Sunday, 9 February 2014

Sweden: 2nd trip Jan 2014

hi assalamualaikum.

as i promised dalam entri before, kena ada entri pasal second time ke sweden. 

sebenarnya dua minggu lepas baru je balik dari stockholm, sweden. reason pergi sweden sebab 'kakak Kat' rindu khayr hehe. safra sanggup terbang sorang sorang sebab nak jumpa khayr. tapi bukan sebab tu je, plan awalnya ke sweden sebab nak ke Falun. famous jugak frozen lake Falun ni sebab waktu winter and snow tebal separa badan inilah (tengok ayat safra) ketulan ketulan ais tersebut akan membeku lantas-seterusnya akan mengakibatkan tasik menjadi beku lalu membolehkan orang ramai ber-ice skating dan bermain pulka di samping memancing ikan serta berdansa seperti kartun animasi Frozen yang sedang hangat diperkatakan sekarang di persada dunia. dah stop. ayat melayu formal awak makin berterabur safra huuu


ni gambar khayr duduk atas pulka and pegang fishing rod last year. ni dekat falun. omeyy angat (kak shima kat pinjam gambar tau)

Kak Shima whatsapp safra tanya.

kat nak datang sweden tak? akak tak kisah je kalau kat datang. sebab tasik dekat falun tu dah beku so confirm ada fishing competition on january 25th.

oh yeke kak shima tengah beku ke? nanti kat tengok ticket ke sweden murah tak. kalau murah insyaAllah kat datang.

so lepas buat kira kira, tambah tolak darab bahagi and plot graph tengok the probability expenses akan bertambah dan setelah puas tanya mama papa and orang orang tersayang, semua bagi green light cakap ok kakak boleh pergi sweden.

lepas beberapa jam purchase ticket, kak shima message cakap dapat call dari kawan ajak kak shima and husband, abg kamarul untuk ke majlis maulud nabi. so abg kamarul decide nak pergi majlis maulud nabi instead. so saya cakap takpe pun majlis maulud nabi tu pun okay juga. falun tu bila bila boleh pergi. disebabkan kakak sedara safra balik malaysia, dia tunang (pasal tunang ni pun pos lain baru cerita) jadi kenalah jalan sendiri naik flight sendiri dari london ke stockholm arlanda. safra prepare semua benda dalam masa seminggu. check currency duit untuk tukar ke swedish krona, check ticket flygbussarna (shuttle airport dekat arlanda-airport), check-list barang and hadiah nak kasi kak shima dengan khayr, print out return ticket, print out address and number phone, arrange transport ke airport dari brighton ke london gatwick airport, check everything and macam macam lagi. alone. semua benda buat sendiri in a week, tak ada siapa tolong.

alhamdulillah everything went well and smooth sangat walaupun last minute and buat everything sorang sorang. punya konon well-prepared nya saya pagi jumaat tu pukul 8am dah keluar rumah naik bas ke brighton train station. lepastu naik train ke airport london gatwick. bayangkan pukul 10am dah siap check in flight and dah lepas imegresen dekat uk. memang awal bebeno sebab flight pukul 1.30 petang.

dah la dari brighton tak sempat breakfast. perut dengan tahan lapar, duk concern pasal flight sampai makan pun takmau. lagisatu makanan dekat airport mahal jadi safra tak ada selera nak makan. punyalah sabar tunggu sampai dah tau terminal mana and dah kena board. masuk kapal terbang pun tak makan sebab kena bayar heheh. saya berjimat tak bertempat last sekali tanggung la gastrik

kak shima cakap kat sampai dekat city terminalen and kita balik sama sama. lepastu naik pendletag ke Rontgenvagen (rumah kak shima) sempat la juga kitaorang ke Pulsen sebab kak shima nak beli bahan buat kek pisang and ada beli popiah sebab katanya, akak taknak kat gastrik sebab satu hari kat tak makan. sementara akak prepare untuk makan, kat boleh makan popiah dulu alahai haha baik sangat la angah ni

lepastu kak shima masak laksa. sedaaaaaaaapppppppppppppppp 


safra ni tak suka laksa penang. tapi agaknya dah berbulan tak makan. so jadi macam excited dapat makan laksa. kalau dekat malaysia, tak pernah teringin nak makan pun

