Friday, 26 October 2012

Sekeping Hati Lelaki

          "Lisa, jum balik..." Lisa pun menoleh, ahh si comel ini rupanya. "Kejap lah Yana, aku masih lagi nak tengok laut tu." Ya Allah, rindunyaa...  bisik hati kecil Lisa. Yana bungkam lantas bergerak dulu ke kereta. Seminit dua, Lisa pun melangkah pergi meninggalkan pantai itu mendapatkan Yana yang mulutnya sudah panjang memuncung seperti belalai gajah. Lisa hanya tersenyum sahaja melihatnya. "Eleh, asyik merajuk saja. Cepat tua tahu. Haha." kata Lisa. Emilyana Miera sebal. Dia diam sahaja membatu. "Belanja aku makan nanti aku elok balik. Ha, setuju tak? Hehe," "Okay, aku takda hal pun." balas Lisa. Yana memandang Lisa, sedari tadi dilihatnya Lisa tak keruan. Dari lepas makan sampailah sekarang, Lisa tidak banyak berceloteh seperti selalu. Mana dia ni? Aku rindu kamu tahu. Lisa berkata sendirian. Puas sudah Lisa fikirkan cara apa untuk berhubung dengan Haiqal tapi tetap hampa. Rindunya semakin tidak dapat ditanggung.

            "Kau ni kenapa Lisa, ada apa apa yang perlu aku tahu?" gumal Yana. "Tak adalah Yana, aku cuma teringatkan Haiqal. Macam manalah dia sekarang agaknya," kata Lisa lalu memandang luar tingkap. Sudah tiga tahun berlalu, namun hatinya masih utuh dengan bayangan Haiqal. Dahulu, di pantai itulah tempat Lisa dan Haiqal menghabiskan masa bersama-sama, namun sekarang ia hanya memori indah yang hanya dia dan Haiqal sahaja yang mengerti. Nasib baiklah yang memandu kereta Yana. Kalau Lisa yang memandu. mungkin sudah kemalangan agaknya. Fikirannya asyik teringatkan Haiqal. Sungguh, rindunya terhadap Haiqal semakin menebal. Sudah tidak dapat ditanggung oleh hatinya. Lisa cuba menyelami perasaannya sendiri. Janji Haiqal kepadanya masih utuh di benak kepalanya. "Saya janji, suatu hari nanti saya pasti akan datang kembali kepada awak. Izinkan saya memenuhi cita-cita saya dahulu ya, Lisa. Percayalah, kamu tetap yang satu." "Lisa sayang Haiqal tau," kata Lisa sebelum Haiqal pergi. Haiqal hanya tergelak "Saya tahu lah Lisa, saya juga sama. Selamat tinggal Lisa, jaga diri baik- baik, Haiqal pasti akan merindukan Lisa." Tiba - tiba tanpa disedari air mata Lisa jatuh di pipinya. Haiqal mengesat air mata Lisa dengan tangannya seraya berkata, "Jangan menangis sayang,ini bukan pemergian yang tidak akan kembali. Percayalah, selagi Tuhan masih ada. Dia pasti mengetahui tentang hubungan kita." Hati lelakinya tersentuh melihat wajah Lisa yang sedang bersedih itu, sememangnya dia teramat pasti akan merindui wajah tenang dan lembut Lisa. Karlisa Eysha , kaulah wanita yang paling aku sayang seumur hidup, aku janji akan kembali semula. Percayalah sayang...

             "Eh Lisa, kau ni dah kenapa?" tanya Yana. "Ha, aku cuma tidak sedap badan. Demam agaknya." "Oh, dah makan ubat? Nak pergi klinik tak?" tanya Yana kalut. Lisa menolak ajakan Yana untuk ke klinik, baginya sudah biasa dia mengalami demam sebegitu. Yana hanya memandang sahaja muka Lisa sekilas sambil berkata dalam hati. Aku sayang kau Lisa. Pagi itu, seperti biasa Lisa turun awal untuk ke kelas kuliah. Lisa merupakan seorang pelajar yang rajin dan tekun menuntut ilmu. Segala kerja, tesis yang dilakukan sentiasa mendapat pujian dari pensyarah yang mengajarnya. Yana juga begitu, mereka merupakan kawan yang tersangat rapat seperti isi dan kuku. Persahabatan mereka bermula sedari mereka di bangku sekolah lagi. Pokok pangkalnya di mana ada Lisa disitu ada Yana. Kasih sayang di antara mereka umpama adik-beradik.  Pagi itu, tidak seperti kebiasaannya Yana akan menemani Lisa tetapi Yana harus berjumpa dengan pensyarah yang lain untuk menanyakan tentang tesis yang harus dilakukan.

