Sunday, 17 November 2013

pindah rumah

Assalamualaikum.

hari ni hari Isnin. letih sangat sangat sangat sangat (awak sambung lagi perkataan sangat tu) balik kelas tadi. satu hari rasa sedih. sebab saya tak paham mathematics. lagisatu sebab exam dah dekat, tu yang lagi buat sedih haha. lagisatu sebab profesor ni, suka sangat buat kita terharu. rasa nak nangis je depan dia. janganlah nasihat saya macam awak dah nak pergi jauh. saya ni dah lah senang banjir. nasib baik reti malu hehe. sebenarnya hari Jumaat lepas baru je pindah rumah ke Shirley Drive, West Sussex. 

so last week kita pindah rumah. sebab rumah lama jauh, kalau siapa yang baca entri lepas pasal jarak masa yang ambil untuk ke kampus mesti tau. memandangkan sekarang pun dah musim winter, memang cepat gelap dan sejuk. kita pindah ke Shirley Drive ni dekat, 10 minit je ke kampus naik bas ke Brighton Train Station and walking distance 5minit. kampus saya memang sebelah train station brighton yang besar ni hehe. hari hari dengar hon keretapi. hari hari nampak keretapi. sekarang nak cerita pasal pathway dari rumah baru ke kampus. so kalau dulu bus stop yang hari hari kita tunggu bus Hangleton Road Twitten, St Peters Church atau Court Farm Road, sekarang dah lain. sekarang atas bukit, boleh nampak view yang sangat cantik. bus stop yang kena naik hari hari, Woodruff Avenue ataupun Top of Woodruff. kalau bus stand dekat top of woodruff, bus number 27, 27B and 27C route dari Westdean ke Saltdean or Saltdean ke Westdean. if naik bas dari woodruff ave, route bas adalah dari Meadowview*Queen's Park to Goldstone Valley atau Goldstone Valley via Meadowview*Queen's Park, bus number 81,81A 81B 81C and 81E.

saya taknak la ingat pengalaman pindah rumah angkat barang haha. sangat sangat penat. takde pun superman berbadan sasa atau iron man si hero yang datang tolong. captain amarika yang tough pun takde tolong kita yang lelah angkat beg and kotak banyak. dah la pindah pukul 5 petang. macam pukul 12 malam gelapnya. dengan sejuk lagi. winter coat pun entah apa apa, dengan driver taxi yang menguji kesabaran huuu sabar je yang kita mampu. saya tahu la awak penat bawak taxi dari pagi sampai malam sampai pagi balik sampai malam haha tapi saya laaaagi penat angkat barang turun naik tangga. dah la awak bising sebab traffic tapi jangan la bising dekat saya. tak kesian ke saya dah nak nangis dah dalam cab masa tu. sekeh kepala awak nanti baru tau. masa penat angkat barang ingatkan saya nak ajak driver taxi tu masuk rumah tolong angkat, tapi dia pulak lelaki entah mana mana tak kenal. terpaksa la buat sendiri dengan kawan perempuan dua orang. nasib baik kali ni pindah ada housemate sekali. tak rasa sunyi sangat.

tapi alhamdulillah rumah dah siap kemas. dua hari je masa kemas rumah hehe. nasib baik hari jumaat yang pindah tu takde kelas. lepastu sabtu ahad weekend. hari sabtu keluar beli towel, beli groceries, hair dryer, baju and macam macam. stock musim sejuk haha. macam chipmunk dalam cerita alvin and the chipmunks, tupai tu letak stock waffles bawah carpet. before lupa, rumah baru ni ada kucing dua ekor. satu letak nama Cookie satulagi nama Scribble heheh. comel angaaatt. sebab dedua tu brothers. Cookie bulu semua sama colour, Scribbles pula pakai stokin dekat empat empat paw. Aawwhh comel. nanti rajin rajin kita letak gambar cookie dengan scribbles.

okdah saya kena belajar sekarang. ada exam lagi 12 hari. fuh siap lagisatu entri. bangga kejap hehe. sebab nak curi masa punyalah susah. bila dapat update blog ni rasa sangat happy macam baru dapat senduk nasi yang baru ok gurau. hehe

Thursday, 31 October 2013

hidup pelajar

Assalamualaikum.

