Wednesday 29 January 2014

god natt Khayr


Selamat malam Khayr dan ibu :)

Kakak kat busy study test.
Asyik postpone je.
Bila dah ready nak jawab paper,
boleh pulak lecturer tunda tunda hari.
Hilang semangat eden nak jawab paper.
Kang mogok tak pi sekolah baru tau hehe. 

p/s: selagi paper belum jawab, memang tak sempat la nak update blog. sebab tak dapat bertenang. 

Sunday 19 January 2014

pos ini tak perlu tajuk
sebabnya awak si pembaca sekalian boleh speculate sendiri.
sebenarnya saya tersekat dalam train dekat Littlehampton ada kerja engineering sedang dilakukan dekat railway track.
sekarang dah pukul 10.08 malam waktu UK.
ada lagi 6 stesen dekat depan baru sampai Brighton.
saya bosan yang teramat sangat bila train tersekat macam ni saya jangka sampai rumah pukul 11 malam atau mungkin lebih lewat.
homework ada banyak belum siap.
esok kelas awal pagi.
adakah saya perlu skip?

Friday 17 January 2014

future, what would you say

Lets ask most people about the future
and they will see too much blue sky ahead,
even if past experiences suggest otherwise.
What happened to that 
terrific thunderstorms and huge amount of rainwater droplets 
that came across their lives before? 

"A fresh eye always helps"

ohh matahari?

semalam balik kelas awal. balik sorang sorang sebab housemate kelas sampai petang. kesian tak hehe. 
happy sangat dapat jumpa matahari, dah lama tak nampak. excited ok sampai nak buka pintu rumah pun tak reti dah. rasanya kunci dah masuk betul dah. tapi 20 minit juga depan pintu sebab tak reti bukak -__- last sekali kena tekan bell hahahaha. tuan rumah tanya awak hilang kunci rumah ke safra. saya cakap tak. tapi tak reti buka pintu. Yek. malu sangat. 


nah caravan england. dekat malaysia tak ada benda ni. dekat sini berlambak macam macam bentuk and colour ada hehe. sebenarnya safra nak tangkap gambar dekat dekat tapi takut tuan kereta tu nampak. segan. kalau sungguh pun jakun. jangan nampak sangat jakun tu 







"Only miss the Sun when it starts to Snow."

tak sabar nak summer sebab nak jumpa matahari balik. dulu masa summer tak sabar nak winter sebab nak main salji. tapi bila dah winter ni, rindu pula nak tengok matahari. 

Manusia. mana pernah puas dengan rezeki Allah. kan

tapi semalam puas hati dapat tengok matahari. itu pun coincident je sebab kebetulan kelas habis awal and tak ada benda nak buat. sengaja naik bas route jauh dari town ke Top of Woodruff (atas bukit) sebab nak tengok view cantik. kan ada matahari mestilah bersinar sinar hehe
harini pulak pergi sekolah gelap. balik sekolah pun dah gelap. dengan hujan lagi. basah lagi baju. dah berapa hari since last week asyik hujan basah. tak bestttt. huarhh habis basah baju and kasut. Geli. hahahaha. 

Monday 13 January 2014

maulidur rasul

Assalamualaikum.

hi jumpa lagi kita dalam pos baru ni. macam mana semua orang, sihat tak? saya di sini sihat je alhamdulillah. pos kali ni nak cerita pasal maulidur rasul. esok maulidur rasul, yaayy. selawat banyak banyak ke atas Rasul dan Nabi kita, Muhammad.

Hasbi Rabbi Jallalah Maafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah Lailahaillallah
..........................................................
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad
Waala Ali Saidina Muhammad

safra baru balik sekolah sebenarnya. lewat sampai rumah sebab hujan. harini hujan lebat sangaaat. hujan beserta ketulan ais ais yang kecik. bukan snowflake tau tapi ais kecik. pagi tadi terbangun lambat lagi dan tertinggal bas lagi (gelak dekat safra banyak banyak) so terpaksa mendaki bukit 8minit untuk ke next stop sebab nak catch another bus dan pagi tadi pun hujan lebat juga. habis basah beg sekolah and winter coat. tudung pun basah kuyup. ala tak comel dah ke sekolah.

9 januari lepas birthday safra yang ke 18 hehe. minta maaf sebab tak update pasal birthday. memang nak sangat update tapi tak tahu bilanya ada masa yang sesuai nak buat entri baru. im so grateful for this blissful 18 years, insyaallah rajin nanti tu cerita dekat entri baru and oh ya. safra hutang entri pasal winter trip ke Spain and Sweden haha. banyak post dalam draft, tak sempat nak elaborate and publish

cerita pasal maulidur rasul ni. ada la kisah safra nak cerita sebenarnya. memang dah tekad sangat since dalam bas lagi balik nanti nak update blog. kena juga cerita. sempena maulid Nabi ni, safra nak kongsi cerita pasal Rachel. so harini Rachel dengan safra habis kelas awal. kepada sesiapa yang tak tahu siapa Rachel, dia tu housemate merangkap roommate safra. dia berasal dari China dan dia sangat baik. dia tak pandai langsung cakap melayu. in fact, dah berkurun duduk dengan safra ni, baru semalam dia pandai panggil nama penuh safra. before ni dia tau panggil "Katrina" je haha kepada jejaka tampan dan kacak di luar sana, siapa nak kenal dengan rachel boleh melalui saya ye. ha sudah, promote kawan sendiri cik kak ni. ok so tadi tengahari dua dua orang dah free jadi masing masing taknak balik rumah awal. sebab kalau balik rumah pun tak buat apa unless dua dua duduk depan laptop tengok Merlin. kan dah cakap, cerita tu memang magic betul. sebab buat orang addict nak tengok

