Thursday 30 May 2013

hikmah kehilangan

Assalamualaikum

selepas 2 bulan tinggalkan blog ni sekarang rasa macam dah tak reti nak mengarang dekat sini. banyak yang dah tersedia maklum or mungkin ada la tu beberapa kerat orang (betul ke kerat? eh tak kisah la memana..) yang masih belum termaklum yang kita dah habis kolej. ha ni nak bagitau la safra dah habis belajar. perasaan dia apa dah habis belajar ni? Sebenarnya rasa macam tak percaya pula dah habis. kawan sebaya lain tengah bertungkus-lumus belajar untuk SPM tapi safra dah habis belajar dah. ok berbalik kepada tajuk iaitu Kehilangan. selama tempoh saya menyepi kali ni safra datang dengan satu soalan tau tau. Cuba cakap...

Apa hikmah yang Allah nak beri bila kita kehilangan orang yang kita sayang? 

safra ada juga tanya someone yang safra sayang sebab soalan pun pasal orang yang kita sayang so tanya la orang yang berkenaan hehe. Gatal beno bunyiknya. Tapi jangan speculate ye cik puan sekalian. bukan sorang je insan dalam dunia ni yang safra sayang. kita tamak so nak sayang banyak orang ahaha. Ok dah

so bila tanya tanya tu tetiba jawapan yang safra terima
 "sebab Allah sayangkan kita dan Dia nak kita bersabar dengan dugaan Dia." 
Yayy. betul betul betul (gaya upin ipin)

tu salah satu hikmah dia. selain daripada tu safra juga fikir yang antara hikmah lainnya ialah sebab Allah nak tunjukkan bukan semua benda yang kita sayang tu kita punya :) dan Allah nak tunjukkan yang orang yang kita sayang tu bukanlah tempat kita bergantung sepenuhnya. tempat untuk segalanya. sebab manusia sendiri pun memang bergantung dengan orang sekeliling kan. sampaikan kadang-kadang kita lupa pada siapa sepatutnya kita bergantung sepenuhnya. sedangkan Allah kurniakan orang yang kita sayang tu untuk kita beringat kepadaNya. bila manusia dah terlalu taksub dan alpa akan perkara duniawi baru Allah akan ambil benda yang kita sayang sebagai kesedaran untuk kita. manusia kan memang macamtu. bila dah kena baru beringat. seperti pepatah melayu "beringat-ingat sebelum kena" amboi siap pepatah 

jadi daripada justifikasi yang telah dinyatakan di atas. safra pun baru faham makna kehilangan tu. mungkin sebelum sebelum ni kalau berasa kehilangan kita akan cakap kenapa Tuhan duga aku macamni? kenapa Tuhan turunkan aku ujian yang aku tak mampu lalui? kenapa aku mesti rasa sakit dari kehilangan ini? dan banyak lagi persoalan. tapi Allah tidak sesekali akan menuruni ujian yang tidak mampu digalas oleh bahu hambaNya. sifat Allah sendiri Maha Mengasihi dan Maha Penyayang.


Al-baqarah: 286 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ 
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

dan memang betul, bukan semua benda yang kita sayang tu harus jadi milik kita. contoh macam ,safra ada pen yang paling safra sayang. sebab pen tu safra dapat daripada kawan yang bagi sebagai tanda persahabatan. suatu hari safra terpaksa beri pen tu dekat adik yang safra jumpa masa melawat rumah anak yatim. dia suka sangat dengan pen tu. walaupun berat nak lepaskan pen tu dekat orang lain tapi kita akan dapat pahala yang berlipat ganda dengan mengorbankan sesuatu benda yang kita sayang. Haha jadi tak safra buat cerita? (ini adalah contoh rekaan semata mata. tidak berkaitan antara yang hidup dan mati ye ) 

itu dah menjelaskan kenyataan tadi dimana tak semua benda yang kita sayang tu akan menjadi milik kita. ha lagi satu contoh ialah kawan kawan safra sayanggg sangat sangat dekat kucing safra. hehe semua suka kucing safra. nampak tak? walaupun kucing tu safra punya tapi tiada batasan pun untuk kawan kawan safra dan orang lain untuk menyayangi kucing kucing safra yang comel yang macam safra ni comel dia. ehem ada unsuk takbur disitu ok astagfirullah 
setiap dugaan yang diturunkan ertinya Allah sedang menguji kita dan kerana kita terpilih untuk merasakan hikmah Allah tu. hikmah datang selepas dugaan kan? sebelum kita menemui hikmah tu kita kena dulu menempuh dugaan dan ujian yang Allah bagi. sebab Allah sayang kita. Dia nak menguji sejauh mana kesabaran kita dalam ranjau dunia. So sabar ye kakak kakak abang abang adik adik semua :)