation. kepanasan sekejap waktu tu. 

pa macam mana nak buat ni? 
"jom pergi tengok switchbox"

saya dengan papa dua beranak pi dekat hall. bila main switch dah hidup. alarm triggered. eh kenapa boleh triggered pa? takutnya. pa kata takde apa ni biasa la takde current bila hidup alarm jadi unarmed. saya pulak cakap "oooooo" 

then pa suruh tidur. ok semua masuk bilik sendiri balik. lepastu baru je 2minit. baru je duduk atas katil. baru je plan nak tidur, 

blackout lagi sekali.

saya hantar message dekat aya lagi "eh 2 kali dah ni dia cut" sambil typing dok dengar suara papa lagi sekali. tengah betulkan main switch la tu. lepastu again, alarm triggered lagi. 

saya terus angkat selimut bantal lari bilik aya hahahaha. punya penakutnya alahai safra. malam ni tidur dengan maria hehe. saya penakut bila kilat guruh and petir. kalau gelap je tak apa masih boleh tahan sebab saya tak takut gelap sangat tapi bila petir and kilat and guruh and hujan lebat. minta maaf. saya kena angkat kaki lari duduk rapat dengan orang haha 

selamat malam semua. oyasuminasai

Monday 28 July 2014

drama pagi raya

kisahnya 
sejak semalam lagi saya dok pujuk Papa nak pergi masjid cina baru dekat dengan Stadium hang Jebat. tapi papa tak setuju, alasannya sebab masjid baru rasmi tu maybe tak buat solat raya aidilfitri. agak kecewa sikit disitu haha tapi papa janji bawak pusing masjid baru tu lepas solat di masjid besar. saya pun terus okay balik hehe. safra baru tau rupanya kalau dalam satu kawasan, bila ada masjid yang banyak hanya ada dua tiga masjid yang dipilih untuk solat raya. certain time mungkin alternate. bergilir gilir buat solat sunat macam tu. jadi, pagi tadi kami semua solat raya di masjid yang biasa pergi. masjid MITC di ayer keroh 

habis solat raya tu masuk je kereta Papa cakap dekat Mama "kita singgah beli roti canai ok. Daniel teringin roti canai"
saya baru nak masuk kereta terus ketawa sakan hahahaha
terus safra start nagging
"apa Daniel pagi raya cari roti canai. orang lain cari ketupat rendang ahaha"
daniel kata mengidam masa puasa nak ganti jugak pagi raya. haha pun boleh

tapi hati ibu dan bapa kan. jenuh jugak pusing satu ayer keroh cari roti canai haha. tapi saya dah pesan awal awal, kalau ada kedai yang buka and jual roti canai. kakak taknak turun kereta. 
papa tanya kenapa? 
saya kata sebab kakak pakai baju kurung. malu nanti orang tengok pakai baju kurung beli roti canai.
eh kenapa malu pakai kurung?
sebab baju kurung tandanya kita raya dekat kedai makan. plus kakak tak ada tudung. kak pakai telekung je ni tadi solat. taknak turun kereta kalau cantik baju kurung tapi pakai telekung. 
papa pulak gelak sakan. 
habis orang beli roti canai pakai baju apa kak?
"pakai tshirt je" 
hahahaha semua orang gelak dalam kereta

ok part 2. 
masa lalu area masjid baru cina, dekat tepi jalan tu ada pokok rambutan. dekat dengan rumah kayu yang nampak macam dah lama kena tinggal. banyak sungguh buah rambutan merah, mengilau mata. nenny terus cakap 
"Man (singkatan nama papa), lebatnya buah dekat pokok tu nanti kita berhenti nak? kita ambik sikit buah dia"
safra dengan daniel ketawa sampai sakit perut. mama pun sama
Papa cepat cepat cakap "tak boleh mak. tu pokok kita tak tahu ada tuan ke tak. bahaya nak makan buah bila dekat dengan rumah tinggal. kita tak tahu apa yang dah menghuni rumah dan pokok tu masa rumah tu kosong."
"aah kan betul jugak. takpe lah kita tengok masjid dulu"

lepas dah tengok masjid baru tu sekali lagi lalu tepi rumah kayu tadi. and macam tadi jugak. nenny sebut "eh jom la kita turun kita mintak rambutan tu. sedap je tengok rambutan tu"
ingatkan dah lupa pasal rambutan rupanya dok ingat lagi nenny ni hehe. 
Papa kata "takpe la mak, kalau mak teringin sangat makan rambutan nanti Izan (nama singkatan mama) boleh mintak dekat Salwa. rumah salwa pun banyak rambutan"
"mak kalau boleh nak yang pokok tadi punya jugak"
hahahaha
satu kereta gelak sungguh sungguh. mama terus cakap mak teringin benau rambutan tu macam orang mengidam

