Monday 24 March 2014

kau di hatiku

Tarzan- You'll be in my Heart (Malay)

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tangan ku dan digenggam erat
Ku melindungi mu dari apa yang datang
Berhentilah menangis
Tubuh kecil bertenaga
Dalam dakapan ku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Walau apa katanya
Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan walau apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu saling membantu
Di suatu masa tahu
Destinasi tiba kau harus tabah (selama)
Ku tak bersama mu
Bersabarlah
Di suatu masa tahu buktikan bersama

Kau di hati ku
Yakin kau di hati ku
Di sini kau di hati ku selamanya
Bersama mu 
Pandanglah ke bahu mu
Selama-lamanya

Disini mu selamanya

"berserah"

Lately ni.

Hati cepat sangat tersentuh. 
Kalau buat apa apa mesti cepat je ter-nangis. 
Kenapa entah. 
Nak kata rindu family, hari hari rindu. 
Setiap masa rindu.
Nak kata rindu Malaysia, setiap waktu rindu. 
Tapi dulu tak ada pun macam ni sampai nak nangis. 
Sekarang je. 
Buat apa sikit nak nangis. 
Lepastu nangis sampai sedu teruk teruk. 
Malas nak message siapa siapa.
Sebab mesti banjir depan phone.
Malas nak skype dengan siapa siapa.
Mesti akan banjir depan laptop.
Kenapa ni, kenapa sensitif sangat sekarang. 
Allah, tolong lah. 
Ketepikan rasa mudah tersentuh.
Tak nak la nangis depan phone. 
Tak nak la nangis message orang di Malaysia. 
Tak nak la nangis teruk teruk.
Tak nak nangis lagi dah.
Tolong lah air mata.
Jangan keluar lagi. 
Tolong lah hati. 
Jadi keras sikit. 

Safra. Kenapa awak tak macho lagi dah?
Dulu tak ada pun nak nangis.
Sekarang ni kenapa cepat je nangis...

Saya juga baru tau MH370 dah disahkan terhempas. 
Apa lagi perasaan yang patut saya rasa?

Al Fatihah untuk semua penumpang MH370 terutama Abg Fariq. Allah lebih menyayangimu. Doa kami sentiasa mengiringimu terutama dari mama, papa, aunty, uncle dan seluruh rakyat Malaysia.

"Bismillahi tawakkaltu alallah, Wala haula wala quwwata illa billahil aliyil azim."
Dengan nama Allah aku menyerah diri kepadaNya, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya. 

Aku menyerah diri, bantulah aku dengan pertolonganMu, ya Allah. 

P/s: Sorry sangat dekat semua orang yang message tanya khabar dan saya tak reply. Tak mampu nak reply kalau air mata keluar banyak banyak. Doakan saya sihat balik dan kuat balik. 

Friday 14 March 2014

2minggu

lagi 2 minggu dah nak ke New York.
flight: United Airlines (USA)

huu. kapal terbang lagi. asyik kapal terbang je. haih.
semoga selamat pergi dan selamat balik.

this year's spring/Easter break nak spend masa dekat America.
2 weeks roadtrip. 2weeks in the USA.

then.
2 months lepastu balik Malaysia.
Mama & Papa,

kakak dah nak balik :)

oh by the way.
hari ini dah "20"

and by the way again (haha)
my application to Cardiff University in Wales has been unsuccessful.
so, this is the first rejection from the university after Ive got the 3 offers from:
  • Queens' Belfast, Ireland
  • Robert Gordon, Scotland
  • John Moores, Liverpool 
tak sedih pun haha
sebab kalau dapat offer pun, i dont think i can make it
Cardiff's requirement is pretty tough (for medicine or any sciences field)
and I'm sure enough that i wont be able to enjoy my studies in Wales.
because.
my intention is to push myself untuk either ke Ireland or Scotland.
but.
kena brace myself from the very beginning.
sebab.
both Ireland and Scotland sejuk haha.
but the actual reason is:
both Ireland and Scotland have a-very outstanding education system kalau compared to England itself.
competition sangat tinggi.
chances are ..... i have no idea. 50% -50% maybe?
but whatever it is.
i am not giving anything up.

sekarang kena tunggu my final university to consider the application which is in Leicester.
lepastu saya pula pilih university mana nak pergi. 
hopefully i can make a wise decision by then. 

anyway. MH370 masih belum jumpa lagi.
lets put our hands together and pray to the Only One. 
wishing everything will be fine very(very) soon. 
InsyaAllah.

