Thursday, 6 February 2014

pengalaman berlaku pergelutan dalam kapal terbang

Bismillahirrahmanirrahim.

10pm. Jan 25th 2014
Rontgenvagen, Stockholm, Sweden
(rumah Kak Shima)

safra tidur lambat sikit sebab study. sebab esoknya dah ahad nak balik london and isnin tu lecturer cakap ada test. lepas study ingat nak check-in flight within 24 hrs dekat booking.com tapi error pula so safra tidur je. lagipun badan letih sebab flight hari jumaat, sabtu pula keluar for the whole day. ahad dah nak balik london

9am, Jan 26th 2014
masih di rumah angah & on the way ke airport

bangun tidur tak sempat nak buat apa apa aktiviti sebab international departure kena at least 2-3 jam before flight so pagi tu rushing nak kejar kapal terbang. ralit sembang sampai pukul 10.30 baru keluar rumah naik pendletag ke city terminalen sampai pukul 11am. dari city terminalen ke airport sampai 11.47am. memang masa cukup cukup sangat. gate untuk boarding buka untuk passengers pukul 11.55am sebab nak terbang ke london pukul 12.35pm waktu sweden (UK 11.35am) saya waktu tu passport control and immigration tak lepas lagi. safra berdoa banyak banyak janganlah miss flight ni. huru hara nanti dah la sorang sorang dekat negara orang. kalau dekat UK tak apa boleh cakap english and consider banya benda. dekat sweden ni bukan semua orang pandai bertutur bahasa inggeris and susah kalau apa apa jadi sebab kak shima and abg kamarul hantar sampai city terminalen je sebab jauh dari city terminalen nak ke airport. so kalau terlepas kapal, susah nanti nak kena beli ticket baru. esok hari isnin dah ada test.

12.07pm
Arlanda-stockholm airport, Sweden

baru je lepas passport control. waktu ni saya lari macam lipas. tak kisah dah tudung serabai sebab nak kejar ke gate. memang nasib kot, rezeki Allah izinkan naik kapal terbang tu. memang masa sampai, orang tengah beratur nak masuk perut kapal terbang. Alhamdulillah.

12.15pm
dalam kapal terbang

kali ni naik flight pun sebelah saya tak ada orang. cuma seat yang ketiga tu ada pakcik tua, dalam 56-58 tahun umur dia. he's british tapi duduk stockholm so dah pandai cakap swedish. muka pun dah nampak macam scandish-swedish, dah tak nampak sangat macam orang putih english. disebabkan safra penat sangaaat. so saya tertidur. tak sempat nak berbual panjang dengan pakcik tu sebab memang mengantuk. before tidur tu ada terdengar macam orang bising bising dalam bahasa swedish dekat belakang. ada a group of swedish 6 orang lelaki muda macam umur 20 lebih. yang buat safra curious, everytime depa cakap something, orang orang yang paham swedish akan pusing belakang pandang that group and bagi a very confused-look or macam muka tak puas hati. tapi budak budak tu masih lagi gelak kuat kuat macam takda benda jadi. safra ni dah malas nak layan, terus pejam mata and tidur.

1.10pm
dalam kapal terbang, di atas timbunan awan

saya terjaga bila dengar macam bising sangat. kenapa macam dengar orang bergaduh and menjerit. eh kenapa ni? apa jadi ni? masa tu baru bangun tidur so memang masih mamai lagi and tak clear dengan apa jadi. pakcik tua tadi takde pun dekat sebelah. saya tanya passenger dekat belakang apa jadi, diaorang reply dengan kalut dalam bahasa swedish. safra cakap sorry saya tak paham svenska. lepastu ada orang dari seat lain cakap english, bagitau dekat belakang ada a group of swedish muda buat kacau. diaorang cakap pasal nak buat kacau dalam kapal terbang and warn nak lukakan orang.