dah lama tak huru hara macam ni. duduk UK mana nak experience riuh rendah macam suasana malaysia. tahun depan memang tak dapat la nak merasa puasa and raya dekat Malaysia lagi. tahun depan tunggu suratkhabar ok. safra nak hantar salam perantau haha mengada sangat ni 

selamat hari raya, everyone. jaga makan jaga diri jaga semuanya. 


Sunday 27 July 2014

raya 2014


Assalamualaikum

masuk ni dah pos kedua saya typing pasal hari raya. bila tulis tu lupa nak save terus terpadam. sabar jelah hati. esok dah nak raya yayy. tahun ni saya raya Singapore sebab last year dah raya dekat Kedah. sekejap sangat rasanya Ramadhan kali ni. safra rasa puasa tahun ni yang saya paling banyak buang. ada 11 hari kena ganti. campur dengan masuk hospital dan cuti bulanan. tahun ni pun nak tak sempat nak khatamkan Quran :( banyak benda saya uruskan. harap tahun depan kalau ada umur yang panjang boleh cuba untuk khatam lagi.

walau apa pun saya tetap juga seronok sebab tahun ni raya di tanah air hehe. boleh la raya dengan keluarga. sebab kalau ikut perancangan, tahun depan memang nak raya perantauan. baju raya tahun ni colour hijau gold. hahahaha tak reti nak cakap warna macam mana. takpe la warna apa pun tak kisah dapat baju kurung baru untuk raya pun dah suka

saya balik Malaysia tahun ni tak keluar ke mana sangat pun. banyak masa habis dekat rumah uruskan persiapan untuk raya. tahun ni ada 4 jenis kuih homemade hehe. Alhamdulillah kakak mampu sumbangkan kuih yang tak seberapa je la untuk rumah. nak tolong benda lain tak tau apa nak tolong. gambar dekat atas tu saya ambik masa tengah anyam ketupat tadi pagi dari pukul 10 pagi sampai 3 petang dekat dapur. sesi menganyam ketupat beramai ramai. macam macam jenis ketupat. ada ketupat anyam dan ketupat palas. papa kerja ikat ketupat, maria masukkan beras, daniel asingkan daun, mama dan safra anyam. 

masa saya umur 10 tahun arwah moyang, nenny dengan mama dah ajar safra anyam ketupat. pesan orang tua keluarga saya,

"semua perempuan dalam keluarga kita kena tahu anyam ketupat dan tahu ikat tali leher"

atas sebab itu saya dah dibiasakan untuk anyam ketupat dan ikat tali leher. semua jenis ketupat saya belajar. sebab mama orang selatan lahir dekat Singapore. orang selatan pakai ketupat anyam. ketupat palas pula untuk orang di utara sebab papa safra lahir Kedah. jadinya ketupat anyam dan ketupat palas saya kena belajar. kalau mama dan papa orang utara dan selatan, safra orang mana haha. saya lahir Gerorgetown, Penang. anak mamak ni safra ni haha 

sedar tak sedar dah sebulan lebih saya dekat Malaysia. masa berlalu dengan sangat cepat. nanti awal September saya dah balik UK. bermula balik rutin pegang buku dan exam. tak apa safra, setiap yang berlaku adalah kenangan. jadi kena treasure baik baik. saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk semua. berhati hati di jalan raya untuk diri sendiri dan semua yang pulang beraya di kampung :)

Friday 18 July 2014

MH17 :(

Ya Allah,
tabahkanlah hatiku,
dan berikanlah aku kekuatan.
tiada daya aku untuk melalui semua ini tanpa pertolonganMu ya Allah :(

jika inilah aturanMu kepada kami rakyat Malaysia,
kau berikanlah kami kekuatan dan ketabahan untuk meredhakan segala yang terjadi.
aku tiada daya ya Allah, 
semua manusia tiada daya,
melainkan dengan pertolonganMu.

