Monday, 28 July 2014

drama pagi raya

kisahnya 
sejak semalam lagi saya dok pujuk Papa nak pergi masjid cina baru dekat dengan Stadium hang Jebat. tapi papa tak setuju, alasannya sebab masjid baru rasmi tu maybe tak buat solat raya aidilfitri. agak kecewa sikit disitu haha tapi papa janji bawak pusing masjid baru tu lepas solat di masjid besar. saya pun terus okay balik hehe. safra baru tau rupanya kalau dalam satu kawasan, bila ada masjid yang banyak hanya ada dua tiga masjid yang dipilih untuk solat raya. certain time mungkin alternate. bergilir gilir buat solat sunat macam tu. jadi, pagi tadi kami semua solat raya di masjid yang biasa pergi. masjid MITC di ayer keroh 

habis solat raya tu masuk je kereta Papa cakap dekat Mama "kita singgah beli roti canai ok. Daniel teringin roti canai"
saya baru nak masuk kereta terus ketawa sakan hahahaha
terus safra start nagging
"apa Daniel pagi raya cari roti canai. orang lain cari ketupat rendang ahaha"
daniel kata mengidam masa puasa nak ganti jugak pagi raya. haha pun boleh

tapi hati ibu dan bapa kan. jenuh jugak pusing satu ayer keroh cari roti canai haha. tapi saya dah pesan awal awal, kalau ada kedai yang buka and jual roti canai. kakak taknak turun kereta. 
papa tanya kenapa? 
saya kata sebab kakak pakai baju kurung. malu nanti orang tengok pakai baju kurung beli roti canai.
eh kenapa malu pakai kurung?
sebab baju kurung tandanya kita raya dekat kedai makan. plus kakak tak ada tudung. kak pakai telekung je ni tadi solat. taknak turun kereta kalau cantik baju kurung tapi pakai telekung. 
papa pulak gelak sakan. 
habis orang beli roti canai pakai baju apa kak?
"pakai tshirt je" 
hahahaha semua orang gelak dalam kereta

ok part 2. 
masa lalu area masjid baru cina, dekat tepi jalan tu ada pokok rambutan. dekat dengan rumah kayu yang nampak macam dah lama kena tinggal. banyak sungguh buah rambutan merah, mengilau mata. nenny terus cakap 
"Man (singkatan nama papa), lebatnya buah dekat pokok tu nanti kita berhenti nak? kita ambik sikit buah dia"
safra dengan daniel ketawa sampai sakit perut. mama pun sama
Papa cepat cepat cakap "tak boleh mak. tu pokok kita tak tahu ada tuan ke tak. bahaya nak makan buah bila dekat dengan rumah tinggal. kita tak tahu apa yang dah menghuni rumah dan pokok tu masa rumah tu kosong."
"aah kan betul jugak. takpe lah kita tengok masjid dulu"

lepas dah tengok masjid baru tu sekali lagi lalu tepi rumah kayu tadi. and macam tadi jugak. nenny sebut "eh jom la kita turun kita mintak rambutan tu. sedap je tengok rambutan tu"
ingatkan dah lupa pasal rambutan rupanya dok ingat lagi nenny ni hehe. 
Papa kata "takpe la mak, kalau mak teringin sangat makan rambutan nanti Izan (nama singkatan mama) boleh mintak dekat Salwa. rumah salwa pun banyak rambutan"
"mak kalau boleh nak yang pokok tadi punya jugak"
hahahaha
satu kereta gelak sungguh sungguh. mama terus cakap mak teringin benau rambutan tu macam orang mengidam

dah lama tak huru hara macam ni. duduk UK mana nak experience riuh rendah macam suasana malaysia. tahun depan memang tak dapat la nak merasa puasa and raya dekat Malaysia lagi. tahun depan tunggu suratkhabar ok. safra nak hantar salam perantau haha mengada sangat ni 

selamat hari raya, everyone. jaga makan jaga diri jaga semuanya. 


