Sunday, 15 December 2013

teaser wintertrip '13


inilah dia orang orang kesayangan saya. so, this is my Home. tak payah balik Malaysia pun.
gambar dekat Pool Valley, Brighton & Hove, United Kingdom. tunggu next post :')

Monday, 9 December 2013

lima hari lagi

awak tak akan tau apa saya rasa.
bahagia sangaaaaaat bila nak jumpa orang kesayangan.
cepatlah hari sabtu, Tuhan.

Monday, 2 December 2013

when you only




"Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missing home
Hoping one day you'll make a dream lasts
But dreams come slow and they go so fast."- Passenger 

Sunday, 17 November 2013

pindah rumah

Assalamualaikum.

hari ni hari Isnin. letih sangat sangat sangat sangat (awak sambung lagi perkataan sangat tu) balik kelas tadi. satu hari rasa sedih. sebab saya tak paham mathematics. lagisatu sebab exam dah dekat, tu yang lagi buat sedih haha. lagisatu sebab profesor ni, suka sangat buat kita terharu. rasa nak nangis je depan dia. janganlah nasihat saya macam awak dah nak pergi jauh. saya ni dah lah senang banjir. nasib baik reti malu hehe. sebenarnya hari Jumaat lepas baru je pindah rumah ke Shirley Drive, West Sussex. 

so last week kita pindah rumah. sebab rumah lama jauh, kalau siapa yang baca entri lepas pasal jarak masa yang ambil untuk ke kampus mesti tau. memandangkan sekarang pun dah musim winter, memang cepat gelap dan sejuk. kita pindah ke Shirley Drive ni dekat, 10 minit je ke kampus naik bas ke Brighton Train Station and walking distance 5minit. kampus saya memang sebelah train station brighton yang besar ni hehe. hari hari dengar hon keretapi. hari hari nampak keretapi. sekarang nak cerita pasal pathway dari rumah baru ke kampus. so kalau dulu bus stop yang hari hari kita tunggu bus Hangleton Road Twitten, St Peters Church atau Court Farm Road, sekarang dah lain. sekarang atas bukit, boleh nampak view yang sangat cantik. bus stop yang kena naik hari hari, Woodruff Avenue ataupun Top of Woodruff. kalau bus stand dekat top of woodruff, bus number 27, 27B and 27C route dari Westdean ke Saltdean or Saltdean ke Westdean. if naik bas dari woodruff ave, route bas adalah dari Meadowview*Queen's Park to Goldstone Valley atau Goldstone Valley via Meadowview*Queen's Park, bus number 81,81A 81B 81C and 81E.

saya taknak la ingat pengalaman pindah rumah angkat barang haha. sangat sangat penat. takde pun superman berbadan sasa atau iron man si hero yang datang tolong. captain amarika yang tough pun takde tolong kita yang lelah angkat beg and kotak banyak. dah la pindah pukul 5 petang. macam pukul 12 malam gelapnya. dengan sejuk lagi. winter coat pun entah apa apa, dengan driver taxi yang menguji kesabaran huuu sabar je yang kita mampu. saya tahu la awak penat bawak taxi dari pagi sampai malam sampai pagi balik sampai malam haha tapi saya laaaagi penat angkat barang turun naik tangga. dah la awak bising sebab traffic tapi jangan la bising dekat saya. tak kesian ke saya dah nak nangis dah dalam cab masa tu. sekeh kepala awak nanti baru tau. masa penat angkat barang ingatkan saya nak ajak driver taxi tu masuk rumah tolong angkat, tapi dia pulak lelaki entah mana mana tak kenal. terpaksa la buat sendiri dengan kawan perempuan dua orang. nasib baik kali ni pindah ada housemate sekali. tak rasa sunyi sangat.

tapi alhamdulillah rumah dah siap kemas. dua hari je masa kemas rumah hehe. nasib baik hari jumaat yang pindah tu takde kelas. lepastu sabtu ahad weekend. hari sabtu keluar beli towel, beli groceries, hair dryer, baju and macam macam. stock musim sejuk haha. macam chipmunk dalam cerita alvin and the chipmunks, tupai tu letak stock waffles bawah carpet. before lupa, rumah baru ni ada kucing dua ekor. satu letak nama Cookie satulagi nama Scribble heheh. comel angaaatt. sebab dedua tu brothers. Cookie bulu semua sama colour, Scribbles pula pakai stokin dekat empat empat paw. Aawwhh comel. nanti rajin rajin kita letak gambar cookie dengan scribbles.