2 planes crashed in a year, in just 4 months.
Tuhan, berat sungguh ujianMu terhadap Malaysia pada tahun 2014
aku sangat tak kuat ya Allah. 
aku lemah. 
tersangat lemah.
semua orang juga ya Allah :(

tidak akan engkau turunkan dugaan dan ujian terhadap umat makhlukMu melainkan kami mampu menggalasnya.
maka dengan itu ya Allah,
kepada mereka manusia yang tidak mampu menerima ujianMu kali ini termasuk aku,
kau lembutkanlah hati kami supaya dapat menerima hakikat aturanMu :(

hinalah aku jika tidak mampu menerima qada' dan qadarMu
kerana ajal dan maut di tanganMu
kebergantunganku hanyalah kepadaMu Tuhan sekalian alam
aku tidak mampu lagi bergantung kepada sesiapa melainkan engkau yang Mutlak

Ittaqullah,
Aku berserah dan bertawakal kepadaMu ya Allah

*******
Al- fatihah. 

Wednesday 16 July 2014

r i n d u


Ku selalu, 
merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku
............... 
...............

*Ella ft Shah- Ku Merindu starts playing in the background* hahahha ok dah nak serious.

Apa tu Rindu?
Saya google definisi rindu hehe. Banyak maksud  " r i n d u " yang saya jumpa. Salah satunya:
Rindu ialah cinta (sayang) yang berlebihan dan ada sedikit perasaan yang sukar dicakap, disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. 

Ada kisah yang safra nak letak dekat sini. Sirah Nabi dan sahabat. 

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah

Istimewanya rasa rindu tu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu sebagai satu perasaan yang indah.

Kadang kadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang. Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

Namun perasaan rindu itu tidak boleh disuka-hatikan oleh mana mana pihak. Umpama menggunakan peluang untuk berbuat tidak baik kepada orang lain. Sama seperti perasaan lain, rindu juga adalah satu perasaan yang baik pada asalnya. Tapi ada masa rindu itu boleh menjadikan seseorang melakukan sesuatu ke arah yang bertentangan dengan kebaikan. 

Macam safra. Saya belum ada anak lagi buat masa sekarang. Yela belum kahwin nak ada anak apanya safra haha. Tapi perasaan rindu dekat anak (atau anak-anak) dah ada hehe.
Rindunya. 
Tak sabarnya. 
Untuk jadi seorang ibu. 
Jumpa pun belum pernah tapi saya boleh rindu. Ini belum cerita pengalaman mengandungkan dan melahirkan anak. Mesti lagi terharu (InsyaAllah, safra. Satu hari nanti)
Kalau safra yang belum pernah rasa pengalaman menjadi seorang ibu boleh rindu dekat anak anak. Apatah lagi orang yang sudah menjadi ibu. Mesti perasaan terharu dan seronok yang berkali ganda. 
Semoga safra mampu menjadi seorang ibu yang baik untuk anak anak safra nanti. InsyaAllah.

Sunday 13 July 2014

tatasusila

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cakap mengenai "tatasusila"
Amboi bukan main awak pilih tajuk ye safra. Satgi nak kupas topik ni mampu ke? Hehe. Tapi tetap juga saya nak bercakap tentang moral dan tatasusila harini

Kisahnya 
dua hari lepas tiba tiba Mama dan Papa whatsapp emergency dalam group family. Katanya Daniel balik sekolah pukul 3pm bukan 4pm. Safra dapat message pukul 2.50pm. Masa tu saya belum siap lagi. Saya reply 
"HAAAAAA? ADIK BALIK SEKARANG????? KATA PUKUL 4"
Mama dan Papa cakap 
"Daniel baru call. Adik kata sekolah lepaskan awal harini. Takpe kak bawak kereta jangan rushing. Hujan ni kilat petir. Lebat dekat luar tu. Adik kata dia boleh tunggu kakak sampai."

Saya takdan reply message tu. Terus bersiap cari tudung and capai kunci kereta. Masuk kereta dengan lafaz Bismillah terus laju je bawak. Dalam hati kesal Ya Allah kesiannya la adik dekat sekolah tu basah kena hujan. Sebab Daniel selalu tunggu bawah pokok je. Dia tak suka tunggu bawah bumbung. Kesian 

Masa kalut bawak kereta tu. Paham saja la keadaan traffic di Melaka ni. Kadang kala menguji kesabaran dan iman. Bagi pemandu amatur macam safra ni (hehe saya mengaku masih amatur sebabnya dekat UK safra tak drive. Mama dan papa tak benarkan. Lagisatu saya belum cukup umur untuk apply driving license UK masa tahun pertama di UK) sangat la takut dan seriau nak drive dekat Malaysia walaupun sekarang di Malaysia safra dah nak dapat lesen kompeten yayyy. Tahniah safra awak bukan lagi pemandu percubaan haha

Safra keluar rumah sharp at 3 o clock. Dengan keadaan jalan raya yang licin dan hujan. Dengan berkabus separa tebal dan saya rabun tak nampak cermin belakang sebab aircond dalam kereta serta suhu dekat luar main peranan dan pada ketika itu dalam kepala tengah pening pikir Daniel tunggu di sekolah. Dengan wiper kereta cari tak jumpa waktu tu hahahaha. Sedihnya la bila waktu genting macam tu lagi banyak benda nak buat, lagi banyak benda safra lupa. 