Sunday, 27 July 2014

raya 2014


Assalamualaikum

masuk ni dah pos kedua saya typing pasal hari raya. bila tulis tu lupa nak save terus terpadam. sabar jelah hati. esok dah nak raya yayy. tahun ni saya raya Singapore sebab last year dah raya dekat Kedah. sekejap sangat rasanya Ramadhan kali ni. safra rasa puasa tahun ni yang saya paling banyak buang. ada 11 hari kena ganti. campur dengan masuk hospital dan cuti bulanan. tahun ni pun nak tak sempat nak khatamkan Quran :( banyak benda saya uruskan. harap tahun depan kalau ada umur yang panjang boleh cuba untuk khatam lagi.

walau apa pun saya tetap juga seronok sebab tahun ni raya di tanah air hehe. boleh la raya dengan keluarga. sebab kalau ikut perancangan, tahun depan memang nak raya perantauan. baju raya tahun ni colour hijau gold. hahahaha tak reti nak cakap warna macam mana. takpe la warna apa pun tak kisah dapat baju kurung baru untuk raya pun dah suka

saya balik Malaysia tahun ni tak keluar ke mana sangat pun. banyak masa habis dekat rumah uruskan persiapan untuk raya. tahun ni ada 4 jenis kuih homemade hehe. Alhamdulillah kakak mampu sumbangkan kuih yang tak seberapa je la untuk rumah. nak tolong benda lain tak tau apa nak tolong. gambar dekat atas tu saya ambik masa tengah anyam ketupat tadi pagi dari pukul 10 pagi sampai 3 petang dekat dapur. sesi menganyam ketupat beramai ramai. macam macam jenis ketupat. ada ketupat anyam dan ketupat palas. papa kerja ikat ketupat, maria masukkan beras, daniel asingkan daun, mama dan safra anyam. 

masa saya umur 10 tahun arwah moyang, nenny dengan mama dah ajar safra anyam ketupat. pesan orang tua keluarga saya,

"semua perempuan dalam keluarga kita kena tahu anyam ketupat dan tahu ikat tali leher"

atas sebab itu saya dah dibiasakan untuk anyam ketupat dan ikat tali leher. semua jenis ketupat saya belajar. sebab mama orang selatan lahir dekat Singapore. orang selatan pakai ketupat anyam. ketupat palas pula untuk orang di utara sebab papa safra lahir Kedah. jadinya ketupat anyam dan ketupat palas saya kena belajar. kalau mama dan papa orang utara dan selatan, safra orang mana haha. saya lahir Gerorgetown, Penang. anak mamak ni safra ni haha 

sedar tak sedar dah sebulan lebih saya dekat Malaysia. masa berlalu dengan sangat cepat. nanti awal September saya dah balik UK. bermula balik rutin pegang buku dan exam. tak apa safra, setiap yang berlaku adalah kenangan. jadi kena treasure baik baik. saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk semua. berhati hati di jalan raya untuk diri sendiri dan semua yang pulang beraya di kampung :)

Friday, 18 July 2014

MH17 :(

Ya Allah,
tabahkanlah hatiku,
dan berikanlah aku kekuatan.
tiada daya aku untuk melalui semua ini tanpa pertolonganMu ya Allah :(

jika inilah aturanMu kepada kami rakyat Malaysia,
kau berikanlah kami kekuatan dan ketabahan untuk meredhakan segala yang terjadi.
aku tiada daya ya Allah, 
semua manusia tiada daya,
melainkan dengan pertolonganMu.

2 planes crashed in a year, in just 4 months.
Tuhan, berat sungguh ujianMu terhadap Malaysia pada tahun 2014
aku sangat tak kuat ya Allah. 
aku lemah. 
tersangat lemah.
semua orang juga ya Allah :(

tidak akan engkau turunkan dugaan dan ujian terhadap umat makhlukMu melainkan kami mampu menggalasnya.
maka dengan itu ya Allah,
kepada mereka manusia yang tidak mampu menerima ujianMu kali ini termasuk aku,
kau lembutkanlah hati kami supaya dapat menerima hakikat aturanMu :(

hinalah aku jika tidak mampu menerima qada' dan qadarMu
kerana ajal dan maut di tanganMu
kebergantunganku hanyalah kepadaMu Tuhan sekalian alam
aku tidak mampu lagi bergantung kepada sesiapa melainkan engkau yang Mutlak

Ittaqullah,
Aku berserah dan bertawakal kepadaMu ya Allah

*******
Al- fatihah. 

Wednesday, 16 July 2014

r i n d u


Ku selalu, 
merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku
............... 
...............

*Ella ft Shah- Ku Merindu starts playing in the background* hahahha ok dah nak serious.

Apa tu Rindu?
Saya google definisi rindu hehe. Banyak maksud  " r i n d u " yang saya jumpa. Salah satunya:
Rindu ialah cinta (sayang) yang berlebihan dan ada sedikit perasaan yang sukar dicakap, disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. 

Ada kisah yang safra nak letak dekat sini. Sirah Nabi dan sahabat. 

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah

Istimewanya rasa rindu tu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu sebagai satu perasaan yang indah.

