Wednesday 21 March 2018

Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa


(Sejarah, Hukum dan Situasi berkaitan dengannya)

Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain.

Baru-baru ini merupakan Hari Bapa di seluruh Spain. Umum kita tahu setiap perayaan berbeza mengikut negara masing-masing,  bergantung pada sejarah dan adat atau kepercayaan sesuatu negara itu. Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada ahad kedua bulan Mei, manakala Hari Bapa disambut pada ahad ketiga bulan Jun. 

Selaras dengan sambutan-sambutan ini, terdapat beberapa isu hukum fatwa yang timbul atas dasar pra-sejarah, bagaimana asal-usul, dari  mana timbulnya hari-hari demikian dan bagaimana dimulakan. Memandangkan hari-hari bersejarah demikian ada pelbagai versi dan dipegang oleh salasilah mereka yang tergolong dalam bukan Islam terhadap sesuatu peringatan, jadi ia dipatenkan demikian oleh golongan kita apabila berkait tentang hukum dan agama.

Sedikit sejarah tentang Hari Ibu dan Hari Bapa

1.       “Bagaimana bermulanya sambutan hari ibu?"

·     Di Greece, Hari Ibu disambut sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
·     Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
·    1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

2.       "Bagaimana bermulanya sambutan hari bapa?”

Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

Jadi apa hukumnya sambut Hari Ibu dan Hari Bapa?

Ulama’ berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

 (1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari seperti Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa tetapi dengan dua syarat:
  •       Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu  dan bapa.
  •        Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

Kefahaman tentang situasi berkenaan Hari Ibu dan Hari Bapa

Selepas kita mengetahui sejarah dan hukum tentang Hari Ibu dan Hari Bapa ini, mari pula kita applikasikan situasi yang kebiasaanya kita lalui. Setiap situasi adalah berbeza dan semuanya bergantung sebagaimana kita melakukannya.
Jawapannya cukup mudah, kita pegang pada tiga kata kunci ini:

CARA: Apa yang kita lakukan terhadap sambutan dan tanda memperingati, bagaimana cara meraikan?
NIAT: Faktor utama dan sub-faktor kita seronok mengucap dan meraikannya, kenapa?

SIAPA: Dari siapa dan untuk siapa kita melakukannya?

Jikalau ada sesuatu keadaan di mana seseorang cuma mengucapkan Selamat Hari Ibu atau Selamat Hari Bapa (CARA), untuk ibu dan ayahnya (SIAPA) sebagai tanda memperingati atau penghargaan (NIAT) tanpa melibatkan perasaan yang terlalu taksub atau melalaikan. Maka, situasi ini tidaklah jatuh kepada HARAM.

Apapun semuanya bergantung kepada aqidah (kepercayaan ) kita dan tujuan ASAL kita meraikan sesuatu itu. Jangan terlalu terikut dan jangan hanya mengikut. Dan agama juga bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya, dan jangan terlalu pula menentang apa yang betul.

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Thursday 8 March 2018

ocd or perfectionist?


kisahnya, esok hadif sufian dengan mummy daddy are going on a trip main snow. mummy pun cakap dekat daddy

"tolong kejap pasang tikar picnic kita tu dekat depan. nak kena kemas bag untuk esok dah ni"

daddy tanya nak buat apa, mummy cakap senang nak lipat2 baju and jacket. maka daddy pun pasang tikar. lepastu mummy daddy busy dalam bilik sebab dua2 tengah pilih2 baju sejuk, jacket, barang2 ski/ snowboard. keluar je bilik tengok ada baby tu dah susun atur dah semua toys dia atas picnic mat tu *rolls on the floor*

pembersih dan pengemasnya anak mummy daddy ni ✔✔
tak tau la nak cakap dia kecik2 ada OCD ke or perfectionist macam mak dia haha.