bila nak bersiap baru perasan towel and toiletries lupa bawak. bawak berus gigi je -.- ingat kan complete dah trip ni tak ada benda tinggal rupanya ada juga. ceh. dengan muka paling tak malu tahap tak tau nak sorok mana, safra cakap la hehe kak shima kat lupa bawak towel :D hahahaha

then esok paginya 25 januari, yang sepatutnya ke frozen lake falun tu tukar pergi majlis maulud nabi. tapi abg kamarul ada sewa kereta, so katanya nak bawak main snow and main pulka dekat Flottsbrogarden. boleh baca dekat SINI pasal flottsbro. best sangaaat. ada macam macam. skiing boleh, ice skate atas tasik beku pun boleh haha. ni safra cakap sendiri. tapi boleh je iceskating. main pulka, buat snowman, ada barbeque bawah pondok.


















ada la dalam 2 jam kitaorang spent masa dekat situ. khayr naik pulka, abah khayr naik pulka. last sekali, ibu khayr and kakak kat pun terjebak dalam aksi naik pulka dari sledge. memang seronok sangat. laju sangat pulka tu turun sebab ais licin. lepastu kakak kat jatuh tergolek macam nangka busuk dari pulka haha sebab licin sangat, khayr ketawakan kakak kat. kesian kakak kat



pulka khayr colour merah, pulka kak kat colour biru


lepas puas naik pulka kitaorang cubalah buek snowmang. sape entah yang cakap buat snowman tu senang. susah hokay. macam lemang je bentuk dia. dok kumpul kumpul ais and last sekali tak menjadi sebab tak tahu macam mana nak membentuk ais tu. sebab bila letak je ais dekat bahagian atas, bahagian bawah pula collapse huuu sedih sebab snowman tak menjadi. baru nak tunjuk khayr snowman. takpelah next time ye khayr sayang. abah ibu and kakak kat je semangat buat snowman, khayr punya kasut snow masuk and cair dalam kasut. so kaki dia sejuk. patut la dia taknak main sangat. sebab kaki sejuk. kesian khayr.


gambar snowman yang tak jadi hahahadoi


atas frozen lake


he found an ice block in the snow

lepas 2 jam dekat flottsbro, kitaorang pun balik ke rumah and salin baju kurung and melayu. sebab nak ke majlis maulud nabi tu. before ke rumah kawan kak shima, abg kamarul ada bawak pusing satu tempat. alahai tak ingat pula tempat tu nama apa. tapi sledge dia snow tebal and memang sedap je nampak. macam seronok je baring atas snow tebal macamtu. so safra dengan kak shima buat photoshoot raya. kitaorang ambik gambar atas snow pakai baju kurung. muka tahan ketaq ja sebab sejuk tak pakai winter coat bila nak ambik gambar raya hehe. bak kata angah, tahun depan boleh hantar dekat salam perantau. khayr tidur dalam kereta, abah terpaksa teman khayr. so takde la gambar khayr dengan abah untuk photoshoot raya



ibu khayr yang cantik, khayr yang comel. gambar kak kat mana? gambar kak kat simpan haha

then kami gerak ke rumah kawan kak shima and berzanji untuk maulidur rasul. port safra, kak shima and khayr adalah dekat dapur. kerja kitaorang memang isi perut je. ya Allah ada passemboqqqq, laksammm, nasi kerabu and kambing bakaqq. memang best sangat sampai rasa nak je tidur dekat rumah tu. dessert pun macam macam ya Rabbi ada kek pisang ada kek coklat aiskrim ada berjenis kuih, tradisional malaysia and kuih tradisional sweden. jangan tanya la berapa kali makan. memang tak terkira dah haha. lama juga duduk dekat rumah kawan kak shima tu. lepastu khayr ajak abah dia balik sebab dah penat. 



before balik rumah, masih sempat lagi kak shima and abg kamarul bawak ke Institutet Karolinska (tempat kak shima buat research). so lagi sekali ada sesi bergambar haha. banyak sungguh bergambornye


wahh tahniah dekat kakak Kat dah berjaya buat phD, research in endocrinology and genetics dekat Institutet Karolinska, Sweden  :D 

so.... im done, eventually. dah tak ada hutang pos apa apa sebab dah cerita trip ke sweden. sekarang study week je ada assessment and next week is half term. yayyy safra balik Manchester during half term nanti. paklong and maklong dah call bagitau suruh balik for a week. yayy boleh lah makan sedap sedap hehe. nak mintak paklong bawak beli nasi kerabu. sebab safra mengidam nasi colour biru hehe okbye