Brighton

secara general, Brighton merupakan sebuah kota purba yang antara termahal di Britain. ada 4 kota purba Inggeris yang termahal di midland/mainland (England) penegasan untuk orang yang tak familiar, kami orang di sini panggil England sebagai midland atau mainland. antara 4 kota tersebut: London, Cambridge, Oxford and Brighton. 

Living cost

sebenarnya living cost semakin ke arah South of England, semakin mahal. macam Brighton ni terpaling bawah. memang Brighton ni penjaga laut English Channel. jadinya saya boleh cakap memang mahal ya Rabbi kadang kadang. mahal dari london atau seakan kalau ikutkan. London kalau teksi starter fare pun 2pounds 50 pence. kalau Brighton ni taxi fare adalah 3.8pounds untuk mula journey. kalau saya terlambat ke kelas tu naik teksi, memang sakit sikit la nak bayar dalam 7/10pounds duit terbang untuk teksi. dari segi rumah sewa pula. pun mahal juga. price range sebuah studio kena bayar sebulan sekurangnya GBP1500.

Adaptation & Environment

dekat Brighton ni yang seronoknya sebab dekat dengan laut. siapa yang suka air tu boleh sangat la datang sini. tapi laut Brighton tak boleh mandi pun haha. sebab ini laut lepas (laut dalam) and ombak pun boleh tahan besar. tapi kadang kadang ada juga orang main air tepi tepi tebing laut. kadang kadang angin laut Brighton ni buat rasa rimas sangat. sebabnya breeze laut yang boleh buatkan kita sejuk sampai tulang hitam. dekat sini amatlah tidak efisyen ye nak pakai payung. sebab payung dari bentuk cendawan boleh terkuncup jadi bentuk bunga. hahahaha (sila bayangkan sekarang). oh lagisatu last year, ada ribut kuat dekat Brighton and ada seorang pelajar university mati tertimpa pokok. akan ada masa hurricane datang especially dekat laut angin tersangat kuat. waktu tu saya masih ingat lagi. 4 hari brighton macam kosong. sekolah semua tutup. saya tak berani langsung keluar rumah.

Food & Facilities 

pasal makanan pula seafood sangatlah murah and senang dapat dekat sini. all these things are making sense. duduk tepi laut jadi wajarlah makanan laut murah. saya suka salmon dekat sini murah sangat hehe. dekat sini macam macam jenis ikan boleh dapat. sejak duduk Brighton saya jarang makan ayam dan daging sebab boleh tahan mahal juga ayam dan daging. ikan, udang dan sotong harga lebih murah dari ayam dan daging. restoran halal pun ada banyak juga jadi untuk kita orang Islam tak perlu susah hati. masjid pun ada dekat Brighton. waalupun kecik tapi boleh lah juga untuk perform solat. 

Transportations

in terms of transportation, boleh cakap semua tempat pergi banyak jalan kaki. sebab semua benda nak dapat adalah within walking distance. cab and bus ada banyak sangat. tourist attraction pun banyak sangat dekat sini. so far, Brighton ni best juga. tak hectic macam London. tak klasik macam Cambridge dan tak mainstream macam Oxford. orang Britain panggil Brighton as Little London by Sea. Brighton ni memang tempat asal or origin orang asli Inggeris. penduduk dekat sini pun banyak orang tua dan veteran. dari segi accents, penduduk Brighton ada accents yang sangat berbeza dari bahagian atas utara, North England atau Scottish, Irish and Welsh. semakin atas bahagian UK, semakin pekat pelat bahasa mereka. 

Lifestyle

jadinya bila tempat ni adalah tempat mereka, saya concludekan yang kita orang asing akan terasa sunyi sikit. saya boleh cakap dekat sini tak ada pun komuniti melayu. selalunya saya kalau nak join aktiviti kelab Umno, saya terpaksa tumpang yang dekat London. kalau tempat tempat lain mungkin komuniti melayu lebih ramai. depends juga dekat kita yang nak decide nak lifestyle macam mana. kalau tanya pendapat saya yang baru setahun jagung, saya suggest kalau orang yang berkeluarga ada suami, isteri dan anak untuk pilih ke tempat lain instead of staying here in Brighton. kalau macam saya ni at this moment tengah single sorang sorang tak ada komitmen dekat keluarga, saya rasa boleh tinggal sini. kalau dah berkeluarga seeloknya kita tinggal tempat yang dekat dengan komuniti melayu yang ramai. nak minta tolong benda berkaitan anak pun senang (alahai safra, you sound so old and sound soo like "mummy") haha.

rasanya secara general saya dah explain serba sikit pasal diri saya and Brighton. mana mana yang boleh dijadikan rujukan, silalah ambik. harapnya saya dapat bantu orang yang memerlukan bantuan. kalau nak tanya apa apa lagi detail, boleh hantar email dekat saya. InsyaAllah saya cuba reply bila available. terima kasih sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa.

Salam dari Brighton,
Safra