Monday 15 December 2014

sick. home-sick

dulu dulu saya betah bertahan. saya kuat untuk hang on and hold on. 
tapi sekarang. kalau teringat atau rindu sikit, saya cepat je syahdu. cepat je tersentuh. bezanya setiap kali saya didatangi rasa homesick, saya akan nangis saja untuk melepaskan rasa rindu atau saya berlagak hebat, tahan air mata dan biarkan bertakung di kelopak mata tanpa mengharapkan airmata untuk menitis. oh puitisnya awak safra. 
safra yang dulu bukan yang sekarang cewah 

(lagu "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" starts playing in the background)

persoalannya, mungkinkah faktor hormonal telah memberi impak terhadap kebolehan saya untuk mengawal emosi? wah ayat. 

jadi, mari berikan judgement anda. apakah reaksi yang sepatutnya saya pamerkan selepas membaca situasi di bawah. 

"hi papa phone kakak rosak. kalau tak contact papa few days tu jangan risau. kak kena bergantung 24/7 dekat charger. kalau kak cabut, phone terus hitam. kakak sihat dekat manchester ni. duduk rumah maklong :) nanti next week kak pergi betulkan phone. then i'll ring you and mama up. take care, kakak nak tidur ni ❤️"

Ok. take care. night and love you.

ayat papa sebenarnya tersangat singkat. tersangat pendek.
cuma cakap "take care" and "love you" tapi kenapa mesti saya rasa terlalu tersentuh? terlalu syahdu. 
ahh i need you, my man. 

p/s: cukupkah ini menunjukkan bahawa saya sedang menanggung perasaan rindu yang hebat terhadap kedua ibubapa saya? 

اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku; dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil."

Saturday 13 December 2014

motion sickness

hi dan assalamualaikum

saya baru perasan, esok genap sebulan saya tak jenguk blog. mujur harini saya tiba tiba diterpa rasa nak tengok blog sendiri. kesiannya dekat blog. makin hari makin lupa komitmen saya dekat blog kesayangan. sebenarnya minggu lepas baru mula semester break sempena musim winter. saya dari Liverpool, turun ke Manchester ke rumah auntie and uncle. sebab sunyi duduk liverpool bila kawan kawan lain pun dah ada plan sendiri. ada yang balik Malaysia, ada yang jalan jalan Europe. tapi saya pilih untuk jalan jalan dalam UK je. safra kena simpan duit untuk perkara yang lebih utama cewah. kebetulan pula, maklong dekat manchester ni minta tolong saya untuk berniaga makanan dekat Education Centre Manchester. saja luaskan networking, boleh jumpa banyak malaysians. 

tapi bila dah sibuk uruskan gerai makan. tak sempat pun nak berkenalan. jadi konklusinya, hanya 2% je networking saya berkembang. selebihnya saya banyak bagi tumpuan dekat gerai makanan. menu makanan yang saya jual ada nasi tomato, ayam masak merah, kuih lopes dengan air gula, ayam madu panggang, teh tarik, jelly dadih passion fruit. alhamdulillah makanan semua laku and habis sekejap je bila dah set up table. rasa berbaloi penat lelah (penat ke hehe) masak sampai lewat malam dan bangun awal sebelum subuh untuk berniaga. lagipun bukan selalu safra berpeluang dengan benda macam ni. kalau ada kelas atau seminar, safra busy nak tengok TV pun macam tak cukup masa. jadi eloklah saya gunakan masa cuti dengan activity yang menyeronokkan hehee. selain tu, activity sampingan saya haruslah babysitting sepupu yang kenit kenit. 

lately ni saya rasa semakin malas untuk ambil gambar apa apa. terutama gambar muka sendiri. memang ini syndrome bila nak jadi mak2 atau bini orang ke. EH? hahahaha. gurauan apakah yang awak sedang buat safra hihi. tapi memang saya semakin malas, semakin tak berkuasa nak ambil gambar banyak macam dulu. banyaknya gambar scenery atau gambar abstrak atau gambar konkrit atau gambar yang cik-safra-perasan-dia-ambik-gambar-lawa-gaya-profesional-tapi-takpun hehe. jadi bila macam ni, tak dapat la saya upload satu dua gambar sebagai bukti saya berniaga di EC Manchester. lepastu kononnya safra pujuk hati, kata kata dan pengalaman saya lebih berbaloi untuk dikongsi berbanding gambar. maka dengan itu, tak perlu la kot awak letak gambar dekat blog selalu. ye dok? heehe

begini sebenarnya. situasi pada waktu ini, saya tengah mabuk pening terasa nak muntah nak pitam, nak tidur. tapi saya tengah tahan muntah tahan sakit, tahan segalanya. safra sangat gigih typing post ni walaupun kepala berat dan tekak loya dan kembang, sekembang bunga hibiscus hahaa. waaaa T.T sedihnya rasa sakit macam ni. rasa semua benda saya makan tadi nak keluar. ya Allah, kuatkan hambaMu yang sedang pening kepala ini. jangan la safra muntah. sedih saya nak kena makan balik semula. 