Kadang kadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang. Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

Namun perasaan rindu itu tidak boleh disuka-hatikan oleh mana mana pihak. Umpama menggunakan peluang untuk berbuat tidak baik kepada orang lain. Sama seperti perasaan lain, rindu juga adalah satu perasaan yang baik pada asalnya. Tapi ada masa rindu itu boleh menjadikan seseorang melakukan sesuatu ke arah yang bertentangan dengan kebaikan. 

Macam safra. Saya belum ada anak lagi buat masa sekarang. Yela belum kahwin nak ada anak apanya safra haha. Tapi perasaan rindu dekat anak (atau anak-anak) dah ada hehe.
Rindunya. 
Tak sabarnya. 
Untuk jadi seorang ibu. 
Jumpa pun belum pernah tapi saya boleh rindu. Ini belum cerita pengalaman mengandungkan dan melahirkan anak. Mesti lagi terharu (InsyaAllah, safra. Satu hari nanti)
Kalau safra yang belum pernah rasa pengalaman menjadi seorang ibu boleh rindu dekat anak anak. Apatah lagi orang yang sudah menjadi ibu. Mesti perasaan terharu dan seronok yang berkali ganda. 
Semoga safra mampu menjadi seorang ibu yang baik untuk anak anak safra nanti. InsyaAllah.

Sunday, 13 July 2014

tatasusila

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cakap mengenai "tatasusila"
Amboi bukan main awak pilih tajuk ye safra. Satgi nak kupas topik ni mampu ke? Hehe. Tapi tetap juga saya nak bercakap tentang moral dan tatasusila harini

Kisahnya 
dua hari lepas tiba tiba Mama dan Papa whatsapp emergency dalam group family. Katanya Daniel balik sekolah pukul 3pm bukan 4pm. Safra dapat message pukul 2.50pm. Masa tu saya belum siap lagi. Saya reply 
"HAAAAAA? ADIK BALIK SEKARANG????? KATA PUKUL 4"
Mama dan Papa cakap 
"Daniel baru call. Adik kata sekolah lepaskan awal harini. Takpe kak bawak kereta jangan rushing. Hujan ni kilat petir. Lebat dekat luar tu. Adik kata dia boleh tunggu kakak sampai."

Saya takdan reply message tu. Terus bersiap cari tudung and capai kunci kereta. Masuk kereta dengan lafaz Bismillah terus laju je bawak. Dalam hati kesal Ya Allah kesiannya la adik dekat sekolah tu basah kena hujan. Sebab Daniel selalu tunggu bawah pokok je. Dia tak suka tunggu bawah bumbung. Kesian 

Masa kalut bawak kereta tu. Paham saja la keadaan traffic di Melaka ni. Kadang kala menguji kesabaran dan iman. Bagi pemandu amatur macam safra ni (hehe saya mengaku masih amatur sebabnya dekat UK safra tak drive. Mama dan papa tak benarkan. Lagisatu saya belum cukup umur untuk apply driving license UK masa tahun pertama di UK) sangat la takut dan seriau nak drive dekat Malaysia walaupun sekarang di Malaysia safra dah nak dapat lesen kompeten yayyy. Tahniah safra awak bukan lagi pemandu percubaan haha

Safra keluar rumah sharp at 3 o clock. Dengan keadaan jalan raya yang licin dan hujan. Dengan berkabus separa tebal dan saya rabun tak nampak cermin belakang sebab aircond dalam kereta serta suhu dekat luar main peranan dan pada ketika itu dalam kepala tengah pening pikir Daniel tunggu di sekolah. Dengan wiper kereta cari tak jumpa waktu tu hahahaha. Sedihnya la bila waktu genting macam tu lagi banyak benda nak buat, lagi banyak benda safra lupa. 

Lupa paling besar: To calm myself down.
Safra sangat panicking masa tu. Mungkin sebab rasa kasihan dekat adik. Selalunya 10 minit sebelum kelas dia habis akan ada orang tunggu dia. Sama ada papa, mama atau safra. Kadang kadang pekerja mama akan ambik dia. Jarak dari rumah ke sekolah dia je dah makan masa setengah jam. Kalau hujan traffic akan jadi lebih perlahan. 

Sepanjang pemanduan saya ke sekolah tu saya fikir sorang diri. Saya tak faham. Kenapa ye traffic di Melaka ni sibuknya dah hampir sama macam dekat KL. Hehe. Soalan apa tu? Saya tak faham apa fungsi lampu isyarat pada jarak yang begitu hampir? Tengok soalan saya.

