alkisah pada suatu hari puteri gunung ledang dan hang jebat sedang berbual selepas bertaruh dengan hang tuah hahaha. teruk Sejarah si safra ni tau. ah takpe pedulikan semua tu. kk serious ni.
"nanti nak bawak kereta"
"excited la tu"
"takut sebenarnya bukan excited :("
"senang saja nak bawak kereta. jangan takut takut. kena yakin"
"safra takut nanti kereta yang selisih sebelah"
"jangan takut. nanti kelam kabut. kalau selisih maintain je stereng tu. nanti bila safra pegang stereng nanti akan rasa senang. macam main game je"
"kalau macam main game mesti seronok"
"haha. seronok"
okay habis. kesimpulannya lagi 1bulan3minggu3hari untuk angka umur ni naik dan meluluskan safra bawak kereta pusing satu malaysia haha. orang dalam rumah ni sekarang tengah semangat nak suruh cepat belajar bawak kereta. especially pakcik pakcik handsome dekat rumah ni. bukan main semangat ha macam nak dapat isteri bila anak buah diaorang dah cukup umur untuk bawak kereta hehe. agak tak boleh tahan eh ayat.
papa pesan dekat pakcik: "adik tolong tengok safra nak bawak kereta tu. ajar dia biar confident sikit" nampak benau papa pun tak ada confident dengan anak sendiri haha. pakcik pula ramai dekat rumah ni masing masing berebut volunteer nak ajar. best ramai pakcik ni haha. semua benda mintak dapat. terharu k terharu. almaklumlah adik beradik papa lelaki je madang. papa support belajar bawak kereta awal biar mahir dan handal lepastu baru pergi ambik lesen betul betul.
tak lama lagi jadi minah drifter lah ni haha. macam ada firasat lepasni akan jadi driver yang setia tak bergaji hantar adik pergi sekolah. ambik adik balik dari hostel. pergi pasar beli ikan dan macam macam kemungkinan yang pasti. bak kata mama nanti dah reti bawak kereta jangan malas pula taknak tolong beli barang bila kena mintak tolong. haha awal awal lagi dah kena sebijik. insyaallah ma kakak rajin rajin eh haha. mintak beli telur ke susu ke lepastu hilang 2 jam pergi ukur jalan.
tamatlah cerita puteri gunung ledang hamba pada hari ini. sekian terima kasih.
doakanlah tak kalut bila pegang stereng nanti. cuak sangat jiwa ni T_T