Lupa paling besar: To calm myself down.
Safra sangat panicking masa tu. Mungkin sebab rasa kasihan dekat adik. Selalunya 10 minit sebelum kelas dia habis akan ada orang tunggu dia. Sama ada papa, mama atau safra. Kadang kadang pekerja mama akan ambik dia. Jarak dari rumah ke sekolah dia je dah makan masa setengah jam. Kalau hujan traffic akan jadi lebih perlahan. 

Sepanjang pemanduan saya ke sekolah tu saya fikir sorang diri. Saya tak faham. Kenapa ye traffic di Melaka ni sibuknya dah hampir sama macam dekat KL. Hehe. Soalan apa tu? Saya tak faham apa fungsi lampu isyarat pada jarak yang begitu hampir? Tengok soalan saya.

Papa kata sebab kakak tak balik Malaysia lama ada banyak juga perubahan dan pembangunan dekat Melaka ni. Lagi 10 tahun rasanya Melaka jadi sama sesak macam KL alahai safra. Sila bersedia untuk pening kepala melayan kerenah traffic 

Ok itu adalah serba sedikit teori dan persoalan saya sepanjang saya drive ke sekolah adik. Yang buat kesabaran saya diuji masa tu sebab safra dah sampai selekoh untuk masuk ke kawasan perumahan dari jalan besar. Kereta di depan saya ni dari tadi memang asyik memotong. Takpe la awak nak potong. Kereta awak bukan kereta saya. Tapinya bila dah ada di depan tu tak alert dengan traffic light. Pemandu kereta tu main phone. Bila lampu dah hijau. Dia masih statik tak bergerak. Saya dekat belakang ni tak senang duduk. Sebab adik dekat luar basah ni encik. Kenapa kereta encik tak bergerak. Huuu. Sedih. Sambil tu saya dok tunggu lagi dia ni bila nak gerak. Kereta di depan dia semua dah jauh terlepas ke jalan seberang. 

Lampu isyarat dekat Melaka ni sangatlah lama ya Rabbi. Kalau di Kedah seronok. Traffic yang pleasant sangat. Sebab kereta yang datang dari banyak arah pun had masa adalah sama dan balance. Melaka ni kadang kadang yang datang dari arah bertentangan tu lebih sekejap dari kita yang datang dari arah lain. Jadinya bila pemandu kereta tadi tak bergerak. Saya untuk pertama kalinya terpaksa juga bunyikan hon. 

Safra jenis sangat tak suka hon kereta lain. Sebab bagi saya itu tatasusila/ tatatertib pemanduan. Taknak la hon hon suka hati. Walaupun kadang kala bila atas jalan raya hon itu perlu untuk menyuarakan hak. Tapi takpe la saya tak suka bunyi bising. Tambah tu safra tak suka bila hon boleh ganggu konsentrasi pemandu lain. Waktu tu saya tak ada pilihan. Terpaksa juga keluarkan hon yang terpaling sopan. Hahahaa. Untuk minta diberi laluan. Sambil tu saya cakap sorang diri. 

Hai si pemandu kereta depan awak boleh teruskan main phone sambil memandu. Tapi izinkan saya gerak adik saya basah tu dekat luar

Dalam masa saya nak gerak tu. Lampu isyarat pula bertukar merah. Kereta depan je yang lepas ke jalan seberang. Nasib dia dapat lepas. Nasib saya? Terpaksa la tunggu turn lagi sekali. Unless safra beat traffic. Haih tekanan tekanan 

Safra tak la marah. Cuma sedih kenapa benda tu jadi waktu saya tengah kelam kabut nak ambik "putera game ipad" balik sekolah. Perasaan bersalah dekat Daniel makin banyak bila benda macam ni jadi. Saya rasa kalau nak marah pun tak ada gunanya sebab pemandu tadi bukannya boleh dengar hehe. Lagipun nak marah benda yang kecik rasa macam tak patut. Jadi to make it better, safra bercakap sorang sorang sambil pujuk hati takpe safra bulan puasa ni bawak bersabar huuu jom dengar radio.

