(Sejarah, Hukum
dan Situasi berkaitan dengannya)
Berbakti
kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan
pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini
menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa
individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari seperti Hari Ibu, Hari
Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain.
Baru-baru ini
merupakan Hari Bapa di seluruh Spain. Umum kita tahu setiap perayaan berbeza
mengikut negara masing-masing, bergantung pada
sejarah dan adat atau kepercayaan sesuatu negara itu. Di Malaysia, Hari Ibu disambut
pada ahad kedua bulan Mei, manakala Hari Bapa disambut pada ahad ketiga bulan Jun.
Selaras
dengan sambutan-sambutan ini, terdapat beberapa isu hukum fatwa yang timbul atas dasar
pra-sejarah, bagaimana asal-usul, dari mana timbulnya hari-hari demikian dan bagaimana
dimulakan. Memandangkan hari-hari bersejarah demikian ada pelbagai versi dan dipegang
oleh salasilah mereka yang tergolong dalam bukan Islam terhadap sesuatu
peringatan, jadi ia dipatenkan demikian oleh golongan kita apabila berkait
tentang hukum dan agama.
Sedikit sejarah tentang Hari Ibu dan Hari Bapa
1. “Bagaimana bermulanya sambutan hari
ibu?"
· Di Greece, Hari Ibu disambut sebagai
penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
· Di Amerika Syarikat, Hari Ibu
disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis
sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic"
(TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
· 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia
telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya
mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan
Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad
kedua dalam bulan Mei.
2. "Bagaimana bermulanya sambutan
hari bapa?”
Mengikut
sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki
dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai
1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama
Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.
Hari Bapa
digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan
sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson
Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian
membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang
pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.
Jadi apa hukumnya sambut Hari Ibu dan Hari
Bapa?
Ulama’
berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara ini dan secara umumnya mereka
terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:
(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya
ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan
fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara
bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2.
)Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga
adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi
hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan. Pandangan kelompok kedua boleh
diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari seperti Sheikh Faisal
Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis
ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang
juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr
Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa tetapi
dengan dua syarat:
- Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu dan bapa.
- Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
Kefahaman tentang situasi berkenaan Hari Ibu
dan Hari Bapa
Selepas kita
mengetahui sejarah dan hukum tentang Hari Ibu dan Hari Bapa ini, mari pula kita
applikasikan situasi yang kebiasaanya kita lalui. Setiap situasi adalah berbeza
dan semuanya bergantung sebagaimana kita melakukannya.
Jawapannya
cukup mudah, kita pegang pada tiga kata kunci ini:
CARA: Apa yang kita lakukan terhadap
sambutan dan tanda memperingati, bagaimana cara meraikan?
NIAT: Faktor utama dan sub-faktor kita seronok
mengucap dan meraikannya, kenapa?
SIAPA: Dari siapa dan untuk siapa kita melakukannya?
Jikalau ada
sesuatu keadaan di mana seseorang cuma mengucapkan Selamat Hari Ibu atau
Selamat Hari Bapa (CARA), untuk ibu
dan ayahnya (SIAPA) sebagai tanda
memperingati atau penghargaan (NIAT) tanpa
melibatkan perasaan yang terlalu taksub atau melalaikan. Maka, situasi ini
tidaklah jatuh kepada HARAM.
Apapun
semuanya bergantung kepada aqidah (kepercayaan ) kita dan tujuan ASAL kita
meraikan sesuatu itu. Jangan terlalu terikut dan jangan hanya mengikut. Dan
agama juga bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya, dan
jangan terlalu pula menentang apa yang betul.
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ
وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak
menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’,
ayat 23)