lama juga tak update blog dengan proper. hehe minta maaaaf. saya hutang banyak sangat cerita. kalau nak cerita pun macam dah lapuk je. siapa nak baca cerita dah lama. kan. sorry semua orang, hidup punyalah busy hanya Allah je yang tahu. lagisatu macam tak tau nak mula cerita macam mana. kita mula dari tengah or hujung, pandai pandai semua orang yang membaca susun yang mana cerita datang dulu. ok? kalau boleh, hari hari nak update blog. kalau boleh setiap masa nak buat entri baru. kalau boleh, semua nak. kalau bolehlah. 

sekarang dah daylight savings. kena tau yang tiap kali winter, akan ada perubahan waktu sebab daylight savings. kalau beza malaysia dan UK selalunya 7jam, masa winter ni akan jadi 8 jam. pukul 4.30pm dah maghrib and gelapnya macam dah 9malam. sebabtu kalau ada kelas habis pukul 5pm, awal awal lagi dah message housemate suruh tunggu hahaha. sebab kena juga balik dengan dia. if not kena jalan balik sorang and gelap sebab to get to reach home, kena lalu pathway yang sangatlah narrow dengan eerie looking. tapi setiap hari kena guna jalan tu sebagai salah satu alternatif or else, jalan besar ada tapi kena berjalan kira-kira 7 minit sebelum sampai ke jalan besar tu, Hangleton Road. dan saya sememangnya sangatlah malas nak naik bas dari jalan besar. belum naik bas dah mengah dengan sejuk and foggy, kesian jantung tak cukup oksigen nak sedut nafas. ambik ko, saintifik sangat. 

pasal kelas, bolehlah nak cakap so far so good. tak ada apa yang seronok nak cerita hehe sebab pra-univ basically belajar terus pasal course. so sebelum buang masa dengan course yang masih tak yakin nak buat, baik jangan suka hati pilih. make sure dah tau apa nak buat baru pilih course apa yang betul betul nak buat. and belajar dekat univ ni senang banyak la dari sekolah sebab habis je sem tukar subjek lain. kalau paling habis teruk pun nak struggle, dalam 3 bulan je lepastu next semester dah tak perlu pikir pasal previous subjects. 

kalau orang tanya macam mana si safra commute pergi kelas setiap hari. sebenarnya kita naik bas. bas yang colour merah yang semua orang tengok dalam tv tu. yang double decker simbolik untuk UK. hamboi bukan main detail lagi kan kita explain pasal bas heheh. macam sekarang, kampus dekat Town Brighton. rumah pulak dekat Hangleton, Hove. setiap hari kena ambik bas untuk 30-35 minit. lepastu ada lagi 10 minit jalan dari bus stop sampai kolej. itu kalau turun dekat London Rd Shops. kalau mood lain, turun dekat Churchill Square. ini ambik masa 25 minit bas tapi kena jalan dalam 25 minit untuk walking distance. oh sebelum terlupa, bas yang kena ambik number 5, 5A, 5B atau 14C. basically bas nombor 5 and 5A adalah route dari Patcham ke Hangleton atau Hangleton ke Patcham. lepastu bus 5B route dari Hollingbury ke Hangleton atau Hangleton ke Hollingbury. yang 14C punya route bas, dari Peaceheaven *Newheaven via Hangleton ke Brighton St atau Brighton St ke Peaceheaven *Newheaven via Hangleton. susah nak faham? hehe takpe. fahamkan lagi. selain tu kalau rajin naik train, kita naik train la. dari rumah nak ke train station walking distance 20-25 minit. lepastu ada 2 stop je hahaha. buang current punya transport kalau naik train. habis duit je ticket train lagi mahal dari ticket bus. tapi sebab kita international student dekat sini, saya ada seasonal pass for both bus and train. muraaaah sangat dapat. kalau ticket mahal berdentum berpuluh puluh £ habis, saya dapat £5 and sometimes lagi murah dari 5 pound. macam bas kira free la. suka hati anak kucing je tap. naik bas tap, naik bas tunjuk kad.

