Sunday, 7 February 2016

kahwin muda


tajuk pos atas ni tak tahan sangat. hehee hari ni saya terdetik untuk berkongsi beberapa tips untuk mereka di luar sana yang merancang untuk kahwin awal consider dan pikirkan sebelum teruskan niat berkahwin. haaa takut tak nak kahwin? hihii nakalnya safra ni mengusik orang. perkahwinan tentunya datang dengan tanggungjawab dekat kedua2 suami dan isteri. kahwin saja memang senang tapi persediaan untuk jadi suami dan isteri, seterusnya ibu dan bapa itu dah bersediakah?

nak kahwin tak boleh suka hati lafazkan kata cinta lepastu boleh terus kahwin. bukan senang macam cerita fantasy fairytales yang selalu kita semua impikan. untuk dapatkan sesuatu yang baik mesti la ada proses dan stages. bukan senang untuk bina masjid dan bukan senang juga untuk pertahankan masjid yang telah dibina. bina masjid is a new thing for all. pertahankan masjid pula is one whole another new thing.
baik mari kita mulakan dengan definisi kahwin.

apa itu kahwin?

Perkahwinan atau Nikah dari segi bahasa bermaksud berkumpul atau bercampur. kalau dari segi syarak dan Islam, maksudnya Ijab dan Qabul yang menghalalkan percampuran (persetubuhan) antara seorang suami dan isteri.

dekat sini safra taknak sentuh tentang hukum2 dalam perkahwinan dan jenis2 perkahwinan seperti poligami, monogami etc. yang itu saya serahkan bulat2 dekat para pembaca untuk mendalami ilmu bahagian itu masing2 ye. sama juga seperti perpisahan dan fasakh, talak dan khuluk etc. sebab saya pun tak berapa gemar nak bercakap topic2 di atas hehe. pun bolehh. haha. pernah sekali tu safra dengan suami ternampak perbincangan pasal perkahwinan dan pencer**** (hihi sila eja sendiri ye kawan2) dekat social yang semakin berleluasa sekarang ni. tiba2 suami saya

"abang tak berani nak sebut or eja benda yang huruf C tu. tapi ada jugak setengah lelaki senang nak lafaz benda tu"

saya: hahahahahaha (awwh comelnya suamiku)

memang husband saya tak pernah sebut perkataan tu walaupun untuk menunjukkan contoh. walau dalam percakapan pun dia akan sebut "berpisah" atau "tak sama2 dah" hehe. ok mari sambung balik

apa pula Ijab dan Qabul?

Ijab ialah suatu pernyataan si perempuan yang bersetuju untuk diikatkan dengan seorang lelaki untuk dijadikan suaminya yang sah dan disampaikan oleh walinya, manakala Qabul pula adalah pernyataan si lelaki untuk menerima si perempuan dengan sepenuh hatinya untuk dijadikan isterinya yang sah.

bila si lelaki melafazkan "aku terima nikah (.....................) dengan mas kahwinnya (...............) tunai,"
mungkin ayat ini nampak mudah dan tiada apa secara dasarnya tapi maksud di sebalik lafaz akad ini ialah

"aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga tinggalnya solat, aku yang tanggung dan bukan ibu bapanya yang menangung dan aku juga tanggung semua dosa bakal anak-anakku kelak. jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah."

sebak pula bila baca makna tersirat lafaz akad nikah ni. jadi para isteri sekalian yang solehah mesti la kena sentiasa berhati baik, menjaga maruah, menutup aurat, sentiasa taat dan hormat dekat suami. sebab segala dosa kita si suami yang tanggung. begitu juga anak2. betapa besarnya tanggungjawab seseorang yang bergelar suami. terima kasih abang :')

jadi sekarang dah paham definisi perkahwinan dan ijabqabul, boleh la saya bercakap tentang tips dan perkara yang perlu consider sebelum kahwin, especially mereka yang merancang untuk kahwin awal macam safra. sebenarnya tak la sesusah mana untuk minta keizinan kahwin awal. tapi semestinya kena sediakan diri juga ye. tak boleh terus nak kahwin sebab tengok kawan2 kahwin tapi sebenarnya diri sendiri pun taktau lagi tentang hukum, agama dan tanggungjawab.

