and so, here i begin my story. first and foremost, Alhamdulillah ya Allah. bersyukur dengan qada dan qadarMu.
so, as what i have stated up there.
YAAAAAY i am now engaged.
engaged to...
the man that i am deeply in love with, Lillahi Taala. insyaAllah, he is soon to be my husband (dalam beberapa hari dari waktu saya menulis pos ni)
tak tau nak describe my feelings and how is it feels to be somebody's fiancee. Allah saja yang tahu segalanya dari mula sampailah peringkat sekarang. pos ni sepatutnya tahun lepas lagi saya kena publish. but for me and encik tunang, kenapa mesti pertunangan itu dihebahkan?
rasanya tak ada keperluan nak bagitau semua orang yang kita dah bertunang. sebab bertunang hanyalah sebuah (
saya tak pernah pun selitkan hal peribadi dekat blog. dengan siapa sayang, dengan siapa cinta dan sebagainya, sebab saya penakut. im genuinely terrified of telling the world about my love journey. bukan semua orang suka dengar kisah cintan-cintun kita. nanti kata macam kita sorang je yang angau bercinta.
nak pos entri ni pun saya berfikir dua tiga kali. should i or shouldn't i?
kalau nak cerita pasal macam mana boleh kenal, sampai esok lusa pun tak habis. panjang macam kereta api heehehe. tak apa ye nanti safra cerita kisah masa zaman berkenalan. sekarang kita focus dekat engagement ceremony dulu
apa yang boleh recall, setiap benda ni terjadi dengan sekelip mata sahaja. sebenarnya encik hazim tak pernah pun directly proposed. hahahaha. sebab dia jenis pendiam orangnya dan pemalu jugak. yang saya ingat dia proposed indirectly tapi paham je maksud dia tu. kami berdua pun bercinta jarak jauh (awhh malu sikit guna perkataan cinta)
mula dari kenal biasa tapi Allah lebih tau isi hati masing masing. kami ikhlas untuk kenal satu sama lain. kami belajar erti persahabatan dan erti perhubungan, selain sama sama cuba dekatkan diri dengan Allah. kalau dah cinta kerana Allah, haruslah kita mempersiapkan diri sehabis baik.
ok mari safra nak selitkan teaser pos ni. heeeh gigih tau siap ada teaser
alhamdulillah, gambar ni lepas dah selamat sarung cincin. masa ni saya tengah dukung baby Adam, encik tunang punya nephew. comel sangat. sebenarnya adam ni bukan comel je tapi handsome jugak. hihi. muka adam banyak sangat ikut muka uncle hazim dia. semua orang selalu tanya adam anak siapa? anak umi babah adam atau anak uncle hazim ni? heehe. semoga nanti anak auntie safra dengan uncle hazim muka macam adam, ye sayang. amin insyaAllah.
sebenarnya masa mula mula tunang safra bagitau nak kenal rapat. saya macam cold dengan dia. hehe kesian pulak. saya macam tak boleh terima lagi dia dalam hidup sebab saya masih terlalu muda masa tu. baru 16 tahun tau masa mula kenal. dia pula umur 21. rasa macam tak layak berkawan dan kenal dengan seseorang yang umur 5 tahun tua dari umur sendiri
banyak persoalan dekat kepala saya. layak ke dengan dia? sepadan ke? dia pandai dan baik sangat. keluarga pun semua baik baik. banyak orang suka. rajin dan ringan tulang, sangat elok budi bahasa, sangat berlembut dengan semua orang dan hormat semua orang. ciri ciri lelaki idaman sangatttt. hehe.
tapi kenapa dia pilih saya?