sama macam pergi kelas dan balik kelas, sama juga naik bas. kecuali sejak musim winter ni, nak balik rumah tak tahan sejuk bila malam lain macam. haruslah kesian dekat kita, Brighton ni penjaga laut English Channel hahha. pantai brighton tak boleh mandi. awak mandi, lesap terus tak jumpa. ombak jangan cakap, memang besar sebab "laut lepas" (laut yang takde benteng, laut besar terus lepas ke lautan yang besar) laut macam ni terus curam bawah air. faham kan, kalau tak faham buka buku geografi. angin laut lepas sejuk dia sampai tulang hitam, campur dengan atmosfera yang tiap hari makin sejuk, campur dengan kapasiti angin yang adakala cecah 40kmh dengan hujan lagi. dengan keadaan cuaca yang sampai 1 suhu atau 0 darjah. rasa sangatlah rimas. baju basah beg sekolah basah. tudung tak payah cerita. senget benget. pakai payung pun sangatlah tak efisyen. payung awak dari bentuk cendawan jadi macam bunga kuncup. boleh bayang tak? kalau tak boleh bayang takpe haha. jadi, time time macam ni la bas and train kena tolak tepi sebab kena pikir pasal walking distance nanti. waktu desperate macam gini lah safra selalu naik teksi sampai betul betul depan rumah. kos teksi £8 dari town ke hove. tapi macam biasa, depends dengan traffic. keadaan cuaca yang selalu hujan boleh buat kos tambang teksi bertambah. 

lepas hampir 3bulan dekat sini, baru ada entri yang paling proper untuk cerita keadaan dekat sini. adoi safra hang paling lambat la. haha rilek brader brader rilek. nak buat macam mana hidup saya berubah dekat sini. nak curi masa untuk cerita semua bukanlah senang dan semudah dulu. 

macam sekarang, awak taktau saya kena turun bawah sebenarnya nak masak. housemate dekat sebelah ni dah ajak turun suruh masak untuk diaorang. dulu dekat malaysia ada bibik yang masakkan, kemaskan bilik, gosokkan baju. senangnya hidup waktu tu hanya Allah je yang tahu. macam anak raja. sebab saya datang dari family yang mungkin orang lain akan cakap, (.........isi tempat kosong sendiri........). tapi sebenarnya tak pun. saya datang dari keluarga yang biasa biasa, rezeki dari Allah juga.

tapi safra nak tegaskan dekat sini. tak kisah la keluarga senang atau tak, hidup awak sendiri yang hias. hidup awak sendiri yang lalui. sampai masa semua benda kena buat sendiri. dan saya sangat bersyukur walaupun masih muda belia dah berpeluang untuk hidup sendiri. safra ajar juga diri untuk jadi susah macam orang lain. eh kejap lagi sambung kena masak kejap.


**************

sambung yang tadi. perut pun dah kenyang. masak tomyam je. so ni lah hidup kita sedikit sebanyak bila dah kena hidup sendiri. lupa pula nak cerita pasal sabtu ahad. boleh dikatakan tiap minggu sabtu dan ahad memang tak duduk rumah la. confirm keluar jalan jalan study dekat park atau beli groceries. tak pun keluar jalan town. rehatkan minda rehatkan segala nerve and urat yang berselirat haha. kadang balik kampung. untuk hilangkan rasa rindu kampung di malaysia, saya balik kampung dekat croydon ataupun manchester. dari brighton ke croydon, sangat senang sebab naik train je duration hanya 40mins, bergantung berapa stesen train tu stop. normally safra naik train yang ke London Victoria yang ada 4 stops je and kita make surekan yang train tu pergi Haywards Heath, Crawley, East Croydon, London Victoria. kalau sometimes malas nak pikir pasal stations, memang kadang kadang berjam juga naik train nak sampai sebab ada banyaak stesen. kalau mood rajin and coursework tak banyak, balik la manchester. nak balik manchester payah sikit la. mahaaaalll. hehe ticket mahal bebeno. £70 sometimes £70 lebih mana nak cekau duit banyak. lepastu duit teksi dekat manchester lagi. sejak exam makin dekat ni baru duduk rumah. duit pun nak kena simpan sikit. 

percayalah wahai pembaca sekalian, bila dah lama tak menulis entri akan menjadi sangat panjang sebab kita cuba nak compress kan semua cerita jadi satu. dan percayalah wahai pembaca, untuk siapkan satu pos ini pun. kita dah ambik masa berhari hari berminggu minggu untuk publish. save dalam draft dulu. lepastu ada idea tambah lagi and save balik. minggu depan buka blog tengok ada draft. tambah lagi pengalaman. memang sangatlah seksa nak hasilkan satu pos pun. percayalah wahai pembaca, sesungguhnya daku sangatlah merindui online diary ni untuk cerita kisah hidup kita yang serba indah ini tapi apakan daya. masa sangat sayang dekat kita hehe. sampaikan sanggup berjalan pantas tak bagi kita update. madang je lupa ada draft dalam blog. jadi, inilah serba sedikit cerita yang mampu dikongsi setakat ni. 