okdah saya kena belajar sekarang. ada exam lagi 12 hari. fuh siap lagisatu entri. bangga kejap hehe. sebab nak curi masa punyalah susah. bila dapat update blog ni rasa sangat happy macam baru dapat senduk nasi yang baru ok gurau. hehe

Thursday, 31 October 2013

hidup pelajar

Assalamualaikum.

lama juga tak update blog dengan proper. hehe minta maaaaf. saya hutang banyak sangat cerita. kalau nak cerita pun macam dah lapuk je. siapa nak baca cerita dah lama. kan. sorry semua orang, hidup punyalah busy hanya Allah je yang tahu. lagisatu macam tak tau nak mula cerita macam mana. kita mula dari tengah or hujung, pandai pandai semua orang yang membaca susun yang mana cerita datang dulu. ok? kalau boleh, hari hari nak update blog. kalau boleh setiap masa nak buat entri baru. kalau boleh, semua nak. kalau bolehlah. 

sekarang dah daylight savings. kena tau yang tiap kali winter, akan ada perubahan waktu sebab daylight savings. kalau beza malaysia dan UK selalunya 7jam, masa winter ni akan jadi 8 jam. pukul 4.30pm dah maghrib and gelapnya macam dah 9malam. sebabtu kalau ada kelas habis pukul 5pm, awal awal lagi dah message housemate suruh tunggu hahaha. sebab kena juga balik dengan dia. if not kena jalan balik sorang and gelap sebab to get to reach home, kena lalu pathway yang sangatlah narrow dengan eerie looking. tapi setiap hari kena guna jalan tu sebagai salah satu alternatif or else, jalan besar ada tapi kena berjalan kira-kira 7 minit sebelum sampai ke jalan besar tu, Hangleton Road. dan saya sememangnya sangatlah malas nak naik bas dari jalan besar. belum naik bas dah mengah dengan sejuk and foggy, kesian jantung tak cukup oksigen nak sedut nafas. ambik ko, saintifik sangat. 

pasal kelas, bolehlah nak cakap so far so good. tak ada apa yang seronok nak cerita hehe sebab pra-univ basically belajar terus pasal course. so sebelum buang masa dengan course yang masih tak yakin nak buat, baik jangan suka hati pilih. make sure dah tau apa nak buat baru pilih course apa yang betul betul nak buat. and belajar dekat univ ni senang banyak la dari sekolah sebab habis je sem tukar subjek lain. kalau paling habis teruk pun nak struggle, dalam 3 bulan je lepastu next semester dah tak perlu pikir pasal previous subjects. 

kalau orang tanya macam mana si safra commute pergi kelas setiap hari. sebenarnya kita naik bas. bas yang colour merah yang semua orang tengok dalam tv tu. yang double decker simbolik untuk UK. hamboi bukan main detail lagi kan kita explain pasal bas heheh. macam sekarang, kampus dekat Town Brighton. rumah pulak dekat Hangleton, Hove. setiap hari kena ambik bas untuk 30-35 minit. lepastu ada lagi 10 minit jalan dari bus stop sampai kolej. itu kalau turun dekat London Rd Shops. kalau mood lain, turun dekat Churchill Square. ini ambik masa 25 minit bas tapi kena jalan dalam 25 minit untuk walking distance. oh sebelum terlupa, bas yang kena ambik number 5, 5A, 5B atau 14C. basically bas nombor 5 and 5A adalah route dari Patcham ke Hangleton atau Hangleton ke Patcham. lepastu bus 5B route dari Hollingbury ke Hangleton atau Hangleton ke Hollingbury. yang 14C punya route bas, dari Peaceheaven *Newheaven via Hangleton ke Brighton St atau Brighton St ke Peaceheaven *Newheaven via Hangleton. susah nak faham? hehe takpe. fahamkan lagi. selain tu kalau rajin naik train, kita naik train la. dari rumah nak ke train station walking distance 20-25 minit. lepastu ada 2 stop je hahaha. buang current punya transport kalau naik train. habis duit je ticket train lagi mahal dari ticket bus. tapi sebab kita international student dekat sini, saya ada seasonal pass for both bus and train. muraaaah sangat dapat. kalau ticket mahal berdentum berpuluh puluh £ habis, saya dapat £5 and sometimes lagi murah dari 5 pound. macam bas kira free la. suka hati anak kucing je tap. naik bas tap, naik bas tunjuk kad.

