Saturday 16 May 2015

gigi dinosaur

baru baru ni saya teman suami belajar sempena exam kami berdua yang bakal tiba tak lama lagi. maksud saya teman is kami belajar sama waktu. bezanya, safra dengan reading materials sendiri dan suami dengan bahan bacaannya sendiri. sampai la ke satu tahap di mana saya nampak suami tengah sketching sesuatu. rupa macam bentuk titisan air ataupun kuasa Yin dan Yang yang sebelah je. bukan bulatan sepenuhnya hitam putih tu tau. hanya sebelah je. sukahati awak la, pembaca sekalian nak pilih Yin atau nak pilih Yang hahahaha. yang penting bentuk lukisan tu macam bentuk ovul dan ada bucu di hujung. sila bayangkan apa yang saya ceritakan ni hehee
jadi untuk clarification saya pun laju je mulut ni bertanya.

safra: lukisan apa tu?
hazim: oh. ini..... gigi dinosaur.
safra: gigi dinosaur? kenapa ada gigi dinosaur
(agak pelik eh disitu bila lukis gigi dinosaur. saya dok pikir sorang sorang apakah correlation between kerja engineering dengan gigi dinosaur)
hazim: hahahahaha. ni turbine blade
safra: turbine blade...
hazim: ni mesti tak paham ni turbine blade tu apa. sebabtu tadi cakap gigi dinosaur

amboi sukanya hati kan mengusik isteri tak kira waktu. hehe. sabar je la mampu. saya cakap, orang yang tak belajar engineering mesti tak tau turbine blade apa. mungkin orang yang bukan dalam bidang kejuruteraan membayangkan seperti collocation words yang digabungkan macam peanut butter atau barbeque chicken nyamms. tak boleh sebut butter peanut atau chicken barbeque haha. lepastu saya pun google definiton of turbine blade dengan gambar sekali. ohhh. baru paham. macam tu rupanya bentuk turbine blade.

kalau tak paham turbine blade tu apa ini definition dia:

A turbine blade is the individual component which makes up the turbine section of a gas turbine. The blades are responsible for extracting energy from the high temperature, high pressure gas produced by the combustor. The turbine blades are often the limiting component of gas turbines. (source, Wikipedia)

kalau masih belum paham pasal turbine blade, tak apa sebab saya pun masih belum paham sepenuhnya hehee. i would rather choose gigi dinosaur instead.

saya dengan rendah diri memohon doa dari rakan rakan dan semua pembaca, untuk mendoakan kejayaan kami suami dan isteri. semoga jihad kami berdua dalam menuntut ilmu Allah akan sentiasa diberkati olehNya dan dimudahkan segala urusan kami berdua. selamat menjawab exam untuk suami dan selamat menjawab exam untuk diri sendiri. also, all the best dan selamat menjawab exam juga untuk semua kawan kawan yang mengambil peperiksaan :)

Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bil khair.