Thursday 5 April 2018

yang ketiga tahun, Cinta

Sayang ini
Rasanya sempurna
Rasanya bahagia
Rasanya cinta
Biarkan selamanya

Cukup
Senyumku dia pinta
Ketawaku dia punca
Gembiraku dia sapa
Kasihku dia tak lupa
Bahagiaku dia jaga

Ada kala badai melanda
Rajukku dia pujuki
Muncungku dia fahami
Jelingku dia mengerti
Tangisku dia simpati
Kecewaku dia ubati

Maafkan cinta
Andai ini meluka
Andai ini caranya
Kadang bukan sengaja
Kadang cuma tempat untuk bermanja

Kerana sayang sangat
Kerana cinta sangat
Kerana indah sangat
Semoga sehingga ke akhir hayat

Janji berdua ini
Sejak dari akad lagi
Janji yang pasti
Janji sampai mati
Janji bersemadi

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, syurga ❤

Yang terpaling bahagia,
Sayang