Sunday 31 January 2016

have patience and faith

so I got this from from facebook. I've been following Mufti Ismail Menk's profile after I've stumbled upon some of his inspirational words. he doesnt even need to try so hard to make people understand his messages and reminders. I find myself needing something to ponder upon these days and again his status is just what I really need the most. so I started to think that it would be nice if I keep this up onto my blog. someday this might also be needed by you my fellow readers 


dan di bawah ini adalah something that is worth reading, also Ive gotten it from facebook. try reading it till the last bit, it wont buy much of your time. afterall we sometimes forget that everything happens for a reason. kena selalu ingatkan diri sendiri yang hikmah Allah tak semestinya datang dengan cepat. everything has its own time and place. 

* * * * * 

Ujian, dugaan dan cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat. Ia akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada raja, sultan, menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Semuanya akan diuji. 
Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun ujian. Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji? Sila angkat 'keyboard'mu. Aku nak tengok...
ALLAH SWT berfirman;
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." (QS Al-Anbiyaa': 35)
Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan…
ALLAH SWT berfirman;
Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)
Namun begitu, ada yang tidak mampu menghadapi ujian yang diberikan malahan mempertikai serta tidak redha akan ketentuan-NYA. 
Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan jika musibah atau ujian tersebut menimpa diri kita?
Di sini ingin aku kongsikan beberapa renungan khas untuk mereka yang sedang ditimpa musibah, sudah ditimpa musibah atau mereka yang akan ditimpa musibah. Semua itu datangnya dari ALLAH SWT. Ingatlah bahawa ALLAH SWT sayang dan kasih akan kita...
Berikut adalah 10 perkara yang perlu direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian :

Pertama: Yakinlah bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan harta, jabatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah yang akan menimpa diri anda.

Kedua: Sabarlah dengan ujian yang sedang anda hadapi. Alhamdulillah anda masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika anda diuji dengan ujian yang lain maka anda tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.

Ketiga: Kadang syaitan membisikkan kepada anda bahawa ujian yang anda hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk anda pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang anda hadapi.

Keempat: Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat?

Kelima: Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki anda untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin mampu diperolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh sahaja.

Keenam: Ingatlah, dengan ujian kadang baru sedar bahawasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu perlukan Allah Yang Maha Kuasa. Kadang kita baru mengenal erti kusyu' dalam ibadah dan merasakan nikmatnya beribadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.

Ketujuh: Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita kadang menghilangkan sifat riak pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan sehingga timbul rasa ujub atau riak dalam diri kita dengan merasakan bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.

Kelapan: Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpamu ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpamu maka akan lebih buruk keadaanmu. 
ALLAH SWT berfirman :
"Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian." (QS Al-Baqarah : 216)

Kesembilan: Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. 
ALLAH SWT berfirman:
"Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS An-Nisaa : 19)

Kesepuluh: Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah berehat sepenuhnya dan gembira sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama anda masih hidup di dunia ini, maka persiapkanlah diri anda dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti. Ada orang awam pernah berkata, "Kalau nak hidup dekat dunia kena bersedia diuji. Kalau taknak diuji, jangan hidup di dunia!"