Sunday, 15 September 2013

Pesan Mama

Hari ini Mama tinggalkan seperempat hati Mama di bumi Brighton bertuah ini. Agar bisa menemani Kakak walau ketika detik mana pun ~ kala senang (Mama pasti akan gembira bersama), kala susah (Mama cuba utk menggalas juga), kala suka (ketawa Mama pasti lebih kuat) hatta kala susah (Mama pasti akan mengusap bahumu sambil menahan airmata).

Anak Mama besar sudah....Kakak kini menggalas tanggungjawab mencorak masa depanmu sendiri. Terbanglah kakak...pergilah ke mana sahaja, terbanglah setinggi mana; doa Mama & Papa mengiring setiap detik waktu sayapmu berdesir. Aturlah langkahmu satu persatu demi menggapai pelangi di kaki langit. Percayalah perihal keindahannya walau tiada siapa pernah menggenggam di tapak tangan. Andai anak Mama yang satu ini bakal menjadi srikandi pertama mengendong pelangi dalam dakapanmu, yakinlah Mama Papa adalah orang pertama yang sanggup membantu menongkatmu di kiri kanan bahu.

Cuma ingatlah pesan Mama Papa yang tidak seberapa ini.....

"Bermimpilah setinggi langit
Andai terjatuh masih disambut awan
Pasanglah anganmu di bintang malam
Biar kerdipannya menyuluh segenap alam
Cuma....
Dalam kalut mengejar cita
Ingatlah bahawa kita masih punya warisan bangsa
Yang kaya dengan tatasusila
Tidak Melayu hilang di dunia...

Walau di mana bumi berpijak
Langitnya tetap sama....
Dunia ini bukan untuk dibimbit
Kita hanya menumpang teduh
Maka bersyukurlah dengan setiap anugerah yang diterima
Kerana....
Kita punya tanggungjawab terhadap Pencipta.

Mulakanlah setiap langkahmu dengan kalimah Allah Maha Agung Mohonlah keberkatan dalam setiap usahamu
Usai segala ikhtiar, jangan derhaka dari mengirim kata syukur buat Illahi.
Bersandarkan ilmu dan kalimah terbendung di dadamu,
Yakinlah....
Kakak mampu mengutip mutiara pengalaman sepanjang perjalanan
Takkan sesukar mana kalau melihatnya sebagai jihad.

Mengertilah hai anak
Walau tiada getar suara Mama Papa
seiring masa rindu dipuput bayu
Walau tiada tampak sinar jernih mata bundarmu
Kasih bertali tiada sempadan
Langitmu langit Mama Papa jua sebening bicara kata jiwa tertaut sama
Redhakan kejauhan yang sementara
Demi untuk nafas yang lebih rela
Percayalah....titipan doa Mama Papa takkan putus membasahi jiwa..."

Kak, kita telah melakar sejarah tatkala kaki melangkah ke perut pesawat. Mama Papa membedung dirimu dengan pesanan yang mungkin kolot kedengarannya. Namun, inilah hakikat prinsip hidup keluarga kita. Biar tidak moden, asalkan hidup kita berkat dengan limpahan baraqah Illahi. Maruah dirimu tiada gantian, harganya bukan segunung intan. Maka, peliharalah ia untuk yang punya hak....yang menatang mahar. Harapnya, sejarah kejayaan kakak kelak akan menjadi rujukan adik2 yang menanti di belakang. Yang bakal menyusulmu di sana kemudian nanti.......

Peluk cium Mama Papa untuk anak kami yang berani menentang arus....
Amin Ya Allah!

Ya Allah Tuhan, tabahkanlah hati Mama dan Papa :'/ Kuatkan semangat hambaMu di sini Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, 2 September 2013

UK saya datang

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, telah selamat tiba di London St Pancras International.
Selamat menimba ilmu di perantauan, Safra :)

Sunday, 7 July 2013

ktj: friends & infinity


farewell, dearest friends.