            Sampai sahaja di kelas, Lisa belajar seperti biasa. Tumpuannya diberi 100 peratus terhadap apa yang diajar oleh pensyarahnya. Usai kelas, Lisa memandu kereta ke restoran yang berdekatan dengan tempat dia belajar. Laparnya perut aku. Teet teeet. "Hello, Lisa. Kau dekat mana ni? Risau aku lah." Yana membebel kerana khuatir akan Lisa. "Nanti aku balik lah , kau tunggu aje dekat bilik ya." kata Lisa tenang. "Cepat sikit, jangan merayap je macam orang takde laki dekat rumah. Ni aku dah belikan ubat, balik kau makan ya." "Yelah yelah, nanti aku baliklah. Ha memang aku takda laki pun. Haha. Apalah kau." Yelah, tapi kau kan ada aku, hehe." Selepas melayan kerenah Yana, Lisa memutuskan talian. Fokusnya sekarang terhadap kereta yang dipandunya. Yana ni, bertuah betul. Suruh aku cepat cepat, buatnya aku kalut tadi dah lama dah masuk kubur agaknya, bisik hatinya . Sampai sahaja di kedai makan, Lisa memesan makanan. Cepat-cepat dia menghabiskan makanan, risau sungguh dia dengan bebelan Yana nanti. Selepas makan, Lisa bingkas bangun untuk membayar makanan yang dipesannya. Si Yana ni mesti lapar dekat bilik. Lantas memesan makanan untuk dibungkus dibawa pulang. Nasi paprik kegemaran Yana di pegang erat dalam perjalanan balik ke kereta. Tiba-tiba datang seorang lelaki melulu berlari mendekati Lisa.

            "Eh apa kau ni, dah gilakah?" Lisa marah, segera mengutip barangan yang jatuh semasa berlanggar lelaki tadi. "Maaf maaf, aku tak sengaja. Tadi aku dikejar oleh orang yang tak dikenali." jawab pemuda itu penuh sopan. Sambil menunduk Lisa membebel seorang diri. Sebal hatinya terhadap makhluk Tuhan yang sedang dia hadapi ini. Tatkala Lisa mengangkat muka. Ya Allah, muka dia... Alhamdulillah syukur Tuhan. Alu rindu. Akhirnya kau pulang semula. "Hello, cik cik." Tiba- tiba Lisa sedar. Lelaki tadi seakan menepuk- nepuk angin di depannya seperti menyedarkannya dari lamunan. "Erm saya Farid Zakuan. Awak okey?" "Haa? Ohh saya Lisa. Karlisa Eysha... Maaf saya teringatkan seseorang tadi." "Oh tak apa lah. Karlisa Eysha. Sedap nama persis orangnya." selamba Farid berkata. Lisa terkebil. Wh biar benar orang ni. Kenal pun tidak, berkata sudah pandai. Farid tersenyum. Dia tahu Lisa terkejut. Eeii, comelnya dia bila terkejut. "Oh ya encik Farid. Saya pulang dahulu ya. Ada kelas ni," Lisa berbohong. "Lagipun kawan saya sedang menunggu." sambungnya lagi. "Byee Lisa," "Okey bye Farid. Lepasni jalan tengok orang tau. Jangan pakai terjah aje. Nasib baik nasi ini tak terpelanting dekat muka awak tadi." Lisa senyum selepas dia berkata demikian. Farid terkaku. Entah kenapa hatinya terusik. Sepanjang jalan dia memerhatikan Lisa sambil tersenyum . Karlisa Eysha...

