so far, study macam biasa juga. tak tahu nak describe macam mana sebab makin lama makin payah bukan makin mudah. tapi kata cool, haha. harusnya okay je tapi ada masa ngam ngam juga kot. tu macam terkilan sikit. tapi tak apa, usaha tak betul mana nak dapat kan. Allah sendiri dah janji, kalau kita rajin usaha Dia mesti bagi punya. haritu mama siap pesan kata Innallah Ma Assobirin. "Allah bersama mereka yang bersabar" harap harap safra yang lembik macam kek yang baru keluar oven ni kuat untuk jadi orang yang sabar. tak perlu kot sikit sikit nak nangis. kata dah besar, lagi berapa bulan umur pun dah naik satu angka.
lagi dua minggu kolej lepaskan semua student balik. tapi cuti punyalah sekejap, tak rasa macam free juga. and safra pun macam dah fikir taknak balik rumah sebab terasa sangatlah malas nak mengemas beg baju. hehe. bagi student yang rumah dekat luar negara lagi tak nak balik rumah, pergi masuk town KL je diaorang nanti. safra pun terasa nak pergi KL je jalan jalan makan angin sekejap and beli barang barang yang semakin berkurang. bulan depan bila ada term break cuti lama jugaklah. masa tu dah confirm ramai balik sebab sekarang pun ramai dah bising bising pasal ticket flight balik rumah tengah murah. lambat beli tiket lagi mahal harga dia.
lagi dua bulan baru ada cuti winter break. ni memang waktu yang kitaorang dekat kampus ni tunggu. boleh duduk rumah makan banyak banyak and tambah berat badan. and setiap kali balik rumah memang kerja tak akan bersentuh langsung sebab malas punya pasal. safra, sila berubah. silaaaaa berubah