Papa kata sebab kakak tak balik Malaysia lama ada banyak juga perubahan dan pembangunan dekat Melaka ni. Lagi 10 tahun rasanya Melaka jadi sama sesak macam KL alahai safra. Sila bersedia untuk pening kepala melayan kerenah traffic 

Ok itu adalah serba sedikit teori dan persoalan saya sepanjang saya drive ke sekolah adik. Yang buat kesabaran saya diuji masa tu sebab safra dah sampai selekoh untuk masuk ke kawasan perumahan dari jalan besar. Kereta di depan saya ni dari tadi memang asyik memotong. Takpe la awak nak potong. Kereta awak bukan kereta saya. Tapinya bila dah ada di depan tu tak alert dengan traffic light. Pemandu kereta tu main phone. Bila lampu dah hijau. Dia masih statik tak bergerak. Saya dekat belakang ni tak senang duduk. Sebab adik dekat luar basah ni encik. Kenapa kereta encik tak bergerak. Huuu. Sedih. Sambil tu saya dok tunggu lagi dia ni bila nak gerak. Kereta di depan dia semua dah jauh terlepas ke jalan seberang. 

Lampu isyarat dekat Melaka ni sangatlah lama ya Rabbi. Kalau di Kedah seronok. Traffic yang pleasant sangat. Sebab kereta yang datang dari banyak arah pun had masa adalah sama dan balance. Melaka ni kadang kadang yang datang dari arah bertentangan tu lebih sekejap dari kita yang datang dari arah lain. Jadinya bila pemandu kereta tadi tak bergerak. Saya untuk pertama kalinya terpaksa juga bunyikan hon. 

Safra jenis sangat tak suka hon kereta lain. Sebab bagi saya itu tatasusila/ tatatertib pemanduan. Taknak la hon hon suka hati. Walaupun kadang kala bila atas jalan raya hon itu perlu untuk menyuarakan hak. Tapi takpe la saya tak suka bunyi bising. Tambah tu safra tak suka bila hon boleh ganggu konsentrasi pemandu lain. Waktu tu saya tak ada pilihan. Terpaksa juga keluarkan hon yang terpaling sopan. Hahahaa. Untuk minta diberi laluan. Sambil tu saya cakap sorang diri. 

Hai si pemandu kereta depan awak boleh teruskan main phone sambil memandu. Tapi izinkan saya gerak adik saya basah tu dekat luar

Dalam masa saya nak gerak tu. Lampu isyarat pula bertukar merah. Kereta depan je yang lepas ke jalan seberang. Nasib dia dapat lepas. Nasib saya? Terpaksa la tunggu turn lagi sekali. Unless safra beat traffic. Haih tekanan tekanan 

Safra tak la marah. Cuma sedih kenapa benda tu jadi waktu saya tengah kelam kabut nak ambik "putera game ipad" balik sekolah. Perasaan bersalah dekat Daniel makin banyak bila benda macam ni jadi. Saya rasa kalau nak marah pun tak ada gunanya sebab pemandu tadi bukannya boleh dengar hehe. Lagipun nak marah benda yang kecik rasa macam tak patut. Jadi to make it better, safra bercakap sorang sorang sambil pujuk hati takpe safra bulan puasa ni bawak bersabar huuu jom dengar radio.

Pengajaran yang safra belajar is to remember bahawa dekat mana pun kita berada, tatasusila dan tatatertib tu kena ada. Penting. Rupanya dalam hidup ni setiap benda yang kita buat kena bertata- kaedahnya. Dalam bahasa orang putih, manners.

Tanpa manners, susah la hidup. Nak makan pun kena ada table manners. Kena tau mana satu garfu dan sudu. Inikan pula atas jalan raya. Kena tau sesuai ke main phone sambil driving? Sesuai ke hisap rokok sambil driving? Safety jalanraya melibatkan nyawa sendiri dan nyawa orang. 

Saya ni taklah baik mana. Sangat sangat jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan mereka yang baik akhlak dan perangainya. Tapi safra sangat particular berkaitan safety. Tak pernah lagi saya drive kereta sambil guna phone. Sebab saya nak jadi considerate. Bertimbang rasa dekat mana mana tempat yang saya pergi. Tapi tak tahu la nanti in a future. Safra berubah? Harap harap berubah ke arah yang lebih baik. Amin. 