sama macam pergi kelas dan balik kelas, sama juga naik bas. kecuali sejak musim winter ni, nak balik rumah tak tahan sejuk bila malam lain macam. haruslah kesian dekat kita, Brighton ni penjaga laut English Channel hahha. pantai brighton tak boleh mandi. awak mandi, lesap terus tak jumpa. ombak jangan cakap, memang besar sebab "laut lepas" (laut yang takde benteng, laut besar terus lepas ke lautan yang besar) laut macam ni terus curam bawah air. faham kan, kalau tak faham buka buku geografi. angin laut lepas sejuk dia sampai tulang hitam, campur dengan atmosfera yang tiap hari makin sejuk, campur dengan kapasiti angin yang adakala cecah 40kmh dengan hujan lagi. dengan keadaan cuaca yang sampai 1 suhu atau 0 darjah. rasa sangatlah rimas. baju basah beg sekolah basah. tudung tak payah cerita. senget benget. pakai payung pun sangatlah tak efisyen. payung awak dari bentuk cendawan jadi macam bunga kuncup. boleh bayang tak? kalau tak boleh bayang takpe haha. jadi, time time macam ni la bas and train kena tolak tepi sebab kena pikir pasal walking distance nanti. waktu desperate macam gini lah safra selalu naik teksi sampai betul betul depan rumah. kos teksi £8 dari town ke hove. tapi macam biasa, depends dengan traffic. keadaan cuaca yang selalu hujan boleh buat kos tambang teksi bertambah. 

lepas hampir 3bulan dekat sini, baru ada entri yang paling proper untuk cerita keadaan dekat sini. adoi safra hang paling lambat la. haha rilek brader brader rilek. nak buat macam mana hidup saya berubah dekat sini. nak curi masa untuk cerita semua bukanlah senang dan semudah dulu. 

macam sekarang, awak taktau saya kena turun bawah sebenarnya nak masak. housemate dekat sebelah ni dah ajak turun suruh masak untuk diaorang. dulu dekat malaysia ada bibik yang masakkan, kemaskan bilik, gosokkan baju. senangnya hidup waktu tu hanya Allah je yang tahu. macam anak raja. sebab saya datang dari family yang mungkin orang lain akan cakap, (.........isi tempat kosong sendiri........). tapi sebenarnya tak pun. saya datang dari keluarga yang biasa biasa, rezeki dari Allah juga.

tapi safra nak tegaskan dekat sini. tak kisah la keluarga senang atau tak, hidup awak sendiri yang hias. hidup awak sendiri yang lalui. sampai masa semua benda kena buat sendiri. dan saya sangat bersyukur walaupun masih muda belia dah berpeluang untuk hidup sendiri. safra ajar juga diri untuk jadi susah macam orang lain. eh kejap lagi sambung kena masak kejap.


**************

sambung yang tadi. perut pun dah kenyang. masak tomyam je. so ni lah hidup kita sedikit sebanyak bila dah kena hidup sendiri. lupa pula nak cerita pasal sabtu ahad. boleh dikatakan tiap minggu sabtu dan ahad memang tak duduk rumah la. confirm keluar jalan jalan study dekat park atau beli groceries. tak pun keluar jalan town. rehatkan minda rehatkan segala nerve and urat yang berselirat haha. kadang balik kampung. untuk hilangkan rasa rindu kampung di malaysia, saya balik kampung dekat croydon ataupun manchester. dari brighton ke croydon, sangat senang sebab naik train je duration hanya 40mins, bergantung berapa stesen train tu stop. normally safra naik train yang ke London Victoria yang ada 4 stops je and kita make surekan yang train tu pergi Haywards Heath, Crawley, East Croydon, London Victoria. kalau sometimes malas nak pikir pasal stations, memang kadang kadang berjam juga naik train nak sampai sebab ada banyaak stesen. kalau mood rajin and coursework tak banyak, balik la manchester. nak balik manchester payah sikit la. mahaaaalll. hehe ticket mahal bebeno. £70 sometimes £70 lebih mana nak cekau duit banyak. lepastu duit teksi dekat manchester lagi. sejak exam makin dekat ni baru duduk rumah. duit pun nak kena simpan sikit. 