             "Yana Yana, kau tahu tadi aku berlanggar dengan lelaki. Tak waras agaknya dia tu berkejar- kejar sampai terlanggar aku. Geram saja aku lihat wajah dia. Nak aje aku marah tapi..." Yana senyum, dia kenal benar perangai Lisa . Manjanya tidak ubah seperti dulu. Untung Haiqal dapat Lisa. Perempuan ini lemah-lembut, pandai, cantik dan berpendidikan tinggi. Ramai lelaki yang berbaris berebut untuk mendapatkan Lisa tetapi Yana tahu, di hatinya hanya seorang, Haiqal Darwish. Setianya dia menunggu Haiqal. "Ohh, itu petanda kau dapat pakwe baru tu. Cubalah kenal dengan dia," Yana mengusik. "Alah, tak naklah Yana. Aku masih menunggu Haiqal. Aku sayang dia. Lelaki tadi Farid namanya. Mukanya mirip Haiqal." Tiba -tiba jatuh air mata di pipi mulus Lisa. Cepat -cepat Yana bangun mendapatkan Lisa. Dia tahu, Lisa rindu benar akan Haiqal. Betapa tabahnya hati Lisa hidup tanpa Haiqal disisi selama tiga tahun. Sepanjang tempoh itu, tiada seorang lelaki pun yang bisa menambat hati Lisa. "Lisa, bersabarlah. Haiqal pasti masih menyayangi Lisa.  Dia pergi menimba ilmu, untuk masa depan Lisa juga kan. Janganlah bersedih, kalau Haiqal nampak macam mana?Pasti dia lagi sedih dan risau tengok Lisa macam ni." Lisa diam, perlahan-lahan dia cuba mengawal perasaannya. Dia tahu, dia hanya perlu kuat dan bersabar. Tidak lama lagi pasti Haiqal akan kembali. Pasti.

             Esoknya, Lisa dan Yana pergi ke kelas seperti biasa. Pagi itu mereka terlambat. Ini semua gara-gara Lisa melayan Yana mencari baju baru di pusat beli- belah di sebelah kampus mereka malam tadi. Baju itu sebagai persiapan Yana untuk lakonan bagi mewakili kelas mereka. "Itulah, aku dah pesan tidur awal, kau degil tak nak dengar kata aku. Sekarang tanggung lah kita." Yana membisu. Alahai... Apalah nasib. Dia serba salah terhadap Lisa namun perkara sudah terjadi, apa mahu buat. Sampai saja di kelas, Mr. Tonny memandang sipi ke arah mereka berdua 'I can see those people who came late. They should have been thinking that we wouldn't have any classes today." Aduh. Pedasnya kata- kata Mr. Tonny. Merah muka Lisa dan Yana menahan malu. "Ish, padah padah. Jaga baik kau Yana, aku ketuk-ketuk kepala kau nanti." pantas Lisa berkata. Mereka tidak dibenarkan masuk ke kelas, berdiri saja mereka dengan setia di luar kelas sehingga kelas pada hari itu selesai. Sebelum melangkah pergi, Mr. Tonny sempat berkata kepada Lisa dan Yana yang sedang terkebil – kebil. "Do come and meet me at my office, sharp at 2 pm today . I’ll wait for both of you. Don’t forget to bring your assignment as well, there’s a few things that I need to talk to you, ladies. "Alamak, apa pulalah yang dia mahu ni..." gumam Lisa.

           "Huh. Buat penat saja datang, kelas nak masuk pun tak dapat jugak," rungut Yana. Lisa hanya tergelak. "Salah kita jugalah sayang, sapa suruh bangun lambat." "Maaf, awak Lisa?" tanya seseorang. "Yaa, saya. Eh Farid!  Apa awak buat dekat sini?" "Hahaha, apa buat di sini? Belajar lah, takkan kahwin kot. Ish geram saja hati Lisa. Ada saja loyar buruk si Farid ni. "Eh kenapa awak berdua berdiri ni, saya tengok aja dari dalam tadi," "Hah, awak tengok saya?" kalut Lisa menyoalnya. "Yalah, saya sekelas dengan awaklah. Budak baru lagi di sini. Aduhh,  malunyaaaa. Yana yang sedari tadi diam membisu hanya tergelak sahaja. Tak tahu kenapa, dia senang dengan keramahan Farid. "Handsome jugak mamat ni." Kata Yana sendirian... "Hah, apa kau kata Yana?" soal Lisa seperti kedengaran apa yang baru sahaja Yana sebut. "Err tak, tak. Aku cakap aku lapar. Hehehe." "Ohh marilah makan, saya pun kebetulan hendak makan jugak." pantas Farid berkata. Hari itu,  dalam sejarah Lisa dan Yana keluar makan dengan Farid. Lama- kelamaan hubungan mereka bertiga menjadi rapat. 