Allah sayang sangat dekat safra, walaupun kadang kadang saya alpa dan lupa mendekatkan diri denganNya. Allah sentiasa berikan saya macam macam. bersyukur sangat. harapnya saya akan menjadi hamba yang lebih lebih lebih baik lagi selepas ni. insyaAllah
baik now comes the moment yang semua orang tunggu. its gambar time, people. selamat mencuci mata untuk semua. saya tak pernah kongsi langsung gambar majlis pertunangan dekat mana mana sosial. yang ni semua gambar fresh baru bake. hihi
Kronologi Pertunangan Safra & Hazim
yang dua gambar atas ni masa pihak lelaki baru sampai. semua orang tengah cari tempat duduk yang sesuai sebelum perbincangan bermula. saya tak join perbincangan sebab ikut kata orang tua tua, si perempuan kena duduk dalam bilik. yang lelaki pula tak dibenarkan datang ke majlis tapi untuk majlis kami berdua, encik tunang disuruh dengar pulak. hahahaa. jadinya dia pun duduk sekali dengan ramai ramai orang tu and dengar semua. terpaksa la tahan malu bila kena usik dengan orang orang2 tua
alhamdulillah. majlis berjalan lancar seperti yang dirancang dan diharapkan. yang ni pulak gambar bacaan doa beramai ramai selepas semua perbincangan dah dipersetujui oleh both families. saya ingatkan kalau majlis tunang ni lama nak habis. sebab orang tua2 berbincang pasal nikah dan kahwin tapi sekejap je rupanya. tak sempat nak bertenang dalam bilik, tiba tiba je mama masuk bilik cakap "kak, jom turun bawah. dah boleh pakai cincin." jantung terus berhenti. hahahahaa.
Candy Booth & Cake
candy booth ni safra dengan pakcik dan adik beradik yang set up sendiri. hehe. kenangan terindah sangat. masa petang nak tunang pun saya masih sibuk uruskan meja candy booth. dengan hammer dan paku, thumbtack etc. lepastu suruh adik dengan pakcik keluar beli cat baru and suruh paint decorations, beli benang dan tali. macam macam benda semua buat sendiri je lepas survey design dekat website. memang puas hati sangat candy booth yang buat sendiri ni banyak orang suka. ada cake, cupcake, biskut, gula gula, chocolate fountain pun ada jugak. cake tu safra nak customise and design sendiri. jadi saya tanya kawan. dengan besar hati dia boleh buatkan. happy sangat sebab banyak benda saya nak, semua dapat seperti yang dirancang. alhamdulillah. oh ye ada jugak buku guestbook untuk tetamu tulis. yang ni pun saya order dekat kawan mama, auntie buatkan special untuk safra. ada print nama sendiri dengan nama tunang
Hantaran
yang ni pula gambar hantaran dari kedua belah keluarga (sorry, saya tak letak semua gambar pun) kami berdua balas hantaran dengan fresh flowers. tema pihak lelaki merah dan putih, safra pulak pink dan putih. dulang masa tunang ni tak banyak pun. hanya 5 dibalas 7 je. sebab nanti masa nikah plannya baru nak bagi 11 balas 13. dan sebab nak jimat jugak, hantaran tunang ni banyak bagi makanan dan manisan. umi bagi safra 5 dulang. antaranya satu bekas cincin dengan sirih junjung, kain nikah warna off-white, kain batik sutera, chocolate dan cake. mama bagi tunang saya pulak satu bekas cincin dan sirih, kain baju melayu nikah dan sampin, buah buahan, cake fondant, cake kukus, baju kemeja casual dan sugarbox chocolate.
Doorgift
ni doorgift yang saya bagi untuk semua tetamu yang datang. doorgift ni pun customise untuk kami berdua. senang kerja bila dapat je canister ni, terus masukkan cookies. tak perlu tampal sticker atau ikat reben. mula mula saya bincang dengan mama nak buat doorgift sendiri. nanti ada la benda yang boleh dikenang. tapi safra ni cakap je banyak, nanti nak buatnya malas. heehe. jadi mama mintak tolong kawan yang buat guestbook tadi. auntie tu buatkan guestbook dengan canister doorgift ni dengan design yang sama. lembut sangat design auntie ni sedap mata memandang. semua orang suka tin doorgift ni sebab nampak macam english style. hehe sebenarnya bila dah belajar UK ni, memang dream wedding safra is english la. mama papa ikut je plan anak tersayang ni
jadi ini la serba sedikit tentang hari pertunangan safra. minta maaf, kalau saya rahsiakan benda ni terlalu lama. 7 bulan saya dan encik tunang simpan hal pertunangan dari orang ramai dengan niat untuk menjaga. semoga Allah mudahkan urusan kami berdua yang lagi beberapa hari akan jadi suami dan isteri nanti.
last but not least,
doakan kami berdua ye, semua. semoga semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang, sehingga selesai majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua buah keluarga. amin ya rabbal alamin. harapnya hubungan kami berdua selama ini diredhai Allah SWT.
salam sayang dari safrahazim.