Saturday, 8 March 2014

MH370 :(

8.30am (waktu UK)

Pagi tadi macam biasa.
Bangun tidur check phone. 
Banyak sangat message dan status pasal flight MAS 370. 
Mama papa bagitau. 
Kawan di malaysia pun bagitau.
Saya terus nangis.
Literally.

Perit sangat hati. Hiba sangat hati. Nangis bukan biasa biasa okay. Nangis sampai sedu and tekup muka atas bantal. Panjat semula katil. Selalunya 8.30am ni dah lari ke dapur prepare breakfast. Lepas tahu cerita pasal  MH370 terus saya taknak makan. Saya nekad. Hilang terus selera. Biarlah sama sama ikat perut, biarlah sama sama berlapar. Orang dalam kapal tu mesti sangat sangat lapar dan sedang bersedih. 

Ya Allah. 

Kenapa kadang kala ujianMu terlalu berat. Kenapa kadang kadang ujianMu tak dapat manusia lain tempuhi. Bukankah engkau tidak akan menurunkan dugaan terhadap hambaMu yang tidak mampu? 

Astagfirullahalazim.

Safra. Awak ni kenapa mempersoalkan tentang ajal maut Tuhan. 

Dari pagi tadi. 
Saya tak senang hati. 
Sangat sangat tak senang hati.
Orang lain tak akan faham kenapa saya boleh nangis teruk.
Mereka tak akan pernah faham.
At all. 

Pagi tadi.
Trauma dan mimpi hitam tu datang semula. 
Benda yang saya sendiri experienced masa balik dari Sweden ke London.
Norwegian Air kena buat emergency landing dekat Amsterdam, Netherlands.
I was there. 
Alone.
And yet, survived.
Lagi saya ingat, lagi saya kuat nangis.
Roommate saya dah termenung.
Dia cakap jangan sedih. 
Baca doa dan fikir benda baik.
Think about all the possible outcomes.
Dalam hati saya cakap, you wouldn't understand what i had to go through, Rachel. 
Lepas dua bulan saya cuba lupakan pasal kejadian di Amsterdam.
Datang pula cerita kapal terbang MH370.
And once again. 
Cerita pasal kapal terbang tak akan hilang dari fikiran. 
Macam hantu. 
Selalu menghantui saya.
Tanpa sedar air mata turun lebat macam air terjun.
Sakit dada sesak nafas tahan sedu.
Saya insisted taknak turun katil and keluar.
Masih lagi nak continue nangis. 
Sampai lebam mata. 
Peduli lah apa orang nak kata.
Saya yang nangis. 
Saya yang sakit. 

Awak yang tak pernah lalui.
Jangan taburkan pendapat,
 "alah si safra ni lembik. Lemah. Benda macam ni pun nak nangis." 
Semua orang tak akan faham.
Dan tak akan pernah faham. 

Phobia.

Tahu apa definisi phobia?
Saya rasa saya dah jadi paranoid dan phobia sangat sejak kejadian di Amsterdam.
Saya umpama hidup semula selepas dimatikan Tuhan.
Trauma.
Takut.
Kadang kadang saya cakap. 
Lebih baik naik kapal laut.
Tapi sebab saya takut ombak besar.
And i guess takutnya lebih berganda dari being on a plane, jadi saya ajar diri supaya sabar.
Memang pada zaman ni safra, hanya kapal terbang yang paling efisyen. 
Paling efektif.
Lagi lagi awak kena travel berbelas or berpuluh jam untuk merantau dan balik tanah air.
Awak kena ingat.
Awak dekat UK belajar.

Saya pasrah.
Ya.
Katrina Nur Safra pasrah.

