Friday 14 November 2014

hi assalamualaikum

kisahnya harini saya ada lecture pagi je. sebelah petang saya free. habis kelas terus ke town. sebabnya? 
nak beli berus gigi hahahaha.
haritu pergi Belfast tertinggal toothbrush dekat sana. lepastu berus gigi satulagi tertinggal dekat rumah saya. then esok pula saya nak ke Norway. 
bercakap pasal Norway, Alhamdulillah Allah beri saya rezeki hehe. sila rujuk pos sebelum ini untuk kepastian cewah.

sebelum ni, safra tengah pening pening pikir nak ke mana untuk winter tahun 2014. dengan izin Allah, saya berpeluang untuk tolak-tambah-darab-bahagi duit simpanan supaya mencukupi keinginan dan semangat saya nak travel. 
maka dengan itu, safra rasa mampu untuk pergi Norway. yayy dapat jalan haha. tapi bukan Norway saja. saya pun dapat berjalan ke Scotland. Alhamdulillah ya Allah. haritu saya cuma list out, nak pilih satu tempat untuk bercuti. options are Scotland, Finland, Denmark and Norway. 
bila dah dapat permission dan green light dari orang orang yang berkenaan, saya pun laju je beli ticket flight haha. semua murah. memang tengah sale sempena cuti winter ni. 

minggu lepas pun baru je balik dari Northern Ireland. motif ke sana sebab kak dila yang ajak pergi haha. amboi yeke tu safraa. kak Dila ajak ke atau sebab ada agenda lain ni. tapi memang ke sana, saya jumpa kakak kakak medic. sambil tu singgah rumah kak Anna, sebab rindu nak spend masa dengan baby Jannah. 

flight ke Oslo 8pm esok dari Manchester. doakan perjalanan safra ke Norway selamat pergi dan balik. insyaAllah. 

Norway, i'll see you in a bit.