Friday, 13 March 2015

lafaz hamdallah


selalu saya perhati, kebanyakan orang akan melafazkan kata "Alhamdulillah" untuk panjatkan rasa syukur. 
kebanyakan lafaz yang safra selalu familiar is,
"Alhamdulillah 'ala kulli haal"

lafaz hamdallah yang ni macam digunakan world-wide, tanpa mengikut keadaan. mungkin tak ramai orang tahu kegunaan lafaz alhamdulillah 'ala kulli haal dengan betul. 

sebenarnya ada dua jenis lafaz alhamdulillah :)
jom semua, mari kita berkenalan dengan lafaz hamdallah yang sebetulnya dan di waktu manakah yang sesuai untuk digunakan. 

1) kalau bersyukur dengan perkara yang menggembirakan, sebut:

Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmus soolihaat
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna." 

contoh: menerima berita gembira seperti.... kahwin? hihi. 
ataupun menerima khabar baik tentang keputusan result exam yang sangat baik. 
ataupun kucing di rumah telah selamat melahirkan 20 ekor kitten yang comel. eh? heeheh. dan juga etc etc. 

2) kalau bersyukur dengan perkara yang berdukacita pada awalnya, setelah itu menerima khabar gembira dari kejadian itu. bolehlah sebut:

Alhamdulillah 'ala kulli haal
"Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan."

contoh: kereta rosak di tengah jalan. tiba tiba kereta dah boleh bergerak semula.
ataupun semasa jalan kaki ke sekolah tengah hujan lebat. tiba tiba hujan berhenti sekejap, seolah olah memberi kemudahan untuk sampai ke sekolah.
ataupun terselamat daripada bencana dan malapetaka, kebakaran dan lain lain.

"Dari Aisyah ra, kebiasaan Rasulullah jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai adalah mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmus soolihaat”. Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli haal“” 
[HR Ibnu Majah no 3803 dinilai hasan oleh al Albani]"

selamat menjadikan setiap satunya ilmu itu sebagai amalan, kawan kawan sekalian.