kisahnya mula sebab tadi saya baru lepas makan, perut pun penuh. lepastu maklong ambik safra nak bawak balik rumah. paham saja la. musim winter ni. ketulan ais atau black ice (black ice- the term used to describe the thin coating of ice which usually invisble but very hazardous) banyak bersepah atas jalan. dah berapa kali tayar kereta skidded (meluncur) sebab licin. kereta yang perlahan pun safra rasa laju semacam. saya rasa naik kereta maklong, macam naik roller coaster. segala isi dalam perut rasa nak terburai keluar. oh tidak, safra dah mula loya dan mual. bila bila saja boleh muntah T_T untuk hilangkan rasa mual, saya tidur je dalam kereta. taknak langsung bercakap dengan sesiapa. sampai je rumah saya terus solat dan bersandar dekat dinding tahan sakit kepala dan loya. hahahaha. sila ketawa dekat safra ye semua. 

safra memang dari kecik, tak tahan jalan belok belok atau jalan yang berliku atau kereta yang terlalu laju and break tiap masa. tak boleh terima betul kalau kereta tengah laju macam kuda tengah pecut race dengan kuda kuda lain sebab nak kejar seekor kuda betina lepastu kuda tu break mendadak sebab nampak harimau bintang colour purple hahahahaha. taktau la kuda tu terkejut sebab nampak harimau bintang or kuda tu terkejut sebab harimau tu warna purple heehe. safra is sorry because she cannot tahan the motion sickness.

teringat masa kecik dulu darjah berapa entah. papa mama selalu bawak jalan cameron highland, genting highland, fraser hill and blabla (sila teruskan nama nama puncak atau bukit gunung di malaysia). kalau journey dari bawah kaki bukit tu nak ke puncak atas, safra boleh muntah lebih dari 3 kali ye. bila jadi macam ni memang by the time sampai puncak gunung atau bukit, saya punya mood pun dah melayang and terbabas. memang rasa sangat tak bersemangat dah nak have fun jalan jalan makan angin. semua orang pun automatically akan takda mood juga hihi. sebab tengok saya dah lembik macam sotong. now you see, punya teruk saya punya motion sickness. selalunya mama akan pesan awal awal 
"kakak kejaplagi kita nak lalu kawasan bukit. jalan belok2 melingkar. ni ubat tahan muntah and ubat tidur. jangan lupa makan." 
haha. iye kawan kawan sekalian. selama ni safra memang bergantung dengan ubat tidur dan ubat tahan muntah almost tiap masa. sejak dah besar ni je saya kurangkan makan ubat dan ajar diri sendiri untuk heal naturally. lepastu, bukan semua orang tau saya ada motion sickness hehe. kawan kawan rapat pun tak ramai yang tau. atas sebab itu la si safra ni tak boleh sukahati naik bas. paling saya tak boleh terima adalah bas. kedua, keretapi yang asyik berhenti sebab banyak stop. memang habis saya mabuk pening and muntah dalam bas or keretapi. dah tak pikir malu dah. lebih pikir perut lega bila segala isi dah selamat dikeluarkan. 

safra selalu berdoa semoga safra akan berkahwin dengan suami yang cermat dan berhemat ketika bawak kereta. si suami MESTI memandu kereta dengan sopan dan bertatasusila sebab si isteri mabuk jalan. bukan mabuk biasa tapi mabuk teruk haaha okdah cukup berangan. 

sebelum tu, masa awal awal masuk rumah tadi. sambil masuk rumah saya cakap dekat maklong 
"safra mabuk ni maklong. taktau la kenapa cepat sangat mabuk bila naik kereta laju2. kalau jalan belok2 safra mabuk muntah jugak..."
maklong terus susah hati. maklong suruh naik atas tidur bila tengok muka safra yang pucat macam baru kena marah hehe. baiklah maklong, saya yang menurut perintah. 

yang sedang tahan sakit mabuk pening,

p/s: saya nak buah oren atau asam boi sekarang T.T