nak kahwin pun ada tips. jadi di bawah ni safra letakkan tips2 yang boleh kita sama2 tengok dan pikirkan. memang membantu sangat semua tips ni. kalau teringat balik sebelum saya dan suami decide untuk kahwin, inilah semua tips2 yang kami berdua amalkan. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Allah permudahkan. walaupun tips2 ni tak la semuanya seratus peratus betul tapi sekurangnya boleh la pertimbangkan sebelum mendirikan dan selepas rumahtangga. kahwin awal dan kahwin masa dah kerja dan berjawatan tak sama tau. kahwin awal perlukan sebanyak sedikit perediaan yang lebih rapi lagi dan kena pikir lebih dalam lagi atau pikir masak2 lagi. sedangkan bila terlintas nak kahwin masa umur 26 atau 27 pun kena pikir betul2, apatah lagi bila berniat nak kahwin awal 20an (macam safra, kahwin masa 19 tahun masa umur belum pun cecah 20)

Agama

1. niat perlu betul
niat kahwin mestilah sebab Allah SWT. bukan sebab nafsu ye. jangan rasa nak kahwin sebab tak sabar nak rasa seronok dapat pegang tangan, berpeluk dan sebagainya. kahwinlah sebab nak Allah redha hubungan kita dan kahwinlah sebab nak akhiri hubungan kita dengan ikhlas kerana Allah, untuk mendapatkan keredhaan Allah. perkara pertama yang kita kena betulkan memang niat, sebab dengan niatlah segalanya akan senang terjadi. niat yang baik dan ikhlas, Allah akan permudahkan. insyaAllah

2. ikhlas berdoa dan minta petunjuk Allah
doa adalah senjata para mukmin. bila nak kahwin, doalah antara benda yang kita tak boleh tinggal. setiap hari, setiap waktu, setiap masa kena banyakkan berdoa. banyakkan mohon petunjuk Allah. kita tak akan tahu kehebatan doa sampailah Allah tunjukkan dekat kita betapa hebatnya kuasa berdoa itu, betapa besarnya kuasa memohon sesuatu daripadaNya. Allah maha mendengar, Allah sentiasa mendengar permintaan hambaNya. walaupun bila kita meminta sesuatu yang nampak seperti sukar, tapi kuasa Allah tiada tandingan. semua perkara terjadi atas kehendak Allah. kita hanya makhluk Allah yang kecil dan kerdil, tiada benda lain yang besar selain Allah.

3. jaga ibadah
solat dan amalan harian kena jaga. jangan bila dah kahwin baru nak mula jaga seolah kita tak ikhlas untuk beribadah kepada Allah. bila nak kahwin baru nak tekun dan istiqamah jaga solat. dengan bersolat kita akan lebih tenang dan mampu buat keputusan dengan baik. Allah juga akan permudahkan urusan kita bila kita sentiasa ingat kepadaNya. hapuskan sifat riak dan bongkak terhadap Allah, seperti bila perlukan pertolongan baru memohon kepada Allah.

Ibu bapa dan sikap 

1. restu ibu dan bapa
yang ini sangat2 penting ye. memang untuk setengah orang susah nak bagitau mak ayah pasal kahwin. lebih2 lagi umur muda, sebab takut mak atau ayah tak setuju dan restu, takut pelajaran dan kerjaya entah ke mana. bila mak dan ayah tak izinkan, jangan pula kita masih berkeras dan memaksa mereka. usaha lagi dan pujuklah kedua2 mak dan ayah. ingat, makin hari makin terbuka pintu hati mak dan ayah kita bila nampak kesungguhan kita. kalau kita terus putus asa dan tunjuk tanda protes, makin susah untuk mak dan ayah izinkan kita berkahwin. sebenarnya mak dan ayah bukannya menghalang sebab tak sayang kita, tapi sebab mereka risau kalau kahwin muda ni macam main2 dan tak mampu bertahan lama. jangan pula niat nak kahwin lari atau teruskan juga perkahwinan tanpa restu mak dan ayah. restu mak dan ayah penting dalam perkahwinan tau. doa mak dan ayah untuk anak2 akan selalu didengar Allah, kalau kita melawan mak dan ayah tentang hal kahwin. sudah tentu mereka akan lebih tak percaya kita untuk berumahtangga. dalam memujuk mak dan ayah, kita kena banyakkkkk bersabar dan banyakkan berdoa dan positive. jangan cepat ego dan marah. ini tips terpaling penting

2. ikhlas dan jujur
kena selalu tunjukkan sikap ikhlas dan jujur dengan mak ayah. perwatakan ini penting untuk meyakinkan mak dan ayah kita. bila kita betul2 ikhlas dan jujur untuk berkahwin dan anggap perkahwinan ini akan menjadikan diri kita lebih baik, insyaAllah mak dan ayah akan faham dan akan restu dengan permintaan kita. remember, everything has its own time and place. patience is the key for everything