then safra pun ajak la dia ke Boots. nak beli losyen tangan kononnya. tapi awak tahu kan, perempuannnn haha. niat nak membeli satu barang akhirnya 3 barang beli. itupun setelah pikir safra awak ni kena berjimat. macam mana nak berjalan kalau duit takde. so saya letak balik beberapa barang. lepas beli tu kitaorang singgah Asian store kejap. sebab si Rachel ni dia mengidam maggi haha. padah kita semua ni orang Asia. memang ke mana pun nak makan serba pedas dan segera. bila dah membeli tu ingat sikit je. sekali bermangkuk mangkuk dia beli instant noodle tu alahai buang kebas sungguh :D

lepas dia shopping makan tu. masa on the way balik nak ke stesen kereta api safra pun cakap, rachel tak baik tau makan maggie banyak banyak. nanti belajar tak pandai hahaha. suka hati je cakap macamtu. hmm tapi betul lah. sebab saya taknak dia jadikan rutin. asal nak cepat je masak maggi. safra cakap. safra tak suka makan maggi,tak minum soft drinks. tak makan keropok or gula gula. so Rachel kena ikut cakap safra, kan safra bakal jadi drugs dealer. ehem ini takde kaitan dengan course safra nak jadi pharmacist ye tapi sebab saya tak berapa gemar makanan serba segera ni. tu sebab saya jaranggg sangat pi Asian store nak beli maggi. paling tidak pun safra mencari sos cili hehe. itu haruss. haritu mama papa datang sini pun tanya, kakak tak pergi Asian store ke beli makanan? tak beli maggi? "Taaak, kakak tak suka pun makan hehe"

so lepas safra nasihat si Rachel, safra ajak dia ke Marks & Spencer. saya cakap kita boleh beli roti and makan dengan tuna or salmon. boleh beli udang and sotong yang dah siap masak. cuma kena pre-heat dalam microwave je. lagi sedap dari maggi. lepastu dia cakap okay next time nak beli ikan dengan seafood. senang betul cakap dengan si Rachel ni. dia makan ajar. tak payah susah hati nak ajar dia banyak kali

sudah tu, kitaorang tengok bunga depan kedai M&S. cantik cantik bunga dekat situ. tapi mahalnya ya Rabbi, 30pound satu jambak. kalau macam tu punya mahal, malam nak tidur pun kena peluk bunga tau. esok pun mandi bawak bunga. nak pergi sekolah pun kena bawak bunga. selit dalam beg sekolah. lepas kecewa tengok harga bunga yang mahal melampau, safra dengan rachel pun decide nak balik rumah. bila kitaorang keluar dari train station punya building, hujan terus lebat balik. harini memang hari untuk basah kuyup. pagi hujan, malam pun hujan. safra tengok iphone notify lagi 5minit bas nak datang then kitaorang lari lintas jalan sebab taknak tertinggal bas lagi.

sampai bus stop, punyalah sempit macam dalam tin sardin. sebab hujan ramai orang berteduh bawah stesen bas. safra ni bila ramai ramai orang rasa rimas. rasa macam nak suffocate. then safra keluarkan earphone, dengar zikir. sampai dalam bas pun masih continue dengar zikir. tiba tiba Rachel yang since tadi diam je, dia mintak sebelah earphone sebab nak dengar lagu.

dia cakap "lagu" yang safra dengar tu sedap. sebenarnya tu zikir terapi diri, Hafiz Hamidun Lailahailallah. dia tanya tu bahasa apa? safra cakap bahasa Arab. dia tanya lagi safra faham ke bahasa Arab. saya dengan rendah diri cakap faham sikit je. yela masa kecik dulu walaupun belajar arab, dulu jela boleh cakap basic arabic sekarang dah besar ni sejak tak praktis dan amalkan bahasa kalam Allah tu, terus sikit sikit pudar. Bahasa ni sebenarnya adalah pengetahuan yang kita kena jadikan rutin harian. so that kita akan get use dengan cara cakap yang betul, tak kira la bahasa apa pun. Linguistik memang caranya kena amalkan kalau nak improve. setiap hari kena cakap walaupun salah. english, malay, chinese, spanish, swedish, nihon (jepun) semua kena selalu cakap kalau tak nak lupa.

orang kadang kadang tanya kenapa safra lebih banyak cakap melayu bila tulis blog? jawapannya, saya dekat sini memang tak cakap melayu langsung. madang english je. sebab kawan kawan safra banyak international. yang melayu pun cakap english, so memang susah nak cakap melayu. rindu tau nak cakap melayu. jadi masa tulis blog ni and bila saya message family and kawan kawan dekat Malasyia baru cakap melayu. bila rasa nak tulis in english baru safra tulis. actually sama je tulis bahasa apa pun yang penting pengisian kita tu orang faham

to my lovely Rachel, semoga satu hari nanti awak tergerak hati nak peluk Islam. syurga itu untuk dikongsi kongsikan. semoga awak pun jadi salah seorang ahliNya. tadi Rachel dengar zikir tu pun pahala dah dapat tau. tapi pahala rachel masih tergantung lagi, bila awak peluk Islam, semua pahala tadi Rachel dapat. hopefully rachel tak pernah jemu dengar zikir Allah. Kun Fayakun, Rachel Ying Ruoqi :')

Saturday 11 January 2014

awaken our Genius

the "spirit boost" to all hehe. selamat menonton kawan kawan.


How to awaken our Genius?

“…go look in the world, care about humanity, find out what the needs of the real world are, and find out how you can use your brain to solve those problems directly or indirectly through people you know that ........, solve those problems and go out and make difference to the world… ”