so saya ni pun unfasten seat belt and berdiri,  macam reaksi spontan bila orang tu bagitau. bila safra diri je pusing belakang nampak yang kumpulan lelaki tadi tu macam marah marah. and pakcik tadi pun tengah diri macam nak cakap benda dekat lelaki tu and ada juga beberapa orang dekat group lelaki tadi pun macam cakap something baik baik. tak sempat safra nak buat apa apa tiba tiba nampak salah sorang lelaki tu baling benda colour hitam sebesar penumbuk lelaki. masa dia baling benda tu makin huru hara orang dalam kapal tu sebab tak tahu benda apa dia baling. orang dah start jerit jerit takut and dia pointing benda hitam tu dekat area safra duduk and passenger lain. bila nampak benda hitam tu tengah melayang, saya pun apalagi terus tundukkan kepala and cangkung dekat tempat bawah kaki passenger. tapi orang perempuan yang duduk belakang seat safra tu tak sempat elak so dia kena benda hitam tu dekat kepala and bleeding. lepas dia baling tu dia ketawa kuat walaupun dah cederakan orang

cabin crew ada 4 orang and kebetulan semua lelaki. takda stewardess pun. safra nampak empat empat orang steward tu berlari dekat perempuan tadi and tanya okay or tak. lepastu sorang dari diaorang lari pergi dekat belakang ambik tisu and ais. lagi sorang suruh perempuan tu bertenang. lagi satu berlari ke kokpit dekat tempat kapten nak report ada orang cedera and lagi sorang macam cuba tenangkan crowd. memang haru biru. ada juga orang dah mula nangis takut

masa tu safra punya gigil kepala lutut, jangan cakap. rasa lembik dah. segala surah and ayat Quran yang hafal safra baca. dah la baru bangun tidur safra memang tak paham apa jadi sebenarnya. kalau nangis pun rasa tak guna sangat. waktu genting macam tu hanya bertenang je boleh buat kita rasa selamat. waktu tu pikir kalau la kapal terbang ni terhempas.... kalau la kapal terbang ni memang tengah kena hijack.... kalau la safra dah sampai masa nak tinggalkan dunia....
sedihnya hati waktu tu memang tak boleh cakap dah. rasa banyak sangat dosa dekat mama papa and orang orang semua. rasa hina sangat diri ni

perempuan tadi tu, she was just behind me. BEHIND. memang sangat terasa takut dia bila nampak orang tu luka and kecoh dekat tempat belakang. masa tengah kalut pasal perempuan tu safra bagitau salah seorang cabin crew and pakcik tua tadi yang benda hitam yang dia baling tu maybe dekat bawah seat safra. tolong checkan sebab saya takut nak tengok apa benda tu. masa tu terpikir bom je huuu. trauma. lepastu steward tu cakap "okay thats fine let me do that for you" sebab takut, so safra pun lari ke seat orang lain sementara tunggu steward tu ambik benda hitam tadi. 

bila dia dah angkat benda hitam tu steward tu terus genggam dalam tangan dia and lari bawak ke kokpit kapten. semua orang tak tau apa benda hitam tu. dalam masa kurang 10minit. ada announcement dari kapten sendiri bagitau kita akan buat emergency landing dekat the nearest airport. semua orang kena ready sebab landing ni maybe mengejut. kami yang dekat belakang trauma belum habis lagi pasal benda tadi terus lari pi tempat masing masing and pakai seatbelt balik. safra ni tak berapa dengar info dari kapten tadi sebab kalut dengan benda tadi so habis habisan ingat dah sampai london. rupanya belum lagi.

1.25pm
Shiphol Airport-Amsterdam

tengok dekat luar eh kenapa macam lain je dekat luar kenapa tak macam london pun? kenapa dekat luar ada kereta polis? kenapa kapal terbang ni tak pergi dekat proper gate? kenapa kapal terbang ni berhenti tengah tengah macam padang? banyak la benda saya tak paham. so kapten tiba tiba buat anouncement lagi bagitau sekarang dekat Shiphol Airport Amsterdam. safra pun terkejut la. masa tu memang tak reti lagi dah nak bagitau macam mana rasa takut.