              Lisa senang dengan Farid . Tanpa sedar , perasaannya terhadap Farid sudah lain . Rindunya terhadap Haiqal semakin menghilang diganti dengan perasaan yang memuncak terhadap Farid . Bahkan lagi muka mereka seakan sama . Lisa suka akan setiap tingkah laku Farid . Cara jalan , makan , senyum , cakap , berseloroh , semua sama . Farid seperti klon Haiqal. Astagfirullahalazim, Lisa . Ini Farid, bukan Haiqal... Lama Lisa memandang muka Farid petang itu . "Lisa kenapa?" "Oh takda apalah. Hehe." "Ingat apa tu, pakwe ya." "Mana ada, Lisa kalau ingat pakwe buat apa nak pandang muka Farid." Lisa membalas. "Yalah, muka Farid ada macam muka pakwe Lisa tak? Hahaha." Lisa tersipu malu. Lisa diam sahaja , dia malu seraya tunduk memandang lantai . Dalam hati Lisa bingung apabila Farid seakan tahu mengenai Haikal . Farid tersenyum nakal . Kini , pergi ke mana pun Farid yang menemani Lisa . Kehidupan Lisa makin bahagia . Tapi jauh dalam hatinya dia masih merindui Haiqal walaupun tinggal sisa - sisa sahaja . Kadang-kala , Lisa bawa Farid ke pantai yang selalu dia dan Haiqal kumpul kenangan . Namun diganti dengan kehadiran Farid . Lisa serba salah , apalah perasaan Haiqal apabila mengetahui bahawa hatinya sudah mula beralih arah . Haiqal, maafkan Lisa... Lisa dah penat menanti... tapi Lisa masih menyayangimu, Haiqal .

* * * * *
             Petang itu Farid resah. Mimpinya tadi memeranjatkannya dari tidur yang lena . Lantas dicapai telefon bimbit untuk bercakap dengan Lisa . "Hello Yana, Lisa mana? "Eh Farid. Tak tahulah aku mana Lisa. Dia keluar sebentar , tak bawak fon pulak. "Aduh, risaulah. Tadi aku mimpi buruk." "Kenapa Farid kau ada masalah ke?" " Takda, cuma tadi aku mimpi yang aku akan pergi jauh..." "Eh apa hal kau ni Farid. Tak baiklah cakap macam tu!" marah Yana . "Erm, Yana... sejujurnya aku nak bagitahu kau. Aku suka Lisa.  Aku sayang dia dan aku tak sanggup kalau berjauhan dengan dia." Yana membisu. Yana sayangkan Lisa. sejak Farid hadir,  Yana lega melihat Lisa sudah mampu tersenyum . Andai mimpi Farid menjadi kenyataan , mampukah Lisa menghadapi dugaan Tuhan buat kali kedua sama seperti dia kehilangan Haiqal dulu? "Farid, kau kawan aku . Aku tahu kau sayang Lisa , aku harap sangat kau jujur dengan Lisa tentang perasaan kau. Jangan pendam lagi , mungkin Lisa boleh menerima kau dalam hidup dia. Farid menambah, "Tapi, nama Haiqal masih utuh di hatinya, Yana . Setiap kali aku ke pantai , nama Haiqal tidak pernah lekang dari bibir Lisa. Sebak hati aku bila dia sebut nama itu , namun aku pendamkan saja. Yana , kalau aku bagitahu kau seperkara . Kau jangan sampaikan kepada Lisa ya . Aku takut kehilangan Lisa jika dia mengetahui perkara sebenar . Rahsiakan lah perkara ini daripada Lisa . Sebenarnya , aku sepupu Haiqal . Memang aku akui , sejak Haiqal pergi menjauh untuk belajar , aku mencari peluang untuk mendekati Lisa . Bukan aku berniat untuk merampas Lisa dari Haiqal tetapi aku sudah berazam untuk mengenali Lisa . Tapi aku sedar , aku bukan untuk Lisa . Haiqal lebih berhak mendapat Lisa ..."