3. tunjukkan kematangan
ini adalah antara benda yang penting, penting dan sangat penting. hehe. tak kira umur berapa pun kalau matang dalam membuat keputusan dan mampu timbang baik buruk sesuatu perkara, insyaAllah orang di sekeliling kita termasuklah bakal suami dan isteri kita pun rasa yakin dengan kematangan kita. memang ada je sesetengah orang umur 25 pun masih lagi mengejek kawan2, memanggil nama dengan tidak sepatutnya, mencarut memaki hamun menyumpah kawan2, masih lagi keluar malam melepak dengan kawan sampai awal pagi, masih lagi ambil remeh sesuatu perkara. sebenarnya kematangan seseorang tidaklah terletak pada umur tapi terletak kepada sikap bertanggungjawab. dan semua ini tak mustahil untuk kita perlahan2 berubah, tadi cakap nak kahwin kannn. kalau nak kahwin, kena la berkorban dan tunjukkan kematangan. jangan ejek2 nama atuk nenek dah ok

4. persediaan diri
tanya diri sendiri, dah bersedia nak kahwin? nak kahwin perlukan persediaan yang teliti. kena mula ambil tahu tentang hukum hakam, tanggungjawab, belajar mendalami agama, perbetulkan ibadah dan macam2 lagi. bila kahwin, kita bukan saja sendirian. kita akan jadi dua. seterusnya mungkin bertiga berempat dan banyak lagi. kalau kita sendiri belum lengkapkan diri dengan ilmu agama, macam mana kita nak bimbing suami atau isteri dan anak2 nanti. sila baca balik lafaz akad di atas. takut tak nak galas tanggungjawab sebesar macamtu kalau kita belum siapkan diri untuk membimbing keluarga kita nanti. walaupun si isteri tak kena tanggung dosa seperti seorang suami, tapi tanggungjawab isteri pun besar juga. kena siapkan diri untuk menjaga maruah, mentaati suami, bersedia menjadi isteri yang diredhai dan menjadi ibu kepada anak2 yang akan datang.

5. duit simpanan
memang betul bila kahwin, tanggungjawab mengadakan majlis untuk para pengantin adalah kedua ibu bapa si pengantin. tapi pengantin sendiri mesti ada duit simpanan. janganlah kita membebankan mak dan ayah dengan majlis kahwin kita. tak dapat sumbang banyak pun, sumbang sikit pun tak apa. sekurangnya mak dan ayah nampak kesungguhan kita kumpul duit untuk berkahwin. bagi saya, kita akan lebih menghargai majlis perkahwinan kita bila pakai duit simpanan sendiri. sebab kita akan rasa sendiri penat lelah dan manisnya kumpul duit untuk hari bahagia kita. nak kahwin mesti la susah2 dulu dan senang2 kemudian

6. tahu tanggungjawab
dalam konteks perkahwinan ni, dah berapa banyak dah saya ulang perkataan tanggungjawab. haha. memang kahwin akan datang dengan tanggungjawab, jadi terpaksa la safra tulis banyak kali. bila nak kahwin, kena tahu tanggungjawab masing2. contohnya bakal suami dan bakal isteri, kena belajar dan ambil tahu lebih detail lagi pasal tanggungjawab. ada orang pernah cakap "tak apa, lepas kahwin nanti boleh belajar pasal tanggungjawab." betul boleh, tapi tak ada salah kalau mula dari awal. ini akan membuatkan kita menjadi lebih yakin dan bersedia untuk kahwin

7. tahu kepentingan (priority)
priority disini maksudnya belajar. saya taknak sentuh hal kerja sebab tajuk pun pasal kahwin muda, maksudnya golongan yang kahwin awal ni selalunya 90% belum bekerja. sama macam safra, saya pun masih belajar masa kahwin dulu. hehe sekarang pun masih lagi belajar. jangan disebabkan kahwin kita abaikan tanggungjawab mencari ilmu. tanggungjawab kahwin dan tanggungjawab menuntut ilmu kena seimbang, walaupun sudah tentu tanggungjawab kahwin lebih penting. bila kahwin sambil belajar, (bukan belajar sambil kahwin ye. papa pernah ingatkan saya dan suami yang: kahwin dan keluarga bukanlah sesuatu yang kita boleh kita sambilkan. sebab kahwin dan keluarga datang dengan tanggungjawab tapi belajar sambil kahwin boleh. sebab semasa belajar, memang kita dah boleh kahwin. betuk tak) kita kena pandai atur masa untuk uruskan rumahtangga dan uruskan pelajaran. saya sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana sebab ini semua bergantung kepada setiap individu. saya yakin, bila dah kahwin nanti setiap orang akan tahu priority. bila waktu sesuai belajar dan bila waktu sesuai basuh baju, memasak, melayan suami isteri, beli barang dapur dan sebagainya. 