saya pegang iphone, sambil tu cuba turn on data roaming. bila tengok keadaan makin macam tak terkawal, safra cakap ah ni memang kena bagitau someone. tapi siapa? sebab papa dekat malaysia dah nak tidur malam. mama dekat india (ada konferens bisnes) pula pun mungkin dah petang or malam. lagipun kalau bagitau mama sure mama ni gelabah. silap silap emak yang nangis lagi banyak dari anak dia. safra pun dok pikir siapa la nak message ni. cuba call kak shima and abg kamarul tapi tak berangkat pula phone. hantar message tak deliver. masa tu memang susah sangat nak describe situation, sebab phone pun dah tinggal 5% and anytime je boleh padam. dengan battery phone yang makin sikit tu saya tulis juga message dekat kak shima and kali ni hantar dekat whatsapp. lepastu copy message bagi mama and papa sebelum phone terus terpadam. sebab nak explain dekat mama and papa mesti panjang lebar kena soal. so terpaksa copy and memang nasib, phone terus habis battery.

waktu tu juga saya bertawakal supaya apa jadi sekali pun kalau memang tu takdir kakak nak tinggalkan dunia ni, nak tinggalkan mama papa and family dalam kejadian kapal terbang terhempas, kakak redha je mama and papa. halalkan makan minum dan tunjuk ajar serta kasih sayang mama papa dekat kakak. ironik sampai macam tu sekali tau keadaan dia. sedih sangat. tu la seumur hidup safra rasa tak ada motivasi lagi dah dalam hidup. i had nothing cuma ada nyawa je masatu, yang bila bila je nyawa boleh bercerai dari badan. rasa sedih tu safra tak boleh nak ceritakan macam mana. umpama kita seorang dalam dunia nak berjihad, berperang tanpa ada orang tersayang dekat sebelah. insaf dan hiba sangat waktu tu huu (tersedih pula bila cerita ni)

1.53pm
kuarantin dalam kapal terbang, Shiphol Amsterdam

masa ni safra hanya tunggu arahan seterusnya and memang dah completely terputus dengan dunia luar. tak ada siapa yang boleh saya minta tolong unless pertolongan dari passengers dalam kapal terbang tu sendiri. pakcik tua tadi macam faham. mungkin dia nampak muka safra resah and takut. dia banyak kali cakap tak apa polis dah ada. nanti kita akan sampai ke london dengan selamat.

"im scared" safra dok ulang sebut tu je. haha.
"whats gonna happen to us? im afraid of them. i do not know what should i do"
kesian pakcik tadi. maybe dia ada anak or cucu yang macam safra. dia tanya.
how old are you? "im 18" "you are traveling alone? where's your other family member"
saya cakap kali ni ke sweden sorang je.
dari mana safra datang dia tanya.
saya cakap dari malaysia tapi sekarang duduk UK. dia tanya lagi belajar dekat UK?
haah belajar dekat UK. dia tanya lagi. sorang? mak ayah dekat mana.
safra explain bagitau.

dia kata safra tabah. baru 18 dah macam macam benda safra dah exposed. dia cakap lagi tak apa pengalaman pasal kapal terbang ni safra boleh simpan and cerita dekat anak anak dan cucu cucu safra pengalaman ni. tunjukkan dekat orang betapa safra kuat dan tabah lalui benda antara hidup dan mati tanpa mak ayah tanpa orang orang yang safra kenal.
'tell your future children that you were so brave.. and you'll be a good mother. your children will be proud of you'
waktu ni la safra dah mula bergenang air mata. rasa macam tenang sangat bila pakcik tu cakap macamtu. the thought of having the only person that could make me realised betapa hidup ni sangatlah singkat and perlu di-cherish betul betul. waktu ni rasa macam Allah, panjangkan umur pakcik ini. limpahkanlah rahmatMu ke atasnya. dia sorang je orang yang safra ada waktu tu