percayalah wahai pembaca sekalian, bila dah lama tak menulis entri akan menjadi sangat panjang sebab kita cuba nak compress kan semua cerita jadi satu. dan percayalah wahai pembaca, untuk siapkan satu pos ini pun. kita dah ambik masa berhari hari berminggu minggu untuk publish. save dalam draft dulu. lepastu ada idea tambah lagi and save balik. minggu depan buka blog tengok ada draft. tambah lagi pengalaman. memang sangatlah seksa nak hasilkan satu pos pun. percayalah wahai pembaca, sesungguhnya daku sangatlah merindui online diary ni untuk cerita kisah hidup kita yang serba indah ini tapi apakan daya. masa sangat sayang dekat kita hehe. sampaikan sanggup berjalan pantas tak bagi kita update. madang je lupa ada draft dalam blog. jadi, inilah serba sedikit cerita yang mampu dikongsi setakat ni. 

Sunday, 15 September 2013

Pesan Mama

Hari ini Mama tinggalkan seperempat hati Mama di bumi Brighton bertuah ini. Agar bisa menemani Kakak walau ketika detik mana pun ~ kala senang (Mama pasti akan gembira bersama), kala susah (Mama cuba utk menggalas juga), kala suka (ketawa Mama pasti lebih kuat) hatta kala susah (Mama pasti akan mengusap bahumu sambil menahan airmata).

Anak Mama besar sudah....Kakak kini menggalas tanggungjawab mencorak masa depanmu sendiri. Terbanglah kakak...pergilah ke mana sahaja, terbanglah setinggi mana; doa Mama & Papa mengiring setiap detik waktu sayapmu berdesir. Aturlah langkahmu satu persatu demi menggapai pelangi di kaki langit. Percayalah perihal keindahannya walau tiada siapa pernah menggenggam di tapak tangan. Andai anak Mama yang satu ini bakal menjadi srikandi pertama mengendong pelangi dalam dakapanmu, yakinlah Mama Papa adalah orang pertama yang sanggup membantu menongkatmu di kiri kanan bahu.

Cuma ingatlah pesan Mama Papa yang tidak seberapa ini.....

"Bermimpilah setinggi langit
Andai terjatuh masih disambut awan
Pasanglah anganmu di bintang malam
Biar kerdipannya menyuluh segenap alam
Cuma....
Dalam kalut mengejar cita
Ingatlah bahawa kita masih punya warisan bangsa
Yang kaya dengan tatasusila
Tidak Melayu hilang di dunia...

Walau di mana bumi berpijak
Langitnya tetap sama....
Dunia ini bukan untuk dibimbit
Kita hanya menumpang teduh
Maka bersyukurlah dengan setiap anugerah yang diterima
Kerana....
Kita punya tanggungjawab terhadap Pencipta.

Mulakanlah setiap langkahmu dengan kalimah Allah Maha Agung Mohonlah keberkatan dalam setiap usahamu
Usai segala ikhtiar, jangan derhaka dari mengirim kata syukur buat Illahi.
Bersandarkan ilmu dan kalimah terbendung di dadamu,
Yakinlah....
Kakak mampu mengutip mutiara pengalaman sepanjang perjalanan
Takkan sesukar mana kalau melihatnya sebagai jihad.

Mengertilah hai anak
Walau tiada getar suara Mama Papa
seiring masa rindu dipuput bayu
Walau tiada tampak sinar jernih mata bundarmu
Kasih bertali tiada sempadan
Langitmu langit Mama Papa jua sebening bicara kata jiwa tertaut sama
Redhakan kejauhan yang sementara
Demi untuk nafas yang lebih rela
Percayalah....titipan doa Mama Papa takkan putus membasahi jiwa..."

Kak, kita telah melakar sejarah tatkala kaki melangkah ke perut pesawat. Mama Papa membedung dirimu dengan pesanan yang mungkin kolot kedengarannya. Namun, inilah hakikat prinsip hidup keluarga kita. Biar tidak moden, asalkan hidup kita berkat dengan limpahan baraqah Illahi. Maruah dirimu tiada gantian, harganya bukan segunung intan. Maka, peliharalah ia untuk yang punya hak....yang menatang mahar. Harapnya, sejarah kejayaan kakak kelak akan menjadi rujukan adik2 yang menanti di belakang. Yang bakal menyusulmu di sana kemudian nanti.......