Pengajaran yang safra belajar is to remember bahawa dekat mana pun kita berada, tatasusila dan tatatertib tu kena ada. Penting. Rupanya dalam hidup ni setiap benda yang kita buat kena bertata- kaedahnya. Dalam bahasa orang putih, manners.

Tanpa manners, susah la hidup. Nak makan pun kena ada table manners. Kena tau mana satu garfu dan sudu. Inikan pula atas jalan raya. Kena tau sesuai ke main phone sambil driving? Sesuai ke hisap rokok sambil driving? Safety jalanraya melibatkan nyawa sendiri dan nyawa orang. 

Saya ni taklah baik mana. Sangat sangat jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan mereka yang baik akhlak dan perangainya. Tapi safra sangat particular berkaitan safety. Tak pernah lagi saya drive kereta sambil guna phone. Sebab saya nak jadi considerate. Bertimbang rasa dekat mana mana tempat yang saya pergi. Tapi tak tahu la nanti in a future. Safra berubah? Harap harap berubah ke arah yang lebih baik. Amin. 

Sebenarnya banyak lagi safra nak cakap pasal manners. Tapi tak reti nak cakap apa lagi. Sebelum menulis tadi rasanya saya dah hafal benda nak cakap. Bila mula menulis semua safra lupa

Oh yang saya ingat. Sampai je dekat sekolah Daniel. Saya nampak beg sekolah dia basah bawah pokok kena air hujan. Kesian. Eh tapi mana adik? Beg ada sini tapi tuan empunya badan mana? Safra dok tinjau dari cermin kereta. Rupanya dia berteduh dekat bawah bumbung dekat bangunan. Berlari dia capai beg nak masuk kereta. Alahai Daniel kesiannya basah kuyup :(
Maaf kakak lambat...

P/s: pemandu sekalian, kesian la dekat safra ni ye. Jadilah pemandu yang bertimbang rasa. Fikirkan nyawa semua umat manusia yang berada di jalan raya. Bersama kita teguh melahirkan insan yang berguna dan berwawasan hahahaha macam ayat merdeka 

Tuesday 8 July 2014

kalau boleh cakap

safra rasa. Bleu tak sihat. entah la hati ni dok rasa macam dia tak berapa sihat. kenapa dia tak meow macam biasa ye. tengok dia kesian sangat. asyik melepek je tidur tak main main macam selalu pun. hari ni Bleu sangat passive. since petang tadi kucing yang lain elok main-main macam biasa tapi Bleu tidur sorang sorang. hari ni kakak tak nampak pun Bleu makan. tak lalu makan ke Bleu?

petang tadi masa Daniel masuk bilik untuk tolong potong potong kertas, kakak and abang Daniel nampak Bleu macam nak muntah. Bleu macam batuk batuk sikit tapi tak muntah apa pun. kenapa ni Bleu? risaunya. tak tahu nak buat apa. lepastu tadi kak safra jahat. ambik Bleu dukung and peluk lama. selalu Bleu meronta nak turun. petang tadi lama Bleu senyap je masa kakak peluk. kenapa sebenarnya ni Bleu?

Bleu sakit ke?
Bleu rehat tak cukup ke?
Bleu penat ke?

saya risau sangat. sedih tengok dia melekap atas katil. tidur. macam mana ni Bleu. Bleu sakit ke? cakap la dengan kakak. kak safra tak reti nak tolong apa apa kalau tak tau Bleu sakit ke tak. sedih la kakak macam ni. kakak keluar hospital. Bleu pulak tak sihat :( tadi kakak safra dah bagitau mama.

"Bleu ni macam tak sihat ma. kenapa?"

tapi mama cakap tak lah. Bleu OK. Bleu cuma penat or maybe stress. Bleu stress ke? kenapa Bleu stress. sebab adik adik cakar Bleu? Bobby Tintin and Minho gaduh dengan Bleu ke? kalau la Bleu boleh cakap sekarang. kakak risau sangat.

