Thursday 2 October 2014

pick pocket

mulai sekarang saya nak tulis macam short stories atau pengajaran.

baru dua hari saya dekat liverpool, saya kena pick pocket. ceritanya mula sebab awal pagi pukul 8 lebih, safra tengah jalan seorang diri. tengok map dekat phone. biasa la kan. awal awal di tempat baru, masih belum familiar dengan keadaan sekeliling. saya pula jenis berat mulut bertanya. 

asyik malu sana malu sini. segan sana segan sini. 

atas sebab tu, nah. malu tak kena tempat. kira pengajaran untuk diri sendiri ye Safra. 

masa tengah jalan seorang diri, saya kena tahan dengan seorang perempuan mat saleh. nak kata warga local UK, macam bukan. she doesnt have the Scouse accent though. rasanya dia macam orang EU atau russian atau apa apa saja awak boleh classified. dia tak bagi saya jalan, tangan menghalang. dia kata nak duit coins untuk naik train. dia cakap nak lari rumah sebab kena pukul dengan husband dia. means, kena physical abuse. kalau betul dia kena dera, cerita ni mesti masuk newspaper UK. sebab dekat sini, abusing and smacking etc etc semuanya sangat serious. sebab itu tak ada bully dan nagging di sekolah. untuk membuktikan bahawa takutnya penduduk tempatan UK dengan undang undang dan policy negara mereka. 

okay sambung cerita. disebabkan saya rasa macam kasihan. tak pikir panjang pun. saya keluarkan beg duit. silap safra ni sebab keluarkan beg duit depan dia. amboi ada pula note 50 pound tu. sebab saya baru teringat saya masih pegang cash 500 pound. 500 pound tu banyak ye. 500 kali 5.4 = 2700 ringgit. hampir 3k. saya tak sempat nak pergi bank untuk deposit duit masuk account. kononnya petang lepas kelas la baru nak pergi bank.

masa saya tengah kalut nak cari coins, saya tak perasan dia boleh tarik duit 50 tu and terus cakap "thank you" and lari. sekelip mata je hilang. dalam hati saya tau dah. memang safra kena tipu. adoii

saya terus jadi paranoid dan traumatised sekejap hahahaha. eeee sampai betul hati dia tu. kalau nak duit, cakap la baik baik. kesian safra tiba tiba sedih sorang diri. pergi ke kelas saya terus termenung. tapi nasib baik kelas tu ok masa pergi. saya enjoy kelas english tu terus saya lupa pasal kena curi. 

hmmmmm tak apa la. rezeki dia. yang penting, safra selamat dan Alhamdulillah tak kena apa apa. kebetulan saya ada kelas full day. habis je kelas sampai petang, baru saya message bagitau.

"tadi kan safra kena pick pocket la. 50 pound duit dia ambik. huuuu. tapi saya ok je. dia tak buat apa2"

apa lagi. risau and terkejut terus la orangnya hehee. sebab saya tak cerita dekat siapa siapa pun pasal ni. and of course, dekat mama or papa pun saya tak cerita. takut nanti depa yang melebih risau. sedangkan tuan empunya badan bertenang macam takde apa hihi. 

lepastu bila saya sorang sorang. selalu saya pesan diri sendiri. walaupun dah duduk di tempat orang lama, kalau nasib nak kena rompak atau tipu tu. boleh je jadi bila bila. kena super-extra-cautious safra ni. macam mana nak kahwin laguni 

maka dengan itu kawan kawan sekalian. mari kita jaga diri dan berhati hati di setiap tempat. orang yang nampak baik, tak semestinya baik. orang yang nampak jahat, tak semestinya jahat.