             Melopong Yana mendengar pengakuan Farid . "Kau dah gila ya , Farid? Sejak sekian lama kau simpan perkara ni , baru sekarang kau nak bercerita. Habis , Haiqal mana?" Yana geram. Bukan geram terhadap Farid namun geram kerana dia langsung tidak dapat mengecam persamaan yang ketara antara Farid dan Haiqal. Andai dapat dia mengundur waktu , pasti sudah dari dulu lagi dia mengetahui perkara sebenar. "Haiqal sudah tiada , Yana . Haiqal sudah pergi jauh. Dia telah terkorban dalam penempasan kapal terbang yang dia naiki sekembali dia untuk ke Malaysia dua tahun lepas . Dia menepati janjinya kepada Lisa, Yana . Cuma, Haiqal tidak sempat bejumpa dengan Lisa . Tuhan lebih menyayangi dia. Masih ingatkah kau pada pesawat Canada Airlines 247 yang terhempas di Pulau Seychelles?" Ya Allah, Haiqal ... Tanpa disedari , Yana menangis . Farid juga turut menangis . Namun digagahkan juga bercakap demi menceritakan perkara sebenar kepada Yana. "Kau tahu, aku sebenarnya menghidap penyakit barah hati . Ketika itu aku memerlukan penderma secepat mungkin . Haiqal satu - satunya sepupu aku . Aku geram akan pemergian Haiqal ke luar negara untuk sambung belajar . Sudah lama aku tidak berjumpa dia , namun selama penantian bertahun aku ini dibalas dengan pemergian Haiqal . Haiqal sudah berjanji bahawa sekembalinya dia dari Kanada , dia tidak akan berjauhan lagi dengan aku . Kami seakan kembar memandangkan ayahnya merupakan abang kepada ibu aku . Yana , kau tahu hati ini... Milik Haiqal . Dialah penderma hati kepada aku. Aku menerimanya memandangkan ini permintaan terakhir Haiqal . Katanya aku disuruh membahagiakan Lisa . Aku tahu hati Haiqal hanya untuk Lisa . Aku akur , aku terlalu menyayangi Haiqal seperti abangku sendiri . Dia anak tunggal dalam keluarga paklong aku . Begitu juga aku. Makanan , pakaian , segalanya milik aku dan Haiqal adalah sama . Mulanya aku sukar menerima permintaan Haiqal tapi aku ingat janji aku kepada dia . Aku takut tidak mampu menjadi seperti Haiqal . Aku bimbang tidak dapat bahagiakan Lisa seumur hidupnya .Tapi hati yang satu ini milik Lisa . Sampai bila - bila pun milik Karlisa Eysha . Haiqal setia pada janjinya , dia tidak akan meninggalkan aku dan Lisa. Buktinya , hatinya sentiasa berada dalam jasad aku dan hanya hati ini milik Lisa..." kata Farid , menahan air matanya . Sunyi. Diam. Bisu. Tiada suatu bunyi pun yang kedengaran .

           Seketika , Yana berkata "Farid , sampai bila kau nak merahsiakan perkara ini ? Aku tidak sanggup melihat penderitaan kau dan Lisa ... Tolonglah , aku merayu pada kau Farid . Jangan hampakan Lisa . Aku tahu kau boleh bahagiakan Lisa , ingat janji kau pada Haiqal . Dia pasti gembira melihat pengorbanan yang kau lakukan," balas Yana sambil terus menangis. "Lisa percaya ke pada aku nanti ? Mungkin dia makin benci aku kerana hati ini kepunyaan Haiqal... Aku tidak sanggup . Aku sudah mula menyayangi Lisa . Aku takut kehilangan dia." "Tidak Farid , Lisa perlukan kau . Perlukan hati kau untuk mengganti tempat Haiqal . Percayalah , Lisa pasti dapat menerima kau dalam hidupnya . Jangan risau , biar aku yang berterus - terang dengan Lisa.  Kau berehatlah , jangan fikir fasal mimpi tadi . Ingat , aku sentiasa menolong kau dan Lisa," kata Yana sebelum mematikan telefon .

* * * * *
             Sampai sahaja Lisa di bilik , dia terkejut melihat mata merah yana. "Yana kenapa nangis ? Kau sakit ya?" "Yana diam ,menggelengkan kepala . Lama dia menatap wajah Lisa . "Alah, cakaplah Yana. Kenapa nangis ni ?" "Lisa , aku nak tanya ni .. kau sayang Farid tak?" "Haha, mestilah sayang . Farid baik sangat dengan aku . Kenapa ?" jawab Lisa berseloroh . "Bagaimana pulak dengan Haiqal ?" Lisa diam.  Perlahan- lahan , air matanya tumpah . Hatinya pilu bila ada yang menyebut nama Haiqal . Dia tidak pernah membenci Haiqal . Cuma rindunya terhadap lelaki yang bernama Haiqal Darwish itu terlalu menggunung . Belum sempat Lisa membalas pertanyaan Yana , Yana segera bersambung . "Lisa , Farid perlukan kau sekarang..." "Kenapa dengan Farid ? Dia sakitkah ? Mana dia ? Dia okey tak ?" Makin laju air mata Lisa . Dalam fikirannya sudah terbayang bukan - bukan . "Yana , mana Farid ? Aku nak jumpa dia . Aku takut , Yana . Aku tak mahu kehilangan Farid macam kehilangan Haiqal ... Memang aku masih sayang Haiqal tapi hati aku tak mampu berbohong . Aku sudah mula menyayangi Farid macam aku menyayangi Haiqal." tutur Lisa sambil tersekat - sekat menahan tangis . Yana juga turut menangis . Dia bingung . Bagaimana harus dia memberitahu Lisa perkara sebenar dalam keadaan Lisa begini . Namun kalau disimpan - simpan , pasti Lisa akan terluka . Lalu , lambat - lambat Yana memulakan cerita . "Tadi Farid tepon , Lisa takda . Dia mimpi ngeri tadi. Farid mimpi dia nak pergi jauh." Esakan Lisa makin kuat . Dia perlukan Farid . Dia mahu menenangkan Farid. "Lisa ... sebenarnya Farid sepupu Haiqal. "Apa?!"