Bleu...
Cakap la dengan kakak. Bleu sakit ke. kenapa Bleu tak main main macam selalu, kenapa Bleu diam je tak meow-ing macam selalu. sedihnya kakak macam ni :(

kalau la Bleu boleh cakap... mesti safra tau Bleu Ok or tak :(

Friday 4 July 2014

petir dan kilat


safra tak boleh tidur. dekat luar hujan lebat sangat. beserta kilat dan petir. saya sangat penakut dengan bunyi yang kuat or besar. dari bayang langsir bilik, boleh nampak dengan jelas splashing lightning. takutnya. dari kecik dulu memang takut dengan ribut petir. safra pun tengah tak sihat sekarang sebenarnya. under medication. patutnya kena admit hospital. tapi for now, saya bertahan dulu dekat rumah. sambil tu saya tunggu result dari doctor. kalau positive, kena go through further treatment and kena hospitalised. maybe kena masuk tube dalam badan atau kena tebuk lubang dekat... (tak apa la. tak nak fikir sekarang) doakan safra cepat sihat ye. 

Tuesday 1 July 2014

Iqra'

Bismillahirrahmanirrahim.

Ahlan wasahlan, ya Ramadhan Kareem.
Semoga di bulan puasa ini semakin banyak amalan dan kebaikan yang safra mampu buat. Seiring dengan khilaf khilaf yang lepas. InsyaAllah, semoga Allah ampunkan safra dan terima taubat safra selagi masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah. Di kesempatan ini, safra nak ucapkan salam ramadhan al mubarak untuk semua terutama pembaca blog kesayangan :)

Ya Allah, berkatilah usaha hambaMu ini untuk khatam Quran lagi pada tahun ini. Sisipkanlah naluri "istiqamah" dalam diari Katrina Nur Safra sempena Ramadhan kali ini. Amin ya Rabbal Alamin. Iqra' safra. 

Saturday 14 June 2014

pre-flight anxiety

esok saya akan naik kapal terbang untuk balik ke malaysia dari UK. seorang. tak ada benda nak update sebenarnya cuma ada sedikit rasa nervous. hopefully semuanya dipermudahkan. insyaAllah

Monday 9 June 2014

farewell


Officially done with Pre-Univ. Alhamdulillah. Thanks Allah, for everything. Terima kasih cikgu dan kawan kawan. Till we meet again. 

Thursday 29 May 2014

awards ceremony 2014

Alhamdulillah. harini naik stage ambil cert. terkejut sangat sebab niat ke Clarendon Centre tu nak tengok kawan kawan naik stage ambil award. rupanya tuan badan pun dapat. terus rasa gelabah sungguh sungguh. malu and tak tahu nak cakap apa. terasa pengorbanan setahun preparation ni berbaloi bila mampu bawa balik cert untuk mama and papa. terima kasih ya Allah, yang tak pernah putus beri kebahagiaan dan rezeki. kadang rasa macam banyaknya khilaf dan silap dekat our Creator tapi Dia tak pernah hampakan pun walau sekali. terlalu banyak rezeki yang Allah bagi. syukur ya Allah. semoga safra akan terus rajin menuntut ilmu dan sentiasa dekatkan diri dengan yang Satu. well done, dearest friends :')

Mrs Delafuente and her favourite colleagues (scientists).

Wednesday 28 May 2014

MPharm or MChem

Assalamualaikum.

tadi bukak email, pelik dapat dapat email dari Cardiff Univ Wales.


"Dear MISS KATRINA NOR AZMAN,

Thank you for your interest in studying here at Cardiff University. While you were unsuccessful in your application to study MPharm Pharmacy here at Cardiff University, I wanted to get in touch to highlight the merits of studying Chemistry at degree level as an alternative to MPharm Pharmacy.

Chemistry is an ideal degree for students who have an interest in Medicine, Dentistry, Biosciences or Pharmacy, but who have not been able to secure a place. Each year a sizeable cohort of our graduating Chemistry students go on to study one of these degrees. The degree utilises and builds upon the science knowledge you would have obtained at secondary school level, giving you an excellent basis from which to progress into one of these fields if you so wished to at that stage.


Chemistry is a great option because there are so many career pathways you could take using your chemistry degree, such as pharmaceuticals, materials, fuels, food technology, analytical testing, agriculture etc. These are all areas that chemists can research and work in. Other areas include teaching, accountancy, publishing and law just to name a few. With a chemistry degree, you do not have to wear a white coat and glasses for the rest of your career.

If this degree route attracts you then please get in touch with me, Dr Tom Tatchell (t*******t@cf.ac.uk) and I will be very pleased to your options and the entry requirements you would need to meet.

If you do not have any offers from the universities that you applied to through UCAS and will be looking to enrol on a course via the clearing system, then you should aim to get in touch with me on +44 (0) **** ******. Then I will be able to discuss with you your options.