kali ini giliran saya pula tanya pakcik tadi. apa sebab ke london?
'im going to see my brother. he's unwell.'
dia cakap dia risau abang dia sakit teruk, takut tak sempat jumpa.
and kali ni dia naik flight sorang juga. terpaksa tinggalkan anak dan isteri dekat sweden sebab nak jenguk abang. dia cakap. bila isteri dia message tanya dah sampai ke? dia cakap tak, belum lagi. tengah transit dekat amsterdam.
safra tanya kenapa tak bagitau yang kita ni bukan transit. tapi ada agenda lain. ini memang kecemasan.
dia cakap dia taknak susahkan hati isteri dia.
sekali lagi safra rasa nak menangis. pakcik ni baik sangat sangat sangat. kalau waktu genting macamtu orang akan pentingkan diri sendiri, dia tak. dia usaha untuk tenangkan orang lain. he prefers to keep everything to himself and bagitau orang benda yang menenangkan. walaupun dari muka tua dia, safra tau dia pun cuak juga. andai jadi apa apa boleh juga dia rebah dulu. tapi dia kuat sangatt. so i questioned myself, if pakcik tu boleh kuat kenapa safra tak boleh? why can't you, safra?

lepastu dia bagi suratkhabar, suruh baca. katanya nanti okay la dah bertenang. jangan takut. kalau takut nanti lagi terasa takut. then dia bagi air mineral yang dia baru beli dari steward before benda benda tadi jadi. masa tengah cakap dengan pakcik tadi memang nampak ada 6 orang polis masuk dalam kapal and jumpa kumpulan orang yang buat dajal tadi. setiap seorang kena soal and perempuan yang luka tadi pun kena soal. kapten and cabin crew and few passengers pun kena soal. safra chose to not say anything taknak kena soal taknak kena siasat. cukup lah safra jadi "a part of that particular situation" saya tak kuasa dah nak ingat apa jadi tadi. cuma pikir nak cepat sampai london je. pakcik tadi kena juga soal sikit. mungkin kena beri keterangan.

2.38pm
masih dalam kapal terbang 

kitaorang nampak polis gari 2 orang lelaki tadi. cuma dua je yang polis ambik. mungkin sebab diaorang dah bagitau apa sebenarnya jadi. yang lagi 4 tu tak bersalah la mungkin. jadi dilepaskan untuk sampai london. masa dua lelaki tu bangun and ikut belakang polis tu, muka dia macam tak ada apa. dia masih lagi ketawa. konon seronok sangat la tu buat perangai. dah menyusahkan satu kapal, tak sedar diri. rasa nak sekeh je kepala dia -_-

2 jam juga kami kena kuarantin dalam kapal terbang. duduk dalam kapal terbang tau, tak boleh keluar. secara logiknya, kitaorang yang penumpang dalam kapal terbang tu macam illegal untuk turun ke amsterdam. sebabnya passengers dalam kapal terbang yang safra naik tu tak ada bukti or lesen untuk turun ke amsterdam. sebabnya lagi, kan kami bayar duit flight ke london bukan ke amsterdam. jadi memang tak dibenarkan turun. mula mula ingat kena tukar kapal terbang. tapi kapten cakap tak perlu. cuma kena isi minyak je sebab kapal terbang dah tak cukup minyak. lepastu insyaAllah akan sambung terbang ke london. masa tu rasa lega sangat. semoga semuanya selamat. lepastu bila kapal dah mula terbang nak ke london, baru safra ingat benda. sejak saya message mama, papa, kak shima tadi. iphone terus tak ada battery. maksudnya mereka tak tau apa jadi dekat safra.

i left them with such a confused-moment. tak tahu pula mama dekat india tu sampai dah nak pengsan dengar cerita anak dia sangkut dalam kapal terbang and landed emergency dekat amsterdam. menangis meraung mama sampai semua orang risau. lepastu mama call papa dekat malaysia nangis sampai tak keluar suara. tak habis dengan tu, mama call kak shima nangis lagi. papa pula kelam kabut call kakak sedara yang balik malaysia sebab bertunang tu and tanya apa possibility kalau flight kena buat emergency landing. sebab dia dah duduk and kerja dekat UK 10 tahun jadi dia tahu apa kena buat. abg kamarul pula kalut call airport shiphol amsterdam untuk clarify benda ni. and tentunya safra rasa macam jahat sangattt. menyusahkan semua orang. tu la sebabnya tak nak bagitau apa jadi mula mula.