Sebenarnya banyak lagi safra nak cakap pasal manners. Tapi tak reti nak cakap apa lagi. Sebelum menulis tadi rasanya saya dah hafal benda nak cakap. Bila mula menulis semua safra lupa

Oh yang saya ingat. Sampai je dekat sekolah Daniel. Saya nampak beg sekolah dia basah bawah pokok kena air hujan. Kesian. Eh tapi mana adik? Beg ada sini tapi tuan empunya badan mana? Safra dok tinjau dari cermin kereta. Rupanya dia berteduh dekat bawah bumbung dekat bangunan. Berlari dia capai beg nak masuk kereta. Alahai Daniel kesiannya basah kuyup :(
Maaf kakak lambat...

P/s: pemandu sekalian, kesian la dekat safra ni ye. Jadilah pemandu yang bertimbang rasa. Fikirkan nyawa semua umat manusia yang berada di jalan raya. Bersama kita teguh melahirkan insan yang berguna dan berwawasan hahahaha macam ayat merdeka 

Tuesday, 8 July 2014

kalau boleh cakap

safra rasa. Bleu tak sihat. entah la hati ni dok rasa macam dia tak berapa sihat. kenapa dia tak meow macam biasa ye. tengok dia kesian sangat. asyik melepek je tidur tak main main macam selalu pun. hari ni Bleu sangat passive. since petang tadi kucing yang lain elok main-main macam biasa tapi Bleu tidur sorang sorang. hari ni kakak tak nampak pun Bleu makan. tak lalu makan ke Bleu?

petang tadi masa Daniel masuk bilik untuk tolong potong potong kertas, kakak and abang Daniel nampak Bleu macam nak muntah. Bleu macam batuk batuk sikit tapi tak muntah apa pun. kenapa ni Bleu? risaunya. tak tahu nak buat apa. lepastu tadi kak safra jahat. ambik Bleu dukung and peluk lama. selalu Bleu meronta nak turun. petang tadi lama Bleu senyap je masa kakak peluk. kenapa sebenarnya ni Bleu?

Bleu sakit ke?
Bleu rehat tak cukup ke?
Bleu penat ke?

saya risau sangat. sedih tengok dia melekap atas katil. tidur. macam mana ni Bleu. Bleu sakit ke? cakap la dengan kakak. kak safra tak reti nak tolong apa apa kalau tak tau Bleu sakit ke tak. sedih la kakak macam ni. kakak keluar hospital. Bleu pulak tak sihat :( tadi kakak safra dah bagitau mama.

"Bleu ni macam tak sihat ma. kenapa?"

tapi mama cakap tak lah. Bleu OK. Bleu cuma penat or maybe stress. Bleu stress ke? kenapa Bleu stress. sebab adik adik cakar Bleu? Bobby Tintin and Minho gaduh dengan Bleu ke? kalau la Bleu boleh cakap sekarang. kakak risau sangat.

Bleu...
Cakap la dengan kakak. Bleu sakit ke. kenapa Bleu tak main main macam selalu, kenapa Bleu diam je tak meow-ing macam selalu. sedihnya kakak macam ni :(

kalau la Bleu boleh cakap... mesti safra tau Bleu Ok or tak :(

Friday, 4 July 2014

petir dan kilat


safra tak boleh tidur. dekat luar hujan lebat sangat. beserta kilat dan petir. saya sangat penakut dengan bunyi yang kuat or besar. dari bayang langsir bilik, boleh nampak dengan jelas splashing lightning. takutnya. dari kecik dulu memang takut dengan ribut petir. safra pun tengah tak sihat sekarang sebenarnya. under medication. patutnya kena admit hospital. tapi for now, saya bertahan dulu dekat rumah. sambil tu saya tunggu result dari doctor. kalau positive, kena go through further treatment and kena hospitalised. maybe kena masuk tube dalam badan atau kena tebuk lubang dekat... (tak apa la. tak nak fikir sekarang) doakan safra cepat sihat ye. 

Tuesday, 1 July 2014

Iqra'

Bismillahirrahmanirrahim.

Ahlan wasahlan, ya Ramadhan Kareem.
Semoga di bulan puasa ini semakin banyak amalan dan kebaikan yang safra mampu buat. Seiring dengan khilaf khilaf yang lepas. InsyaAllah, semoga Allah ampunkan safra dan terima taubat safra selagi masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah. Di kesempatan ini, safra nak ucapkan salam ramadhan al mubarak untuk semua terutama pembaca blog kesayangan :)

Ya Allah, berkatilah usaha hambaMu ini untuk khatam Quran lagi pada tahun ini. Sisipkanlah naluri "istiqamah" dalam diari Katrina Nur Safra sempena Ramadhan kali ini. Amin ya Rabbal Alamin. Iqra' safra.