I'm more than happy to answer any questions that you may have and so feel free to get in touch.
Good luck with your exams.

 Kind regards,

Tom"

bila dah baca habis email tu, lagilah terkejut.
patutnya dah tak dapat apa apa email dari Cardiff lagi sebab haritu apply Cardiff untuk MPharm, kena reject dari university.
sebab result tak okay kot.
lepastu tadi baca email, rupanya kena reject MPharm tapi diaorang nak offer MChem.
alahai. kimia lagi?
dah la tak berapa suka kimia. kenapa tak offer biology. huuu
mengharap sangat nak biology atau apa apa course relating Biosciences
sebenarnya boleh cakap. agak tekanan juga sebab pilih pharmacy hehe
kalau tau macam ni punya susah tak ada gatal nak pilih dulu
nak tukar course, tapi nak buat apa ye
kalau tahu macam ni dari dulu apply doctor terus walaupun susah tapi interesting nak belajar
pharmacy ni susah sama macam doctor and lagi boring dari doctor.
percayalah haha.
dengan statistics for scientist, dengan core principle of chemistry and macam macam
patut la before fly dulu Faiz (boyfriend kak miera) ada cakap.

"Kat buat pharmacy/pharmacology ni susah kot. dulu Faiz buat pharmacy satu semester je then switch buat medic. sekarang buat doctor ni lagi best dari pharmacy."

"eh tak susah ke doctor. pharmacy senang sikit kot kan."

"tak la. sama je susah je. rasa pharmacy macam susah lebih. banyak benda kena hafal especially drugs. semua benda doctor belajar tu pharmacist belajar jugak tapi korang tak boleh diagnose patient je. kitaorang boleh. korang penat sikit la, nak kena faham ubat dengan reactions dekat badan manusia. jangan jadi macam aku dah. awal dulu ok je sekarang serabut terus tukar doctor."

hm sekarang baru terfikir ada betul juga apa si Faiz ni cakap.
kenapa la dari awal dulu tak dengar cakap si Paih ni
haritu masa belajar dengan Kayi ada groupwork
dia tanya kenapa pilih pharmacy kenapa tak nak jadi nutritionist or dietetic

"I believe pharmacy is so much harder than medic. my aunty once told me that you will have to memorise lots of terms and drugs, to understand how the medicines react with body-systems and many more. pharmacy/pharmacology requires so much chemistry and formulae. unlike medicines, although it is a pretty tough course and kind of nervewrecking to learm but to be a doctor is so much interesting than being a pharmacist."

Kayi tu bakal nutriotionist
heheh saya ada personal konsultan dah. lepasni kalau ada problem relating pemakanan boleh mintak consultation dia
lepas borak dengan dia saya macam ala kenapa baru sekarang baru nak nampak pharm susah
then Aya pula message bagitau

"kak kalau tak suka chem jangan proceed. cikgu Ya cakap chem susah. kalau tak minat tak boleh buat. sebabtu aku nak tukar buat engineering. tak nak buat medic. pikir 10 kali nak buat ke kimia tu walaupun suka chem. tapi takut susah tak boleh buat."

"tu la. kak rasa macam tak nak buat. entah la takut tak boleh bawak. ya nak buat engineering kan. maths kena strong tau. ada mechanics, physics, chemistry (optional rasanya), further pure maths, engineering maths, statistics engineering. ha semua maths2 tau. Ya kena make sure course apa nak buat. after ada semua basic tu baru specialise nak mechanical, electrical, civil, chemical etc. tapi mechanics rasanya senang dari statistics scientist. kalau kak boleh buat, Ya mesti boleh buat."

"STATS? aku paling tak suka stats."

"hahhahaa. kak paling suka stats. dulu je rasa susah lepastu dah paham ni rasa lagi okay dari maths. kak buat stats 1 sampai 4. lagi susah kot. nak buat engineering ni maths kena kuat. jangan jadi macam kak rasa tak kena rasa nak tukar course. ingat senang ke nak patah balik or tukar2 course. pening"

"Ya taknak belajar la. esok kahwin"

hahahaha. entah apa apa je perangai.