Peluk cium Mama Papa untuk anak kami yang berani menentang arus....
Amin Ya Allah!

Ya Allah Tuhan, tabahkanlah hati Mama dan Papa :'/ Kuatkan semangat hambaMu di sini Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, 2 September 2013

UK saya datang

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, telah selamat tiba di London St Pancras International.
Selamat menimba ilmu di perantauan, Safra :)

Sunday, 7 July 2013

ktj: friends & infinity


farewell, dearest friends. 

Thursday, 30 May 2013

hikmah kehilangan

Assalamualaikum

selepas 2 bulan tinggalkan blog ni sekarang rasa macam dah tak reti nak mengarang dekat sini. banyak yang dah tersedia maklum or mungkin ada la tu beberapa kerat orang (betul ke kerat? eh tak kisah la memana..) yang masih belum termaklum yang kita dah habis kolej. ha ni nak bagitau la safra dah habis belajar. perasaan dia apa dah habis belajar ni? Sebenarnya rasa macam tak percaya pula dah habis. kawan sebaya lain tengah bertungkus-lumus belajar untuk SPM tapi safra dah habis belajar dah. ok berbalik kepada tajuk iaitu Kehilangan. selama tempoh saya menyepi kali ni safra datang dengan satu soalan tau tau. Cuba cakap...

Apa hikmah yang Allah nak beri bila kita kehilangan orang yang kita sayang? 

safra ada juga tanya someone yang safra sayang sebab soalan pun pasal orang yang kita sayang so tanya la orang yang berkenaan hehe. Gatal beno bunyiknya. Tapi jangan speculate ye cik puan sekalian. bukan sorang je insan dalam dunia ni yang safra sayang. kita tamak so nak sayang banyak orang ahaha. Ok dah

so bila tanya tanya tu tetiba jawapan yang safra terima
 "sebab Allah sayangkan kita dan Dia nak kita bersabar dengan dugaan Dia." 
Yayy. betul betul betul (gaya upin ipin)

tu salah satu hikmah dia. selain daripada tu safra juga fikir yang antara hikmah lainnya ialah sebab Allah nak tunjukkan bukan semua benda yang kita sayang tu kita punya :) dan Allah nak tunjukkan yang orang yang kita sayang tu bukanlah tempat kita bergantung sepenuhnya. tempat untuk segalanya. sebab manusia sendiri pun memang bergantung dengan orang sekeliling kan. sampaikan kadang-kadang kita lupa pada siapa sepatutnya kita bergantung sepenuhnya. sedangkan Allah kurniakan orang yang kita sayang tu untuk kita beringat kepadaNya. bila manusia dah terlalu taksub dan alpa akan perkara duniawi baru Allah akan ambil benda yang kita sayang sebagai kesedaran untuk kita. manusia kan memang macamtu. bila dah kena baru beringat. seperti pepatah melayu "beringat-ingat sebelum kena" amboi siap pepatah 

jadi daripada justifikasi yang telah dinyatakan di atas. safra pun baru faham makna kehilangan tu. mungkin sebelum sebelum ni kalau berasa kehilangan kita akan cakap kenapa Tuhan duga aku macamni? kenapa Tuhan turunkan aku ujian yang aku tak mampu lalui? kenapa aku mesti rasa sakit dari kehilangan ini? dan banyak lagi persoalan. tapi Allah tidak sesekali akan menuruni ujian yang tidak mampu digalas oleh bahu hambaNya. sifat Allah sendiri Maha Mengasihi dan Maha Penyayang.


Al-baqarah: 286 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ 
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

dan memang betul, bukan semua benda yang kita sayang tu harus jadi milik kita. contoh macam ,safra ada pen yang paling safra sayang. sebab pen tu safra dapat daripada kawan yang bagi sebagai tanda persahabatan. suatu hari safra terpaksa beri pen tu dekat adik yang safra jumpa masa melawat rumah anak yatim. dia suka sangat dengan pen tu. walaupun berat nak lepaskan pen tu dekat orang lain tapi kita akan dapat pahala yang berlipat ganda dengan mengorbankan sesuatu benda yang kita sayang. Haha jadi tak safra buat cerita? (ini adalah contoh rekaan semata mata. tidak berkaitan antara yang hidup dan mati ye ) 