Sunday 9 March 2014

.

Bismillahirrahmanirrahim.

Mama: 
TV dok running for the whole night through. I pun tak boleh lelap. Family diaorang lagi la rasanya.

Aunty Yati: 
I dari semalam asyik terpandang je muka si Fariq ni. Kita yang rapat dengan dia ni pun rasa kesal kenapa dia la yang jadi mangsa. But to think this twice, this can happen to Lala and Ramli too, and I have 3 pilots dalam family member juga. Rasa ini Qada dan Qadar kan but still tak boleh tahan tengok Lala </3

satu dunia tunggu abg Fariq and all other passengers balik. Baliklah, abg Fariq. kami semua tunggu :'( mama, papa, aunty, uncle and even kak Lala are waiting patiently to see you again. our solemn prayers and thoughts are with you and with those yang involved. 

Saturday 8 March 2014

MH370 :(

8.30am (waktu UK)

Pagi tadi macam biasa.
Bangun tidur check phone. 
Banyak sangat message dan status pasal flight MAS 370. 
Mama papa bagitau. 
Kawan di malaysia pun bagitau.
Saya terus nangis.
Literally.

Perit sangat hati. Hiba sangat hati. Nangis bukan biasa biasa okay. Nangis sampai sedu and tekup muka atas bantal. Panjat semula katil. Selalunya 8.30am ni dah lari ke dapur prepare breakfast. Lepas tahu cerita pasal  MH370 terus saya taknak makan. Saya nekad. Hilang terus selera. Biarlah sama sama ikat perut, biarlah sama sama berlapar. Orang dalam kapal tu mesti sangat sangat lapar dan sedang bersedih. 

Ya Allah. 

Kenapa kadang kala ujianMu terlalu berat. Kenapa kadang kadang ujianMu tak dapat manusia lain tempuhi. Bukankah engkau tidak akan menurunkan dugaan terhadap hambaMu yang tidak mampu? 

Astagfirullahalazim.

Safra. Awak ni kenapa mempersoalkan tentang ajal maut Tuhan. 

Dari pagi tadi. 
Saya tak senang hati. 
Sangat sangat tak senang hati.
Orang lain tak akan faham kenapa saya boleh nangis teruk.
Mereka tak akan pernah faham.
At all. 

Pagi tadi.
Trauma dan mimpi hitam tu datang semula. 
Benda yang saya sendiri experienced masa balik dari Sweden ke London.
Norwegian Air kena buat emergency landing dekat Amsterdam, Netherlands.
I was there. 
Alone.
And yet, survived.
Lagi saya ingat, lagi saya kuat nangis.
Roommate saya dah termenung.
Dia cakap jangan sedih. 
Baca doa dan fikir benda baik.
Think about all the possible outcomes.
Dalam hati saya cakap, you wouldn't understand what i had to go through, Rachel. 
Lepas dua bulan saya cuba lupakan pasal kejadian di Amsterdam.
Datang pula cerita kapal terbang MH370.
And once again. 
Cerita pasal kapal terbang tak akan hilang dari fikiran. 
Macam hantu. 
Selalu menghantui saya.
Tanpa sedar air mata turun lebat macam air terjun.
Sakit dada sesak nafas tahan sedu.
Saya insisted taknak turun katil and keluar.
Masih lagi nak continue nangis. 
Sampai lebam mata. 
Peduli lah apa orang nak kata.
Saya yang nangis. 
Saya yang sakit. 

Awak yang tak pernah lalui.
Jangan taburkan pendapat,
 "alah si safra ni lembik. Lemah. Benda macam ni pun nak nangis." 
Semua orang tak akan faham.
Dan tak akan pernah faham. 

Phobia.

Tahu apa definisi phobia?
Saya rasa saya dah jadi paranoid dan phobia sangat sejak kejadian di Amsterdam.
Saya umpama hidup semula selepas dimatikan Tuhan.
Trauma.
Takut.
Kadang kadang saya cakap. 
Lebih baik naik kapal laut.
Tapi sebab saya takut ombak besar.
And i guess takutnya lebih berganda dari being on a plane, jadi saya ajar diri supaya sabar.
Memang pada zaman ni safra, hanya kapal terbang yang paling efisyen. 
Paling efektif.
Lagi lagi awak kena travel berbelas or berpuluh jam untuk merantau dan balik tanah air.
Awak kena ingat.
Awak dekat UK belajar.

