Friday 14 November 2014

hi assalamualaikum

kisahnya harini saya ada lecture pagi je. sebelah petang saya free. habis kelas terus ke town. sebabnya? 
nak beli berus gigi hahahaha.
haritu pergi Belfast tertinggal toothbrush dekat sana. lepastu berus gigi satulagi tertinggal dekat rumah saya. then esok pula saya nak ke Norway. 
bercakap pasal Norway, Alhamdulillah Allah beri saya rezeki hehe. sila rujuk pos sebelum ini untuk kepastian cewah.

sebelum ni, safra tengah pening pening pikir nak ke mana untuk winter tahun 2014. dengan izin Allah, saya berpeluang untuk tolak-tambah-darab-bahagi duit simpanan supaya mencukupi keinginan dan semangat saya nak travel. 
maka dengan itu, safra rasa mampu untuk pergi Norway. yayy dapat jalan haha. tapi bukan Norway saja. saya pun dapat berjalan ke Scotland. Alhamdulillah ya Allah. haritu saya cuma list out, nak pilih satu tempat untuk bercuti. options are Scotland, Finland, Denmark and Norway. 
bila dah dapat permission dan green light dari orang orang yang berkenaan, saya pun laju je beli ticket flight haha. semua murah. memang tengah sale sempena cuti winter ni. 

minggu lepas pun baru je balik dari Northern Ireland. motif ke sana sebab kak dila yang ajak pergi haha. amboi yeke tu safraa. kak Dila ajak ke atau sebab ada agenda lain ni. tapi memang ke sana, saya jumpa kakak kakak medic. sambil tu singgah rumah kak Anna, sebab rindu nak spend masa dengan baby Jannah. 

flight ke Oslo 8pm esok dari Manchester. doakan perjalanan safra ke Norway selamat pergi dan balik. insyaAllah. 

Norway, i'll see you in a bit. 

Wednesday 5 November 2014

trip-list winter 2014

Assalamualaikum

seperti tajuk di atas, tak lama lagi saya cuti winter. mari kita sama sama berfikir untuk decide nak berjalan mana winter 2014 hehee.
saya nak main snow. sebab bukan selalu ada desire nak main snow. tapi safra tengok weather forecast England, snow tak tebal winter this time.
lepastu pikir tak rajin nak ke Europe. sebab last winter dah pi Spain and Sweden. dekat spain duduk 5 hari. lepastu dekat sweden main snow sikit, dua hari je. sebab kakak Kat visit Khayr weekend. lepastu ada test haha.

so plannya, tahun ni nak sangat pergi tempat dekat dekat. macam tempat sejuk, snow tebal and ada glacier. rasanya nak ke mana ye.
  • Scotland
bila tengok forecast, insyaAllah akan ada snow turun dalam beberapa hari di seluruh scot. cuma tak ada guarantee, tebal macam mana snow tu nanti. lepastu safra ada kawan di Strathclyde, Glasgow. ingat nak tumpang rumah Kak Zaihana. boleh main dengan baby Muhammad sekali. lepastu tak payah saya pening kepala sebab kak zaihana boleh tour around Scot. mesti dia tau tempat mana yang seronok. saya nak tengok reindeer comel dekat gunung Cairngorm tu. sebab reindeer situ jinak, boleh hand feed. awh sukanya.



  • Finland
finland ni nak sangat pergi sebab masa winter January awal tahun haritu, patutnya naik cruise 4 hari dari Sweden ke Finland. tapi budget sangat sangat mahal. masa tu abg Kamarul dengan kak Shima kira duit nak naik cruise, harga dia 1k GBP. kalau SEK (swedish krona) 11600. fuh terkejut badan tengok mahalnyaa. terpaksa cancel plan naik cruise. mungkin masa tu winter break awal tahun baru, harga mahal and fare tahun baru. tapi Finland ni tersangat sejuk. takut safra hypothermia pula haha. kalau pergi sini boleh la tengok igloo ice (rumah bentuk cube masa kita semua belajar kecik2 dulu) boleh la experience jadi orang eskimo. 





  • Denmark
datang Denmark kalau tak pergi Copenhagen tu memang rugi sangat la nama dia. awal tahun haritu abg Kamarul dengan kak Shima cakap kalau sempat nak pergi Copenhagen. sebab rupanya 2 jam je drive dari Arlanda. tapi rushing la juga, hari hari keluar berjalan. tak sedar pun 5 hari di Sweden dah nak habis. tapi saya sangat puas hati sebab pergi Sweden, dapat explore 90% pula pulau yang scattered di Sweden. rasa berbaloi sangat dalam masa 5 hari dapat cover bermacam tempat. sudahnya, tak jadi la ke Denmark ni hihi. takpe safra. next time kan ada. dekat je dengan UK. bila lapang nanti boleh naik plane ke Denmark haha.



  • Norway
kalau jalan sini, harap sangat dapat pergi glacier Briksdalsbreen and Nigardsbreenwaa please. kalau backpacking mesti adventurous. walapun Norway sangat cantik, tapi Norway ni mungkin akan jadi last choice saya, sebab tengok keadaan untuk backpack ni macam tak sesuai pergi sorang atau dua orang perempuan. kalau dah kahwin, mungkin senang. ada suami dekat sebelah. kalau jatuh pun ada husband boleh sambut hahahaha. mungkin kalau ke sini saya juga akan hypothermia? hihi. sebab pernah jadi masa winter 2012 saya pengsan sebab hypothermia. suhu badan 30c je. rasa dunia ni gelap huuu. 




atau 

option kelima, lebih baik saya duduk diam diam dekat midland? tak payah berjalan mana tahun ni hehe. sebab hujung january next year pun saya exam. nak sangat score exam dan nak juga berjalan seminggu dua. apa saya kena buat? belajar nak, berjalan pun nak. 

p/s: gambar menarik yang di atas semua adalah dari ihsan Google haha.

ya Allah, berikanlah hambaMu ini akal yang cukup dan dada yang lapang, supaya mudah untuk menerima ilmu mutlakMu. murahkanlah rezeki hambaMu ini juga, supaya mampu menjejak kaki dan menimba ilmu di negara negara orang. Amin insyaAllah :)