            Yana menceritakan segalanya kepada Lisa . Sepanjang cerita itu dibuka , Lisa hanya menangis tersedu -sedu . Dalam fikirannya teringat bayangan Haiqal dan Farid bersatu . Dia sayang Haiqal . Sayang sangat , begitu juga Farid . Lisa tidak marah walau sedikit pun terhadap Farid . Dia langsung tidak merasakan bahawa Farid perampas hati Haiqal . Baginya , Haiqal telah melakukan suatu perkara yang mulia dengan mendermakan hatinya kepada Farid . Tiada siapa yang perlu disalahkan . Takdir Tuhan , tiada siapa yang mampu menghalang . Kita hanya merancang , selebihnya Tuhan yang menentukan . Sungguh dia merindui Haiqal namun dia harus redha atas pemergian Haiqal . Baginya , sudah cukup masih ada lagi sekeping hati lelaki yang amat dirinduinya masih hidup untuk menemaninya menjalani kehidupan ini walaupun jasad berbeza . Setelah hatinya sudah mulai tenang , dengan saki - baki air mata yang mengalir , Lisa memandu kereta ke rumah Farid. "Farid , Farid . mana awak ? Keluarlah..." kata Lisa dari luar pagar . "Lisa , kenapa ? Eh kenapa menangis ni ? tanya Farid risau sambil berlari ke arah Lisa." "Farid jahat , Farid jahat." Bentak Lisa sambil memukul - mukul dada Farid . "Kenapa dari dulu tak bagitahu Lisa perkara betul ? Lisa perlu tahu , bukan ?" balas Lisa sambil menangis . Terhincut - hincut bahunya menahan tangis . Farid terdiam . Sekeping hati lelakinya tersentuh . Lalu dia menggenggam tangan Lisa . "Ampunkan Farid ya . Saya takut untuk berterus - terang dengan awak . Tapi saya janji , saya akan membahagiakan awak sampai bila - bila . Farid cinta Lisa dan Farid masih ingat janji Farid terhadap Haiqal..."

* * * * *
"Papa , papa . Jum makan. Kami laparlah ," rengek Tina Batrisyia dan Aiman Daniel. "Sebentar ya sayang , papa nak panggil mama dahulu." "Mama buat apa tu , papa ?" tanya Aiman. "Mama sedang menulis diari . Diari itu menceritakan tentang segenap perkara yang terjadi dalam kehidupan mama kamu , sayang." "Ohh , mesti mama ada cerita fasal papa jugak kan ?" tanya Tina pula . Farid tergelak  . Aduhai.  Petahnya dia berkata , macam Lisa . Dari jauh , Lisa tersenyum memandang Farid dan anak - anak kembar mereka yang berusia lima tahun itu . "Mama , jumlah makan . Aiman , Tina dengan papa dah laparlah ... "jerit Aiman . Lisa segera bangun. "Sekejaplah sayang , mama datang ni .' Usai makan , mereka pergi ke persisiran pantai di tempat yang mula - mula mereka mengumpul kenangan dahulu . "Abang , terima kasih atas segala yang terjadi, Lisa sayang abang." "Abang pun sayang Lisa juga. Terima kasih kerana menerima abang dahulu . Hati ini , milik Lisa . Sampai bila - bila pun milik Lisa." Lisa tersenyum , digenggam erat jari suaminya , Farid Zakuan . Terima kasih Ya Allah , aku bahagia sekarang . Alhamdulillah... bisik hati kecil Lisa. Haiqal Darwish, terima kasih untuk hati ...


"Cinta tidak semestinya datang sekali. Bila kecewa dengan cinta pertama yang tidak kesampaian, berdoalah untuk mencapai kebahagiaan dalam cinta yang kedua."