itu dah menjelaskan kenyataan tadi dimana tak semua benda yang kita sayang tu akan menjadi milik kita. ha lagi satu contoh ialah kawan kawan safra sayanggg sangat sangat dekat kucing safra. hehe semua suka kucing safra. nampak tak? walaupun kucing tu safra punya tapi tiada batasan pun untuk kawan kawan safra dan orang lain untuk menyayangi kucing kucing safra yang comel yang macam safra ni comel dia. ehem ada unsuk takbur disitu ok astagfirullah 
setiap dugaan yang diturunkan ertinya Allah sedang menguji kita dan kerana kita terpilih untuk merasakan hikmah Allah tu. hikmah datang selepas dugaan kan? sebelum kita menemui hikmah tu kita kena dulu menempuh dugaan dan ujian yang Allah bagi. sebab Allah sayang kita. Dia nak menguji sejauh mana kesabaran kita dalam ranjau dunia. So sabar ye kakak kakak abang abang adik adik semua :) 

Saturday, 16 March 2013

tonsillitis

Hi and Assalamualaikum.

Recently, I ended up busy with finals, assessment, presentations and banyak lagi benda. So sebab busy sesangat ni la kot yang agaknya jatuh sakit kot ya. *macam teruk sangat* Alhamdulillah. sekarang dekat rumah kena rehat je banyak banyak. Seminggu kena rehat dekat rumah.

Jom saya cerita macam mana boleh sakit. disebabkan tak ada siapa nak dengar safra cerita sebabtu letak sini. blog ni pendengar yang setia. Mula sekali nak tanya tahu ke apa tonsil tu? Kalau tak tahu tak apa. Meh nak explain sebab si safra ni pun baru je tahu. lepas kena sakit baru nak buat research apa tonsil tu. Macam ni la manusia kan, bila dah kena baru sedar :)

safra tak sihat masa dekat kolej lagi. kebetulan tengah nak prepare untuk oral Malay Selasa lepas. (eh cik kak ni. Melayu pun nak kena prepare ke. of coursee, Malay Foreign Language oral is not as easy as English oral.
in fact, preparing for all other Foreign Language semua payah sikit bila compared to English. Kalau English 2nd Language, awak masuk je bilik examiner tu then the examiner will give you a piece of card. dekat card tu ada few points that we MUST memorise about 5mins according to the theme given dari Cambridge board. depends jugak la if dapat theme yang senang then Alhamdulillah cerah la masa depan awak nak buat oral speaking. sebab senang. kalau susah kena calm down je jangan nervous. sebab body language does count untuk dapat full mark. kalau kaku or gagap, shivers ke *macam safra la selalu shivers, gigil* confirm akan lupa points yang hafal awal tadi so yes calm yourself down. amboi ayat mak mak sangat
kalau English 1st Language lagilah senang kerja. kita cari topic sendiri and hafal. lepastu masuk bilik examiner nanti diaorang tanya soalan based on kita punya theme/topic. tapi first language ni banyak orang tak tahan sebab susah. ni English high level. kalau pakai normal vocabulary nanti markah tak counted. normally kena cakap pasal current issues. Elaboration needs to be subjective and accurate. masa untuk present pun lama berbanding dengan 2nd Language English. yang ini segala aspek kena kira. body language, persuasive device, fluent and accuracy, intonation dan banyak lagi.

macam Malay payah sikit. sikit je tak banyak. haha sebab ada roleplay A and B, guided conversation and general conversation. kalau dah nama pun roleplay maksudnya kena berlakon la. so roleplay tu kita kena berlakon for 3mins for each roleplay A and B. roleplay tu kena hafal 10mins before masuk bilik examiner. lepastu guided conversation ni topik kita sendiri. ni pun agak tough sebab board Cambridge nak current issues and vocab yang tinggi. then dah boleh proceed ke general conversation. ini part yang paling susah. *err tak susah la safra* sebab kita kena jawab soalan dari examiner regarding the topic yang Cambridge dah set kan. amboi banyaknya cakap pasal oral speaking. ni baru 3 jenis oral. belum lagi yang lain)

seeee. dah terbabas lagi dari topik awal. mula tadi nak cakap pasal sakit. ni cakap pasal speaking