8. bijak bahagi masa
masa itu emas. penting untuk seseorang yang berkahwin terutamanya untuk bijak bahagikan waktu. mana nak layan rumahtangga, mana nak layan kerja, nak layan anak lagi dan macam2. sekali lagi benda ini tergantung kepada individu. tapi jangan risau pasal ni sebab bila dah kahwin, kita ada isteri dan suami yang sudi bantu kita untuk atur masa.

9. saling tolak ansur
bila saling tolak ansur antara suami dan isteri, insyaAllah semuanya akan jadi mudah. bila dah kahwin, kena ada "give dan take." tak boleh semuanya suami yang take dan isteri yang give ataupun suami yang give dan isteri yang take. ada masa kerja2 rumah pun suami kena ringankan tulang bantu isteri, terutama untuk isteri yang masih belajar. ada masa isteri pula bantu suami uruskan hal rumah dan lain2. kena saling memaafkan satu sama lain juga, hidup akan lebih tenang dan gembira. bila ada masalah atau salah faham, cuba ingat detik2 manis masa majlis kahwin dan bulan madu. mesti tak jadi nak marah lama2. baik buruk pun masih lagi suami dan isteri kesayangan

10. saling mengingati satu sama lain
remind each other setiap hari, pasal tanggungjawab dan ibadah. atau apa2 saja perkara baik antara suami isteri. teguran dari suami dan isteri tu adalah sesuatu yang positive, untuk menjadikan kita lebih baik dan menjadikan rumahtangga lebih kukuh. untung tau bila dah kahwin, sebab kita akan ada teman yang sentiasa berada dekat dengan kita 24/7 untuk selalu ingatkan kita tentang hidup dan apa tujuan kita berada di dunia. dekat suamilah tempat kita cerita masalah, dekat isterilah tempat kita mengadu masalah. bila sentiasa mengingati satu sama lain, hubungan suami isteri pun semakin rapat. kasih sayang pun bertambah kadang2 rasa tak muat hati ni nak simpan sayang tu hehe

11. berjimat urus duit
sebenarnya sebelum kahwin dan selepas kahwin pun kena selalu tanamkan sikap berjimat duit. mungkin kita tak perlukan duit sekarang tapi di masa depan nanti, kita tak akan tahu bila dan kenapa kita perlukan duit. jadi belajarlah untuk simpan duit walaupun sikit dari awal kahwin. gunakan duit hanya untuk kepentingan sahaja, mana2 perkara lain yang boleh ditangguh bolehlah kita ketepikan dulu. insyaAllah bila ada rezeki duit lebih, baru kita gunakan duit tu untuk perkara remeh.

12. sanggup hidup bersederhana
yang terakhir, kahwin muda ni kena sanggup hidup bersederhana ye kawan2 sekalian. sedangkan mereka yang kahwin lewat pun penat kumpul duit dan makan masa untuk rasa stabil, apatah lagi dengan kita yang kahwin awal. segala keinginan kena tangguh dulu. kena sabarkan hati bila tengok mereka yang stabil mampu beli dan dapat macam2. kita yang masih di bawah kena naik tangga perlahan2 bersama suami atau isteri. tak boleh terus berlari nanti dua2 terjatuh. sabarlah, insyaAllah sampai satu masa kita juga akan stabil dan mampu miliki setiap benda yang kita inginkan. ada pasangan pengantin yang kahwin muda tak perlu lalui hidup sederhana sebab datang dari keluarga yang berduit, itu rezeki dan bahagian masing2. dugaan dan ujian dalam setiap pasangan yang berkahwin tak sama jadi tak perlu kita bandingkan dengan orang lain

jadi inilah tips dan perkara yang patut semua orang yang berfikir untuk kahwin pertimbangkan, especially mereka yang nak kahwin awal. macam saya, jarak umur dengan suami 5 tahun. mungkin ada sedikit perbezaan dan tak sesusah orang yang kahwin awal dan sebaya umur. mesti lebih susah dan kuat cabaran. tapi jangan risau, Allah akan sentiasa bantu setiap hambaNya.

redha Allah terhadap seorang perempuan yang bergelar isteri terletak kepada redha seorang suami terhadap isterinya. 
semoga Allah akan sentiasa meredhai perkahwinan kita semua. Amin ya rabbal alamin.