Saya pasrah.
Ya.
Katrina Nur Safra pasrah.

Pelan pelan saya kuatkan hati. 
Lap air mata. 
Tarik nafas dalam dalam.
Saya cakap "safra awak tak boleh patah semangat. Kalau awak dapat survive, kenapa awak tak ada faith yang those people pun akan survive macam safra?"
Awak sangat tabah waktu tu safra.
You were once so strong.
Tanpa ada orang yang awak kenal dekat sebelah. 
You managed to calm yourself down.
Daniel yang baru 13 tahun tu cakap,
"Kak, kalau kakak boleh survive before. Kenapa kakak tak doakan diaorang pun survive macam kakak? Then for sure they will survive."
And i said,
"Diaorang tabah ke? Sebab kakak sendiri pun tak tabah. I was so hopeless. Kakak tak expect akan terus hidup. Kakak dah doa kalau Allah nak juga hempaskan norwegian air tu. Hempaslah, kakak lemah. Kakak kerdil. Hidup ni bukan pilihan kakak. 5jam untuk sampai ke london umpama 5juta tahun buat kakak. Kakak punya roh dah tak ada dekat badan. Waktu tu kakak sorang. Peritnya kakak lalui semua sorang. Kakak dah redha dengan dunia. Kakak cakap kalau tak sempat jumpa mama papa. And orang lain. Kakak nak mintak maaf hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan susu yang mama bagi and makan minum kakak yang mama papa tanggung. Semua ilmu dan kasih sayang. Sesungguhnya kak rasa tu lah satunya dugaan Allah yang paling kak tak mampu nak lalui."

Dekat sini nampak sangat Daniel lagi matang dari kakak dia.
Maria pun message cakap
"Kak, kawal your emotions. Be strong okay. Kak kan kuat. InsyaAllah. Nah peluk sikit."
Saya nangis lagi. 
Sebak. 

Adik adik kakak.
Kakak pun tak tahu mana pergi segala semangat kakak.
Mana pergi kakak korang yang tabah dan kuat tu.
Apa benda lah safra ni. 
Tadi dah nak berhenti nangis.
Sekarang nangis balik.
Lagi sekali saya kesat air mata.
Puas puas nangis dulu atas katil.
Roommate pun pujuk ajar keluar.
Hirup udara nyaman.

Haruslah Rachel pun bersedih. 
Kapal terbang tengah heading to China.
Dan majoriti penumpang dalam kapal terbang tu banyak bangsa dia.
Tapi dia kuat. 
Tak nangis pun.
Saya ni je sungguh sungguh nangis. 
Macam putus cinta. 
Dia cakap takpe nangislah puas puas.
Sebab dia faham saya mesti rasa apa yang orang dalam kapal MH370 tu rasa.

Turun dari katil saya bersiap dengan sport-wear. 
Rachel sekali bersiap.
Dia tanya "are you ready for this?"
Yes. 
"Absolutely, yes."
Entah mana datang terus
Rachel terus happy. 
Puas hati tengok saya dah tak nangis.
Saya terus lari ke dapur isi air dalam botol.
Tied up tali kasut.

Sekarang saya dekat luar. 
Niat hari ini memang nak join charity untuk budak budak yang kurang bernasib baik.
"Childreach International"
Saya message mama papa.
"Kak tak mampu nak tolong mereka dalam kapal terbang MH370. Kak hanya mampu join charity and raise funds untuk budak budak yang perlukan bantuan."

Saya kena naik train dari Brighton ke Falmer Station. 
Dari situ sekali lagi naik train ke Eastbourne. 
Then kena jalan or lari selama tiga or empat jam ke Beachy Head.
Sambil tu kutip derma untuk budak budak.

Saya tepis tepi perasaan lemah semangat and "losing-hope" pagi tadi.
And i realise something.
Saya jadi tabah semula.
Saya taknak jumpa budak budak muka bengkak sebab nangis. 
Depan meja ni Rachel tengah makan breakfast. 
Saya? 
Minum teh secawan.
Tengok lah kejaplagi kalau lapar saya makan.
Jangan nanti saya yang pengsan masa tolong charity budak budak. 
Tak macho lah safra awak ni.

Safra,
"Rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tammim bil khayr."