okay jum cerita. masa pagi bangun tidur before oral tu, dah mula rasa badan macam nak demam. sejuk semacam. lepastu pinggang sakit kepala pening. ha sudah. tanda tanda ni. tapi buat tak tahu je sebab ingat demam biasa je. tekak pun tak sakit lagi masa tu. tambah pelik demam berlarutan 4 hari dah. tekak makin sakit sampai air liur pun payah nak telan. tengok leher yang sebelah kiri bengkak. so 4 hari jugak la tak makan apa apa langsung and safra notice suara jadi makin perlahan secara tiba tiba. macam nak hilang suara. kawan semua cakap "katrina are you okay do you wanna go to the medical centre." ehem kita penakut jumpa matron garang haha. so tak pergi. bila tak pergi makin teruk leher and badan makin panas. bila dah tak tahan sangat message mamapapa cakap kakak demam aa :(

tapi tak cakap leher tengah bengkak. huu taknak la risaukan ma dengan pa. sebab masatu still ingat demam biasa. tak sangka demam panas sebab tonsil dekat tekak tengah membengkak sebabtu leher pun bengkak. ni first time kena, banyak benda tak tahu lagi. sakit memanglah tapi Allah sayang, sebabtu Allah uji :) nak tunggu mama sampai kolej punyalah lama rasa macam bertahun. badan panas, tekak sakit. tak makan apa, rasa lemah yang tersangat lemah. naik tangga pun macam berbayang mata kabur. pergi kelas tidur je nasib baik lecturer semua faham.

sekarang ni semua benda makan yang lembut macam bubur. makan lontong nasi himpit pun nasi tu kena hancurkan jadi lembik. makanan pedas, keras, berminyak tak boleh ambik langsung. buah, sayur and vitamin kena banyak makan. orang kata safra tengah kurus. kekeke. kurus sebab sakit je. kalau sihat confirm bulat. nak habiskan air secawan punyalah azab ya Allah. makan roti pun separuh je yang lebih simpan

sesungguhnya bila Allah tarik nikmat bersuara dan makan, masa tu nanti baru kita semua sedar betapa pentingnya untuk berkata benda baik dan makan benda yang berkhasiat menurut Al-Quran nur karim dan sunnah.

Tonsillitis

What is it?
Tonsillitis is inflammation of the tonsils most commonly caused by viral or bacterial infection. Symptoms may include sore throat and fever. When caused by a bacterium belonging to the group A streptococcus it is typically referred to as strep throat. The overwhelming majority recover completely with or without medication. In 40%, symptoms have resolved in three days and within one week in 85%, regardless of whether streptococcal infection is present or not.

Signs and symptoms?
  • sore throat
  • red, swollen tonsils
  • pain when swallowing
  • high temperature (fever)
  • coughing
  • headache
  • tiredness
  • chills
  • a general sense of feeling unwell (malaise)
  • white pus-filled spots on the tonsils
  • swollen lymph nodes (glands) in the neck
  • pain in the ears or neck
  • Less common symptoms include:
  • nausea
  • stomach ache
  • vomiting
  • furry tongue
  • voice changes
  • difficulty opening the mouth (trismus)
Causes?
The most common cause is viral infection and includes adenovirus, rhinovirus, influenza, coronavirus, and respiratory syncytial virus. The second most common cause is bacterial infection of which the predominant is Group A β-hemolytic streptococcus (GABHS), which causes strep throat. 
Anaerobic bacteria have been implicated in tonsillitis and a possible role in the acute inflammatory process is supported by several clinical and scientific observations.
Under normal circumstances, as viruses and bacteria enter the body through the nose and mouth, they are filtered in the tonsils. Within the tonsils, white blood cells of the immune system destroy the viruses or bacteria by producing inflammatory cytokines like Phospholipase A2, which also lead to fever. The infection may also be present in the throat and surrounding areas, causing inflammation of the pharynx.
Sometimes, tonsillitis is caused by an infection of spirochaeta and treponema, in this case called Vincent's angina or Plaut-Vincent angina.

InsyaAllah akan sembuh tak lama lagi. lepas ni dah boleh makan ayam goreng dengan nasi :)

Tuesday, 5 March 2013

mamapapa

Tadi mama papa message dalam whatsapp family. Bagitau dua dua demam. Safra terus tak senang hati. Tiba tiba rasa nak balik rumah sekarang. Huu.
Saya terus message Maria. Eh budak ni selalu macam ni. Orang message tak pernah nak reply on time. Ada phone macam tak ada phone. Sabar je. 