macam mana nak buat ek. pening pikir
tapi bila fikir balik kena bersyukur sebab Cardiff tak offer buat subject humanities macam law, business and accounts & finance.
haritu macam dah tak kisah dah bila Cardiff reject application nak buat MPharm sebab Queens Belfast Ireland, Robert Gordon's Scotland, John Moores Liverpool, DeMonfort Leicester semua offer MPharm.
tak tahu pula rupanya Cardiff Univ reject sebab nak bagi buat MChem.
safra tengah dilema.
nak pilih mana ye?
MPharm ka MChem ka.
I dislike making decisons, so indecisive.
saya sempat bagitau mama papa cakap kak dapat offer dari Cardiff, Cardiff suruh buat MChem.
ma and pa cakap dah tak suka kimia tak payah la nak jadi chemists
nanti kerja tak best so safra cakap ok
rasanya nak balik Malaysia dulu kot baru bincang.
kalau sorang sorang buat keputusan macam tak best hehehe
takpe kot kan. tunggu kak balik Malaysia dulu.
nanti kita sama sama bincang ye ma and pa. banyak benda kena bincang balik nanti

MPharm or MChem?

Thursday 22 May 2014

Cookie & Scribble


Presenting: Cookie and Scribble

Spot cookie, one that munches the kibbles while scribble has 2 pairs (4) of white paws. brotherly-love.

Hove, England. 

Wednesday 21 May 2014

Commencement 2014

May 21st, 2014.
Mark the day of your well achievements.

Bismillahirrahmanirrahim.

Congratulations on your commencement, kakak kakak dan abang abang di Stevens Institute of Technology, New Jersey, USA (school of engineering and sciences) and New York University, New York, USA (school of business). Safra bangga sangat dengan semua. Selamat graduasi dan selamat menempuh alam pekerjaan untuk yang bakal bekerja dan selamat menempuh alam pembelajaran untuk yang bakal sambung belajar. Tahniah atas ketekunan kakak dan abang yang rajin menuntut ilmu. Sebak and terharu sangat, semua kakak kakak dan abang abang dah grad and officially a degree holder. Safra berharap sangat safra mampu berada dekat USA and give my very last support to all of you yang sentiasa jadi role model untuk safra belajar. Proudly to say, I am very pleased. Indeed. Once again, tahniah kakak dan abang. Happy graduation and congratulations :')

May 29th, 2014 (Bellerbys Award Ceremony)

award ceremony yang ni macam hari graduation juga. siapa siapa yang baik resultnya dapat la award minggu depan. rasanya kali ni macam tak mampu nak dapat apa apa award. dulu dekat KTJ safra mampu la dapat. Alhamdulillah. mama papa happy sangat. sebab award tu disampaikan oleh Tuanku Permaisuri Negeri Sembilan dengan Prince and Princess, serta kerabat diraja Tuanku Ja'afar (Tunku Naqiyuddin, Tunku Naquiah) it was so delightful, yet the very best moment through my entire life sebab graduated dari KTJ dengan cara yang baik. (safra cerita bukan nak menunjuk, tapi reminiscing the old memories since i know, i can't make it anymore. sedihnya)

bukan senang nak maintain performance. haih, silap tu. bukan senang nak istiqamah. haa baru betul. bukan mudah nak istiqamah jadi rajin. bukan mudah nak istiqamah menuntut ilmu. nak istiqamah kuruskan badan pun susah ok. hahahaha. sebab asyik tergoda je dengan makanan yang lazat lazat (amboi safraa) 

sekarang ni bila dah masuk pre-univ macam susah je nak dapat award lagi :( dengan result yang buat safra down. tak sabar nak sambung degree lagi 4 tahun. cepat sikit habis belajar. so much dilemma and life feels like riding a roller coaster masa zaman preparation ni. hopefully the next phase of life would be much better than right now. truth to be told, i am taking this no more (not giving up but slowing down the momentum) hehe. nanti cakap putus asa, macam bersalah pula.

safra kena tabah.
kena cekal.
kena kuat. 
kena kena kena

rasa sangat stressful dan tekanan bila belajar tapi masih rasa ada a few things yang tertinggal especially bila exam. tapi i guess since before, we have all known that siapa siapa yang buat sciences field memang selalu ada exams. "Medic (Sciences) dan Exams tu kawan baik. Umpama roti canai dan teh tarik." macam mana nak pisahkan. but well, i have made this through. though it is pretty tough for me but i guess, i've managed to survive both foundation year and United Kingdom :D

anyway, let the bygones be bygones. keeping my head straight up untuk beberapa minggu dengan finals. safra pun akan grad dari current college soon and dah tak stay dekat midland lagi. for now, Yayyy to the Commencement of 2014 (for both kakak & abang dekat USA and for myself too in the UK)

Semoga safra pun akan berjaya macam kakak kakak dan abang abang. Amin ya Allah.

P/s: saya nak tukar major. Boleh tak?