Tuesday 9 September 2014

kebergantungan

Bismillahirrahmanirrahim.

it's all begin like this. 
kadang kadang. kita kena beringat... 
well sebenarnya, bukan kadang kadang. tapi setiap masa. 
setiap masa, kita kena beringat bahawa manusia hidup haruslah bergantung kepada satu sama lain. saling memerlukan antara satu sama lain. 
dari kecil baby pun kita semua ibu dan ayah yang asuh dan suap makan. selepas itu kita diajar untuk kenal erti "hidup" dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan. 
kerana itu manusia bersifat "sangat bergantung" dan "sangat memerlukan". antara satu sama lain. 

sebab itu wujudnya Adam dan Hawa. supaya saling melengkapi. pernah dulu saya selalu fikir bahawa eloknya sesuatu perhubungan dengan setiap manusia itu kalau hubungan sentiasa manis. kalau boleh tak nak ada pahit walau sekalipun. pernah juga terfikir seronoknya kalau hidup ini sangat sempurna. tanpa ada cela dan pahit. 

lepas puas berfikir, saya baru sedar. kalau kita makan gula sentiasa. rasa manis sahaja. siapa boleh tahan rasa manis yang teramat? tak sedap pun kan kalau kalau hari hari makan benda manis. mula mula tekak okay saja. tapi kalau seumur hidup kena hadap benda manis, mampu? mesti akan sampai satu masa tekak rasa serba tak kena untuk terima makanan manis lagi. tak ada keseimbangan hidup kita kalau macam tu. tekak mula rasa bosan untuk menerima apa apa jenis makanan manis. 

selepas itu lagi sekali saya fikir. kalau kita makan hempedu sentiasa. rasa pahit sahaja. siapa boleh tahan rasa pahit yang teramat? sedangkan makan ubat yang pahit sikit pun dah susah. inikan pula kena makan benda pahit hari hari. dah tentu tekak tak mampu makan. mungkin tak sanggup tengok pun makanan yang pahit. sanggup lagi berlapar daripada makan benda pahit. 

dari dua sudut ini. saya dapat pengajaran bahawa pahit dan manis sangat bergantung terhadap satu sama lain. hidup ini kena ada pahit dan manis. kalau boleh. di mana ada manis, di situ ada pahit. kalau hidup kita diwarnai dengan pahit dan manis, akan wujud suatu rasa baru. yang akan menyeimbangkan "rasa". dengan ini tekak tak akan rasa bosan dengan makanan manis lagi dan tekak tak akan juga biarkan perut menahan lapar sebab tak makan makanan pahit. sesungguhnya rasa pahit dan manis itu yang melengkapkan antara satu sama lain. 

hidup juga macam tu. setiap perkara pahit pasti ada manisnya. setiap perkara manis mesti ada pahitnya. dua perkara ini adalah essence terpenting dalam hidup manusia. tapi jangan la sengaja mencipta pahit. seeloknya pahit itu biar datang sendiri. kerana fitrah pahit tu semulajadi, mungkin? tak perlu kita usaha mencari pahit dan sedih. manakala rasa manis itu biarlah kita sama sama manusia mencipta. sebab fitrah manis itu mungkin untuk sama sama kita kongsikan rasa manis dan bahagia. kerana rasa manis dan bahagia tu harus dicari. lagipun sudah jadi lumrah segala benda hidup untuk melahirkan rasa kasih dan sayang sesama kita. 

tangan kiri dicipta untuk bantu tangan kanan melakukan kerja. kaki ada dua untuk sama sama membantu balancekan badan. supaya lebih stabil. kalau berdiri dengan satu kaki, bila bila sahaja boleh rebah. kaedahnya, seluruh benda hidup di muka bumi ini sangat memerlukan antara satu sama lain. 

saya juga. saya memerlukan bantuan dari pelbagai orang. kadang kadang tanpa sedar pun kita akan meminta bantuan orang lain. benda ini normal dan biasa. sangat normal, untuk kita meminta bantuan. kita manusia akan sentiasa memerlukan bantuan. 

kebergantungan yang mutlak dan yang wajar adalah dengan bergantung 100% kepada Allah Taala, daripada bergantung dengan manusia. kerana kita selalu bergantung harap dengan manusia. tanpa sedar hati terluka. lepastu sedih bagai nak rak, umpama hidup ini tiada makna. sedangkan, pada ketika kita sedang bersedih itu la sepatutnya kita belajar untuk meredhakan takdir. belajar untuk jadi kuat dan tabah. kalau bergantung dengan Allah, kita tak mungkin akan experience rasa pahit. sebab Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya. yang kita selalu rasa kecewa, selalu rasa sedih. itu terjadi sebab kita telah meletakkan rasa kebergantungan terhadap manusia lain. fitrah manusia, tidak terlalu pandai untuk menjaga perasaan. sedangkan untuk menjaga hati sendiri pun susah, inikan lagi menjaga hati orang lain. atas sebab itu boleh tercetusnya rasa pahit. pahit bila ada yang tak kena terjadi dekat kita. bergaduh atau salah faham, dan lain lain.

maka dengan itu, saya berjanji mulai dari sekarang. saya akan belajar untuk tidak terlalu meletakkan kebergantungan terhadap manusia lain. justeru meletakkan rasa serah diri dan kebergantungan kepada Allah sahaja. jadi, tak la safra sedih sedih lagi. kan? saya juga berharap mulai sekarang semua orang dan sesiapa sahaja pun turut berubah, berubah untuk menetapkan hati dan menetapkan iman, untuk Allah Taala. bukan kerana manusia lain. InsyaAllah.

saya sendiri pun tak pasti kenapa tiba tiba saja boleh terdetik tentang "kebergantungan". mungkin sebab saya sering mempersoalkan kenapa dalam hidup ada pahit dan manis and what is it to do with kebergantungan kepada Allah. for now, saya dah dapat jawapan yang saya perlukan. Alhamdulillah. 

okay mari kita mulakan hidup dengan positive
dan terima segala kekurangan hari ini untuk kelebihan hari esok.