Wednesday 13 August 2014

Recipe: French Macaron

Assalamualaikum.

hari ini nak letak resepi french macaron. safra ni sangatlah suka macaron. tak tahu la kenapa suka tapi memang suka hehe. sebenarnya bukan semua orang reti makan macaron sebab rasa macaron ni kadang kadang terlalu manis. sampai boleh pening kepala. first time safra makan macaron masa pergi france. masa tu tengok banyak orang makan macaron dekat paris. saya asyik tertanya biskut apa tu? comelnya colour dia. lepastu tengok ada macam macam flavour.

macaron ni biscuit tradisional yang origin dari perancis. dah nama pun french macaron hehe. orang perancis sebut (ma-kha-rhong) hahahaha. sangat la tak sedap bunyi dalam perancis kan. kalau dalam english bunyi (me-ke-run). hehe sedap sikit bunyi in english. kalau di Malaysia, macaron ni sangat la mahal. satu biji macaron dalam seringgit lebih atau 2 mungkin. kalau dekat UK selalu safra nak makan sebiji atau dua biji je mampu beli sebab dekat UK macaron sebiji GBP1.40. kalau 24 biji atau 35 biji dah berapa puluh pounds.


gambar macaron safra yang dah siap hehe. mula mula saya selalu wonder kenapa ye macaron ni mahal sangat. padahal biscuit je pun. rupanya bila dah buat sendiri, baru saya tau boleh tahan susah nak buat macaron. patut la banyak kawan message tanya macam mana safra buat? kenapa elok je kaki macaron tu naik. kenapa cantik je surface macaron. saya pun tak ada la tips sangat cuma memang jenuh nak control consistency meringue and temperature, moisture and macam macama. macaron saya pun tak la cantik mana tapi Alhamdulillah menjadi hehe. saya buat pun sebab tak tahan harga dekat luar mahal. selagi mampu buat di rumah, elok la buat sendiri kan.

dekat bawah ni safra kongsi resepi sendiri yang saya dah cuba. kalau meringue macaron safra menjadi, maksudnya macaron orang lain yang mencuba resepi ni pun insyaAllah akan menjadi juga. kalau masih tak paham, boleh tengok video dekat youtube. sedikit sebanyak video di youtube boleh membantu untuk pahamkan step by step untuk buat meringue macaron. saya tak tangkap gambar meringue pula masa dalam proses buat meringue huuu sorry. harap harap resepi ni membantu jugak walaupun tak seberapa. 

Meringue:

- 6 biji telur putih yang diletak pada suhu bilik. kalau telur ambil dari dalam fridge, rendamkan dengan air suam selama 5-6 minit. selepas tu asingkan telur kuning dari telur putih (tak boleh ada kuning walaupun sikit. kalau kuning pecah dalam putih, meringue jadi flatten)
- 200g granulated sugar
- 200g confectioner sugar/ icing sugar (powder) 
- 250g almond hancur (tumbuk halus) 
- secubit garam
- 1 1/2 sudu kecil cream of tartar 
- 1 sudu kecil vanilla extract/ rose extract (optional- untuk hilangkan hanyir telur)
- colouring (optional) 

1. (pakai mesin mixer) beat 6 biji putih telur sampai bubbles/ berbuih. masukkan 200g granulated sugar, step by step. control quantity. mix again and campur gula lagi. letak secubit garam & cream of tartar & vanilla/ rose extract. pukul lagi adunan sampai buih hilang sehingga adunan jadi putih and shiny macam marshmellow cair (meringue). tambah sedikit colouring
*controlled room temprature/ no moisture* 

2. tapis 200g confectioner sugar & 250g almond meal (dry ingredient). untuk dapatkan serbuk halus. campurkan serbuk gula dan almond, dan letak dalam mangkuk kering

3. (pakai tangan: manual) campurkan serbuk gula confectioner and almond meal halus yang ditapis tadi dalam adunan meringue dengan spatula. ratakan dengan batter, jangan undermixed atau overmixed. pastikan batter not too runny atau terlalu likat/ sticky. observe meringue  selalu semasa pukul. masukkan sedikit colouring (optional)- warna ikut suka hati

4. masukkan adunan dalam piping bag and pipe atas tray. stand the meringue for approximately 25-40minutes. this is done to create the smooth surface dekat atas lapisan meringue macaron
(lepas pipe meringue atas kertas, jangan terus masukkan dalam oven. biarkan 25-40minit- stand) 
masukkan dalam oven bila lapisan kulit macaron nampak berkilat & not sticky bila sentuh


5. selepas stand meringue selama 25-40min, boleh bakar meringue dalam oven selama 10-20minit dengan suhu 140c (no fan). sentiasa jenguk oven untuk pastikan meringue kembang dengan betul. 

Fillings:
plain buttercream

200g soft butter (butter bukan dicairkan, tapi dilembutkan)
450g icing sugar
2 sudu teh susu segar
sedikit vanilla extract

1. beat 200g butter sampai putih & kembang 
2. letak  450g gula dalam batter, sikit demi sikit. pukul lagi adunan sampai putih/ become fluffier 
3. masukkan 2 sudu teh susu segar and vanilla extract and mix the batter again. 
(tambah colouring and flavour: optional. kalau nak tambah chocolate or any other flavour paste, tambah sikit- amount suka hati. same goes with colouring) 
4. masukkan dalam piping bag and it is ready to be piped. 

filings: 
buttercream/ nutella/ fruit jam/ custard/ madu or apa2 filings ikut suka hati

kalau tengah tak rajin hehee atau nak memudahkan kerja, boleh je pakai nutella atau mana mana fillings yang memang dah siap. tapi masa baking mesti la kena rajin rajin hihi. kena rasa eager and bersemangat bila di dapur baru la ada orang sayang. eh? apa kaitan haha. okay then. selamat mencuba everyone :)