Sunday, 12 August 2012

tenanglah di sana

Assalamualaikum.

pagi tu papa pergi kerja macam biasa. dan macam biasa juga papa kena hantar daniel ke sekolah dulu sebelum pergi tempat kerja. pagi tu hujan lebat. pagi tu juga kereta banyak sangat. jalan licin. sampai je dekat simpang empat cheng, semua kereta macam tak dapat jalan. ada accident rasanya. papa cakap, lahai ni lambat nak hantar adik, nak ke tempat kerja lagi. memang pagi itu pun papa dengan adik terlambat bangun. 

bila kereta dah bergerak, papa dengan daniel memang nampak accident. motor dengan kereta. orang yang menunggang motor tu dah tak ada nyawa sebab darah dah berlumuran merata rata. muka dia teruk, badan habis luka luka. dekat situ ada kereta polis. bila papa dah semakin dekat dengan tempat kemalangan, papa dengan adik nampak ada teksi. pemandu teksi tu macam cakap benda dekat polis yang mengawal keadaan. lepas je pemandu teksi tu cakap, dia bergerak naik teksi dan bawa penumpang yang tunggu dalam teksi dia. dan masa tu juga polis tadi terus tutup mayat tersebut dengan surat khabar. mungkin dia pesan dekat polis tu supaya tutup muka mayat tersebut sementara menunggu ambulans sampai. sebab aib kan. selepas tu macam biasa papa hantar adik dan terus ke tempat kerja. 

esoknya mama beli surat khabar. papa terkejut bila terbaca artikel mengenai kemalangan yang berlaku dekat melaka and benda tu cerita pasal pemandu teksi dan mayat tersebut. rupanya mayat tu adalah anak lelaki kepada pemandu teksi tersebut. anak dia yang menunggang motor tu mati di tempat kejadian selepas kena langgar dengan budak tingkatan enam yang nak ke sekolah pagi tu. mungkin jalan licin, semua orang nak cepat ke tempat masing masing. pemandu teksi tu menangis sedih selepas mendapat tahu bahawa anak dia telah pulang ke rahmatullah. bila ditanya balik semula, dia cakap pagi itu hati dia terasa lain. selalunya bila ada kemalangan dia tidak pernah turun dari kereta. tapi pagi tu dia turun dan suruh polis untuk tutup mayat tersebut dengan surat khabar tanpa dia tahu bahawa itu anak dia. sebab keadaan mayat yang sangat teruk.

bila papa cerita balik, safra rasa sedih sangat. mama, maria, papa dengan adik pun sama sedih. tapi papa dengan daniel mesti lagi terasa sedihnya sebab mereka berdua nampak keadaan yang berlaku pada pagi tu dan mereka tengok pak cik pemandu teksi tersebut. mesti lagi terasa sedih dan kesian dekat pak cik tu. sesungguhnya ajal maut ditangan Tuhan. pagi tu mungkin Allah nak beri peluang terakhir kepada pemandu teksi tu untuk membuat perkara terakhir dekat anak dia. semoga dia tabah menghadapi dugaan Allah ini :'(

Al-fatihah.