Buat mamapapa tersayang,

Semoga Allah kebahkan demam mama dengan papa secepat yang mungkin. Kakak hanya mampu titipkan doa dari kejauhan. Ubat jangan lupa makan dan jangan kerja terlalu kuat. Kena rehat nanti sihat balik :( 

"Allah humagh firlana zunu bana waliwa lidaina warham humma kama rabba ya na saghira"
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil.

♥,
Kakak Safra

Monday, 11 February 2013

i won't give up

Dear Heart

I will always care for you even you are far, far away from me. No matter where I stand in the world, the Moon is never bigger than my thumb. So I guess I am who I am for a lot of reasons. Whatever it is, all we have to do is to be a good one. The best we could ever be and I won't give up on anything. Miracles happen everyday.

Saturday, 26 January 2013

17th birthday

Bismillahirrahmanirrahim.

dah lama tak tulis sejak balik kolej. busy. lepastu kepala tengah risau pikir ada orang yang terdekat sakit. Papaa, please cepat sihat tau. kali ni nak cakap pasal birthday haritu haih dah lama baru nak post kan. mula sekali nak cakap syukur. Alhamdulillah. sebab masih mampu lagi bernafas and sebenarnya taktahu nak mula macam mana. kenapa saya rasa pos ni macam rushing haha

sebelum nak tulis dekat blog ni. macam banyak benda nak cakap. tadi punya semangat konon bukak blog je nak tulis panjang panjang. sekali bila dah start tulis terus idea hilang sekali dengan mood terbabas tepi jalan. amboi hiperbolanya. macam bawak kereta kebal

saja nak heboh satu dunia yang sekarang si kepoh katrina nur safra ni dah...


17 tahun. yayyy bak kereta sini.

muda ke? yes muda dan comel *hahahahaha*

terima kasih sangat sangat sangat dekat semuaa kawan family and cikgu cikgu yang wish and message dari malaysia, singapore, beijing, united states, sweden, england, jepun, lepastu kawan kawan yang bagi hadiah comel comel, kawan kawan and cikgu yang belanja makan haha bahagianya for the whole day, yang buat entri dekat blog diaorang terima kasih and ada yang call dari jauh. kakak kakak dan abang yang dekat Amarika tu pergi call and message whatsapp sorry kacau masa tengah roadtrip :') lain kali yang duduk jauh jauh ni tak payah call esepecially those yang duduk abroad. segan tau and paling penting sekali lain kali, yang duduk overseas tu ehem ni serious ni lepasni jangan pos hadiah lagi sampai malaysia. mahall duit shipping. kalau dah beli tu simpan je bila jumpa boleh bagi. free tak kena bayar or senang nak sangat bagi hadiah silalah anda balik ke malaysia segera. 

banyaklah wishes and message birthday kali ni. hihi. tak sempat nak screen capture semua dah tak larat tapi whatever it is a really hugeee thank you to all yang wish ataupun tak wish. terharu betul and to all roommates yang mengada letak belon dalam bathroom shower lepastu jerit satu bilik and semua Alians dalam "Alia House" yang nyanyikan lagu birthday in the common room you guys are amazazazazingggggg. malu sesangat pergi nyanyi satu hall dengar dengan clapping tangan lagi. semua yang tengah jogging and main bola dekat luar pun dengar haih segan kita

dear seniors, thank you for the surprise birthday party :') to all the teachers, thank you :) I'm so grateful. I wouldn't reach here without everything that you've had done for me.

those yang belikan kek muffin and makanan. wahhhh thank you sangat. taktau berapa banyak kali nak cakap thank you. tak kisahlah yang penting thank you semua orang nak sayang semuala lepasni hahahaa 

notes: sebelum terlupa. today's someone's birthday. hehe Happy Blast Hatch-day haha macam ayam bertelur je cakap 'hatch' anyway, may all your dreams come true. Allah tahu semua yang diinginkan :) silalah jangan buli saya selalu and semoga Allah memudahkan segala urusan. jaga diri baik baik ye. nahh ini quote untuk si penyambut birthday: 

"that day was my Best day and today is your Best day." 

last, Alhamdulillah. i've grown up. cepatlah 20 nak kahwin hihi.