so total journey dari stockholm-arlanda ke london-gatwick yang biasanya ambil masa 2 jam setengah jadi 5jam. memang tersangat letih. bila dah selamat sampai london, safra ingat lagi safra nampak macam macam ragam orang, ada orang yang nangis gembira ada yang tersenyum, ada yang nampak sangat bersyukur ada yang dah mula ketawa dan bercakap. sebab sejak kapal terbang proceed untuk penerbangan kedua dari shiphol ke gatwick, tak ada seorang manusia pun safra dengar bersembang. tak ada suara baby menangis, tak nampak kelibat orang ke toilet, tak dengar orang minta order beli makanan or apa apa. trauma, mungkin.

4.40pm, 
London Gatwick Airport, London, England, United Kingdom

bila dah keluar dari kapal, saya dah tak nampak lagi pakcik tadi. dia dengan haluan dia, safra dengan haluan safra. betul la, jodoh pertemuan saya dan pakcik tadi Allah pinjamkan sekejap je. pakcik tadi adalah someone yang dipinjamkan masa safra susah, sorang sorang diri untuk harung benda yang tragik. tapi segala pesanan dan pertolongan sepanjang kami berada dalam kapal terbang sama sama tu yang value-nya tak boleh dijual beli. masih ingat lagi ayat terakhir dia

'take care and please look after yourself. if there's no chance that we could meet each other after this, then i'll see you in a future'

saya ni punyalah alpa, apa pasal la tak minta number phone or at least something untuk senang nak keep in touch dengan pakcik tadi. sekarang tak reti dah nak buat apa to say thank you. semoga safra mampu untuk imbas raut muka pakcik tadi sampai bila bila pun. kerana dia, satu satunya orang yang paling dekat dengan safra waktu tu. InsyaAllah.

sebelum keluar dari perut kapal, kapten kapal and cabin crew tak habis habis minta maaf dekat semua orang. for me, kenapa mereka perlu minta maaf they've had done their best that they could ever do. it was the right step to take untuk buat emergency landing. kapten kapal dan cabin crew yang sangat beratkan keselamatan passengers dari diri mereka sendiri.

orang orang ini,
mereka memang patut diberi setinggi penghargaan,
selama nyawa masih terlekat di badan.

(sambungan)
bila selamat sampai airport london, benda pertama saya cari was soket untuk charge phone. sebab dapat rasa mesti semua orang risau or nak tahu apa jadi. jadi punyalah gigih pusing airport sebab nak charge phone haha. sambil kalut pusing cari plug, saya sempat lagi tukar duit pound and swedish krona ke US dollar. sebab sekarang duit malaysia dan usd jatuh, pound naik sampai 6 dah. bila dah settle dengan semua benda saya duduk sorang sorang sambil charging phone. bila phone dah hidup tengok tengok ada beratus ratus message :D semua dari siapa lagi kalau bukan mama, papa, kak shima. ada direct international call juga. kesiannya. safra memang dah betul betul susahkan hati orang.

lepastu saya dah explain bagitau semua dah selamat. petang tu safra sengaja ambil train lewat sikit ke brighton. dalam pukul quarter past 6. so estimated sampai brighton pukul 7.05 or 7.10pm. before tu juga saya call housemate bagitau tak sempat balik rumah awal and dinner dekat rumah so jom dinnner dekat luar. dia pun macam tak banyak tanya. dekat kedai makan baru cerita. dia cakap esok tak payah la ke kelas. kalau tak larat rehat je dekat rumah. safra kata ada test

esoknya hari isnin safra pergi kelas pagi and request untuk leave masa petang. bagitau profesor rasa tak sihat and boleh tak test ambik hari lain? sebab test waktu petang. prof macam faham je dia luluskan cuti walaupun last minute. dia cakap balik rumah rehat, muka nampak pucat sangat. kalau tak sihat pergi jumpa doctor. saya cakap esok saya datang sekolah so prof jangan risau sangat. safra cuma kena tidur je sebab badan pun masih terkejut pasal semalam.