Pelan pelan saya kuatkan hati. 
Lap air mata. 
Tarik nafas dalam dalam.
Saya cakap "safra awak tak boleh patah semangat. Kalau awak dapat survive, kenapa awak tak ada faith yang those people pun akan survive macam safra?"
Awak sangat tabah waktu tu safra.
You were once so strong.
Tanpa ada orang yang awak kenal dekat sebelah. 
You managed to calm yourself down.
Daniel yang baru 13 tahun tu cakap,
"Kak, kalau kakak boleh survive before. Kenapa kakak tak doakan diaorang pun survive macam kakak? Then for sure they will survive."
And i said,
"Diaorang tabah ke? Sebab kakak sendiri pun tak tabah. I was so hopeless. Kakak tak expect akan terus hidup. Kakak dah doa kalau Allah nak juga hempaskan norwegian air tu. Hempaslah, kakak lemah. Kakak kerdil. Hidup ni bukan pilihan kakak. 5jam untuk sampai ke london umpama 5juta tahun buat kakak. Kakak punya roh dah tak ada dekat badan. Waktu tu kakak sorang. Peritnya kakak lalui semua sorang. Kakak dah redha dengan dunia. Kakak cakap kalau tak sempat jumpa mama papa. And orang lain. Kakak nak mintak maaf hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan susu yang mama bagi and makan minum kakak yang mama papa tanggung. Semua ilmu dan kasih sayang. Sesungguhnya kak rasa tu lah satunya dugaan Allah yang paling kak tak mampu nak lalui."

Dekat sini nampak sangat Daniel lagi matang dari kakak dia.
Maria pun message cakap
"Kak, kawal your emotions. Be strong okay. Kak kan kuat. InsyaAllah. Nah peluk sikit."
Saya nangis lagi. 
Sebak. 

Adik adik kakak.
Kakak pun tak tahu mana pergi segala semangat kakak.
Mana pergi kakak korang yang tabah dan kuat tu.
Apa benda lah safra ni. 
Tadi dah nak berhenti nangis.
Sekarang nangis balik.
Lagi sekali saya kesat air mata.
Puas puas nangis dulu atas katil.
Roommate pun pujuk ajar keluar.
Hirup udara nyaman.

Haruslah Rachel pun bersedih. 
Kapal terbang tengah heading to China.
Dan majoriti penumpang dalam kapal terbang tu banyak bangsa dia.
Tapi dia kuat. 
Tak nangis pun.
Saya ni je sungguh sungguh nangis. 
Macam putus cinta. 
Dia cakap takpe nangislah puas puas.
Sebab dia faham saya mesti rasa apa yang orang dalam kapal MH370 tu rasa.

Turun dari katil saya bersiap dengan sport-wear. 
Rachel sekali bersiap.
Dia tanya "are you ready for this?"
Yes. 
"Absolutely, yes."
Entah mana datang terus
Rachel terus happy. 
Puas hati tengok saya dah tak nangis.
Saya terus lari ke dapur isi air dalam botol.
Tied up tali kasut.

Sekarang saya dekat luar. 
Niat hari ini memang nak join charity untuk budak budak yang kurang bernasib baik.
"Childreach International"
Saya message mama papa.
"Kak tak mampu nak tolong mereka dalam kapal terbang MH370. Kak hanya mampu join charity and raise funds untuk budak budak yang perlukan bantuan."

Saya kena naik train dari Brighton ke Falmer Station. 
Dari situ sekali lagi naik train ke Eastbourne. 
Then kena jalan or lari selama tiga or empat jam ke Beachy Head.
Sambil tu kutip derma untuk budak budak.

Saya tepis tepi perasaan lemah semangat and "losing-hope" pagi tadi.
And i realise something.
Saya jadi tabah semula.
Saya taknak jumpa budak budak muka bengkak sebab nangis. 
Depan meja ni Rachel tengah makan breakfast. 
Saya? 
Minum teh secawan.
Tengok lah kejaplagi kalau lapar saya makan.
Jangan nanti saya yang pengsan masa tolong charity budak budak. 
Tak macho lah safra awak ni.

Safra,
"Rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tammim bil khayr."