sekarang dah 2 minggu dah benda ni jadi. tapi safra masih lagi ingat semua benda secara detail. saya memang phobia sangat. memang tak nak dah travel sorang sorang haha. kalau siapa-siapa baca Yours Truely pasal safra, ive clearly stated there that im sooo in love with planes and watching any movies or tv shows relating planes and aircrafts. bila benda macam ni jadi, safra rasa macam "yela, dah suka sangat kapal terbang. ni Allah bagi pengalaman sendiri untuk experience."

sebenarnya masa saya form 2, safra kena buat kerja kursus pasal Tragedi 4 Disember di mana kejadian yang berlaku masa 4 disember tahun 1977, kapal terbang Malaysia Airlines 653 (MH653) jenis Boeing 737-2H6 terhempas sebab ada perampasan kapal terbang oleh pihak tertentu. ada yang kata seorang lelaki Jepun. ada yang speculate bodyguard menteri kewangan negara kita, Malaysia yang ikut sekali masa kapal terbang tu terhempas, sebab bodyguard tu bawak pistol. ada juga yang kata rampasan berlaku dari orang Vietnam yang marah sebab kawan mereka kena tahan di airport singapore. 

safra kaji betul betul pasal kapal terbang MH653 ni. saya ajak mama dan papa pergi Johor untuk tengok tempat pengebumian 100 mangsa yang terkorban masa nahas kapal terbang MAS653. 93 penumpang dan 7 anak kapal (cabin crew) termasuk pilot dan co-pilot. tempat pengebumian mangsa mangsa yang terkorban dibuat tugu peringatan untuk kita sentiasa mengingati sejarah 4 Disember. tugu tu masih lagi ada di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. safra recommend semua orang untuk one fine day, visit dan sedekahkan Al Fatihah dekat semua mangsa kapal terbang MAS 653.

kronologi Tragedi 4 Disember:

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 33 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang. Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang. Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat. Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Info tragedi


Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653

Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Penumpang: 93 + (7krew)
Kematian: 100 orang
Jenis Pesawat: Boeing 737-2H6
Tarikh: 4 Disember 1977

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime. Manakala antara nak kapal yang turut terkorban di dalam tragedi itu ialah Kapten juruterbang G.J Ganjoor, Pembantu kapten Kamarulzaman Jalil, Pramugara dan pramugari MAS, Karim Tahir, Onn Jaafar, Sharifah Sidah Syed Alsagoff, Azian Borhanuddin serta penumpang pesawat yang lain daripada pelbagai negara seperti Australia, Britain, Jerman, Thailand, Afghanistan, Singapura, Kanada, Amerika, Greece, Indonesia dan India.


Kronologi tragedi 4 Disember 1977:

7.21 pm : Pesawat boeing 737-2H6, MH 653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang


7.46 pm : Pesawat MH653 berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki


7.47 pm : Juruterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm' Juruterbang kemudian melaporkan sekali lagi kepada pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yang menunda MH 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'


7.50 pm : Pesawat MH 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan 'understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'


8.05 pm : Pusat kawalan mengarah kan pesawat MH 653 menghubungi kawalan trafik udara singapura dengan frekuensi radio singapura, pusat kawalan trafik udara di Kuala Lumpur membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki


8.12 pm : Pusat kawalan udara singapura membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki kemudian perhubungan pusat kawalan singapura terputus hubungan dengan pesawat 653



8.30 pm : Mengikut laporan polis kapal terbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapal terbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapal terbang itu meletup dan selepas ia meletup di udara, kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

Kapal terbang itu terhempas di kawasan paya berdekatan dengan sebuah rumah yang baru mengadakan kenduri kahwin pada sebelah siangnya. Cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ada yang tersangkut di pokok. Cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas Jalan Kebun Teh Johor Bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan Negeri Johor. Upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.


Source: Tragedi Tanjung Kupang: Pesawat MH653 "Daging berkecai di paya hangus"


because of this. tragedi 4 disember. 

saya tersangat trauma kalau nak ingat pasal insiden yang jadi masa balik dari sweden. papa dengan mama cakap tak apa, ini pengalaman. bukan semua orang berpeluang untuk experience.
"i'm the chosen one"

January 26th, 2014
A date that would never be forgotten.